31 Mac 2014

[LAGI GAWAT] Rahsia Pertahanan Negara Bocor, Kepentingan Negara Diketepikan....


Menteri: Pertingkat sistem radar, teknologi

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata wujud keperluan untuk Malaysia meningkatkan kekuatan aset ketenteraan khususnya selepas insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.

Beliau berkata selain sistem radar, teknologi lain juga perlu dikaji semula bagi melengkapkan angkatan tentera dengan aset yang lebih baik.

"Malaysia telah membuat keputusan amat berani untuk memaklumkan mengenai keupayaan pertahanan negara, Dan kini (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Tun Razak) perlu mencari wang untuk saya menukar sistem radar kita kerana seluruh dunia kini sudah tahu keupayaan pertahanan negara dari segi radar," katanya secara berseloroh.

"Kami sanggup lakukan itu, mengetepikan kepentingan negara demi untuk mencari MH370. Apa lagi yang rakyat mahukan daripada kerajaan Malaysia dan daripada ATM (Angkatan Tentera Malaysia)," kata Pemangku Menteri Pengangkutan itu dalam sidang media khas untuk media tempatan berhubung insiden kehilangan pesawat itu, di Kuala Lumpur semalam.

Ditanya sama ada wujud keperluan untuk Malaysia memiliki teknologi seperti sonar untuk kapal-kapal tentera dan kapal selam, beliau berkata ia perlu merujuk kepada konteks keselamatan dan ketenteraan negara termasuk kedudukan negara sebagai anggota Asean.

Jelas Hishammuddin, bukan hanya Malaysia, malah banyak negara lain di dunia juga perlu menilai semula kekuatan aset dan teknologi ketenteraan masing-masing.

"Jika anda perasan, maklumat yang kita kesan adalah daripada satelit komersial bukan tentera. Jadi angkatan tentera di seluruh dunia perlu mengkaji semula keupayaan mereka.

"Saya percaya semua sedang melakukannya. Tetapi tugas saya (ketika ini) hanyalah untuk mencari MH370," katanya.

Pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac setelah sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Pada Isnin lepas, iaitu hari ke-17 operasi mencari, Najib mengumumkan berdasarkan analisis data satelit Inmarsat dan AAIB United Kingdom, penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi". - Bernama

ULASAN GB

Nampaknya ekoran daripada kehilangan pesawat MH370, maklumat mengenai keselamatan negara telah bolos dan dikompromikan kepada negara-negara lain. Kata Hishamuddin: seluruh dunia kini sudah tahu keupayaan pertahanan negara dari segi radar".

Apa tahap keupayaan radar kita? Zero!


Satelit negara kita rupa-rupanya hanya mampu untuk buat siaran lansung untuk pertandingan bolasepak dan konsert-konsert hiduran!

Beli 2 buah scorpene, RM7.3 billion tapi tak boleh digunakan untuk SAR kerana tak dilengkapi dengan ciri-ciri pencarian dan menyelamat! Lama-lama scorpene ini obselete dan bakal dimuziumkan.

Kedua, kata Hishamuddin lagi "Kami sanggup lakukan itu, mengetepikan kepentingan negara demi untuk mencari MH370."

Bererti negara kita kini begitu terdedah... kepentingan negara sudah diketepikan. Maklumat pertahanan negara diketahui oleh seluruh dunia yang membawa erti Malaysia menjadi negara yang sudah terdedah untuk diserang dan dijajah oleh mana-mana negara lain....

Anehnya Hishamuddin menambah lagi: bukan hanya Malaysia, malah banyak negara lain di dunia juga perlu menilai semula kekuatan aset dan teknologi ketenteraan masing-masing.

Jawapannya itu sama kisah Pak Pandir dan Mak Andeh. Bukankah apabila anak Pak Pandir mati kerana kecuaiannya, beliau menyatakan pada Mak Andeh, “bukan anak kita sahaja yang mati, anak orang lain juga mati.”

Samalah ldengan hujjah hishamuddin itu, "bukan Malaysia saja kena menilai aset dan teknologi ketenteraan, negara lain juga..."

Namun yang ketara, Malaysia kini amat terbuka dengan ancaman dan serangan akibat dari kelemahan sistem pemerintahan negara yang ada kini. Mengeri dan menakutkan.

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam GB
da agak da.......setiap kali lepas musibah, ada la pemimpin umngok cakap "kena upgrade, kena beli itu ini".........lepas tu tapau komisyen berlipatkali ganda dari kos sebenar.......duit sapa yg depa pakai kalau tak duit cukai kita.....

Tanpa Nama berkata...

Mustahil maklumat radar tentera semua negara yg terlibat dikongsi termasuklah msia. Ini hal sensitive. Hisham ni cakap politik, lepas ni BN luluskan peruntukan berbillion wang rakyat utk upgrade sistem pertahanan kononnya, maka kenyanglah kroni2.

Tanpa Nama berkata...

Bila masa lagi kroni nak tapau komisyen untuk UMNO pun masyuk la bib itulah sebabnya beria-ia nak upgradekan wal yang sedia ada pun jika digunakan semaksima munkin lebih baik dari yang baru ,sebab bila yang baru segala kos biayaan akan meningkat ,mula dari latihan peralatan baru pada yang akan mengandali ,alat ganati dan senggaraan akan menjadi berlipat ganda bila kroni yang menguruskan kelak ,ini bukan cerita tapi sejarah telah membuktikan ,dari teguran oleh pehak yang berwajib sendiri ia itu Juruaudit Negara. Fikirlah wahai menteri yang kurang akal.

ZulFiZa berkata...

