31 Mac 2014

CNN Pula Cuba Gambarkan Kapten Zaharie Sebagai Pengganas


CNN cuba gambar imej negatif Zaharie'

Seorang bekas rakan sekolah Kapten Zaharie Ahmad Shah meminta agar juruterbang itu tidak dipersalahkan berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Penang Free, Jalil Saad berkata beliau tidak berpuas hati dengan laporan nagatif pihak media asing yang cuba mencari kesalahan Zaharie.

Beliau berkata media asing seperti CNN (Cable News Network) dan Asia Wall Street Journal (AWSJ) datang ke sekolah itu minggu lalu bagi mendapat butiran lebih lanjut tentang juruterbang tersebut.

"Saya beritahu mereka saya tidak setuju dengan laporan mereka sebelum ini terutama CNN yang cuba menggambar imej negatif Zaharie dengan mengaitkannya dengan pengganas," katanya hari ini.

Beliau berkata juruterbang itu yang merupakan rakan sekolahnya di sekitar tahun 70-an merupakan seorang yang bercita-cita tinggi dan bekerja kuat untuk mencapai cita-citanya menjadi juruterbang.

"Saya berharap semua media asing tidak membuat spekulasi mengenai Zaharie sehingga siasatan ke atas kehilangan misteri pesawat yang dipandunya selesai," tambahnya.

Semasa perhimpunan di sebelah pagi, para pegawai, guru dan pelajar sekolah tertua di Asia Tenggara ini yang mempunyai kira-kira 1,045 pelajar bertafakur selama seminit bagi mengingati penumpang dan anak kapal pesawat yang hilang.

Bendera turut dinaikkan separuh tiang.- Bernama

ULASAN GB

Jelas kini, CNN cuba media barat cuba mengaitkan Kapten Zaharie sebagai "pengganas". Sama seperti kes 9 September, dimana umat Islam dihambinghitamkan sekalipun umum sudah mengetahui siapakah sebenarnya dalang di sebalik serangan tersebut - iaitu - sekutu Amerika paling akrab, Israel.

Yang menyedihkan kita ialah ada umat Islam di dalam negara ini yang turut menghina dan memfitnah Katen Zaharie - mungkin mengikut telunjuk barat tersebut - menuduh atau menyetujui kononnya Zaharie sebagai fanatik Anwar, malah ada yang pergi lebih jauh, menuduh Zaharie membunuh diri!

Kebenaran akan tetap terbongkar dan terserlah, marilah kita terus berdoa:

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه
1) Allahumma arinal haqqa, haqqan, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathilan, warzuqnajtinabah


Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

وقل رب أدخلني مدخل صدق وأخرجني مخرج صدق
واجعل لي من لدنك سلطانا نصيرا
وقل جاء الحق وزهق الباطل إن الباطل كان زهوقا

2) Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nasiiran
wa qul ja alhaqqu wa zahaqal bathil innal bathila kana zahuqan


Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.



8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

siapa yg mulakan semua fitnah ini?

Tanpa Nama berkata...

Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam pengumuman pada 24 Mac lalu langsung tidak menyebut bahawa penerbangan itu "terhempas" atau "tiada yang terselamat".

“Dakwaan itu sangat tidak betul,” katanya yang menjelaskan, perdana menteri hanya mengumumkan bahawa penerbangan tersebut berakhir di tengah Lautan Hindi, berdasarkan analisis ke atas data yang diperolehi.

http://www.malaysiakini.com/news/258710

semahgemukgedik berkata...

najib @ umno @ macai2