Lagi duit pembayar cukai habis disapu...yg dulu tu jadi besi buruk la...tu pasal kita mesti tolak UMNGOK ..habis jahanam Negara...

Tanpa Nama berkata...

Bagus gak kalau kena serang, kan ramai PEJUANG2 NEGARA, pemuda umno ke garisan terakhir akan lari, pukida nyorok, pakkasa lari litang pukang, penari punggong tahan punggung dari serangan, tukang toropong dah ada apa perlunya nak upgrade bagai2 maka lahir berbondong 2 para bangang negara. Yg bijak pandai dicantas kerana merosakan negara. Kita jangan salahkan nsgara tetapi salahkan PEMIMPIN WARISAN PENJAJAH, kan kita merdeka atas kertas

Tanpa Nama berkata...

apa penting lu compare tahap keselamatan negara lain? negara punya maruah pun lu main cincai, lg mau jaga lain negara punya hal..

Umnoliwat berkata...

pertingkat sistem radar? jgn. nanti yg dpt kontrak org umno juga. nanti beli radar yg tak boleh kesan apa-apa.

elok umno beli radar utk kesan air mani dan bulu anu anwar yg dipuja selama ini.

tanpa bulu dan air mani anwar, dah lama umno berkubur. dh tentu zul kulim tk dpt cari makan.

abuamir berkata...

Tersenyum lebarlah para koruptor dan kroni, segala musibah yg melanda negara adalah keuntungan kpd kroni. Sekarang proton pun rugi, apa lagi projek utk supply alatan tentera pula terbuka. Beli alatan RM100 juta jual kpd kerajaan 2~3 kali ganda dari harga asal dgn alasan kita beli sebab nak segera dan alatan ini paling canggih dlm dunia walaupun mungkin paling loyar dlm dunia.

Tengoklah apa jadi dgn siasatan penyelewengan oleh ketua audit negara. Berapa banyak yg kena dakwa? Siasatan tak lengkaplah, tak cukup buktilah dll. Para penyangak/koruptor itu akan terus ketawa dan ketawa sebab tiada sesiapa pun kena dakwa.

Selagi negara masih diperintah umno/bn semakin menuju kehancuran...........madey kutty boleh jadi pm lagi ke??? atau anaknya yg togong tu ada hati nak jadi pm. Pergi melingkuplah hendaknya...............Itulah akibat makan kangkung banyak benar - otak pun kangkung juga. Prof. kangkung apa pasal senyap aje???

NMA berkata...

x perlu ada org tengah bila usha @ beli brg2 military... just direct deal aje... komisyen org tgh jea dh brapa...

Tanpa Nama berkata...

jgn lupa beli juga kapal terbang Orion dan pesidon nanti ada radar pun tak guna tak dak pesawat yg sesuai utk tujuan menyelamat. alah jual jer 3@4 biji kapal terbang Mas cukuplah tu ...

Tanpa Nama berkata...

Lu nak belikah atau lu nak pau duit rakyat? Kalau lu yg belanja saya tak caya beb. Maklumlah duit pocket masuk diutamakan keselamatan rakyat pergi jahanamlah.

Fine go ahead beli setelit utk tingkatkan keselamatan negara tapi jangan sampai we all tahu lu beli setelit kualiti rendah dgn harga mahal mcm kes scorpene. Sebab we all blh dapat maklumat sekejap sahaja dan dijamin ini hari lu selewang tak sampai 1 jam akn didedahkan lu punya kerja jahat. U all jangan pandang rendah dgn kuasa rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Semua bnda kna tax....kecuali merompak dgn maki hamun je x kna.terkilan jugak sbg pembayar cukai kpd kerajaan kewangan dibelanjakan dgn tidak berhemah. Tgok blik report audit yg lalu byk duit rakyat di bazirkan pd perkara2 x sepatutnya. Kalu kita sbgai pembayar cukai kt x halal cemna 2? Kerajaan sebagai pentadbir duit rakyat bukan pemilik duit rakyat. Cukai bukan pula kategori sedekah. Apa pendpt anda?

Tanpa Nama berkata...

Aku malas nak cerita barang yang telah diketahui...

Samada keupayaan radar ka, keupayaan satelit ka dan segala bagai keupayaan...

Yang aku nak lihat sekarang mana imej satelit amarekah...

negara kuasa besar yang memiliki beratus-ratus kalaupun tak beribu-ribu satelit di angkasa lepas ni tak mau kongsi maklumat ka?

thaipun buleh kongsi imej satelit takkan la pulis dunia ni tak dak satu pun imej satelit yang buleh dikongsi?

Tanpa Nama berkata...

aku betul-betul berharap dengan berlakunya musibah ni akan terbukalah hati dan kesedaran rakyat, terutamanya orang melayu akan kelemahan menteri-menteri umno ni..mereka ni tak layak untuk memerintah negara...sudah sampai masanya untuk ubah kepimpinan...amin

JAKA berkata...

setelah terdedah kelemahan sistem radar ini, maka selepas ini kena upgrade secepat mungkin la.

masalahnya jgn nanti ada penyelewengan lagi dlm pembelian aset pertahanan. nanti ada pulak radar tak boleh kesan objek pulak.

sekurang2nya kes MH370 menyedarkan kita kelemahan yg ada. nasib baik lah dikesan kelemahan dgn MH370. kot2 baru nk sedar selepas ancaman musuh lagi lah parah.

kpd umno, jgnlah gadaikan keselamatan negara dlm apa saja usaha dan wang ringgit yg dilabur utk tujuan tersebut.

kalau nk tipu rakyat, tipu lah takat harga kangkung dan ayam saja.

tkde kompromi dlm isu keselamatan negara. kes MH370 dan pencerobohan kiram jadikan tauladan segera.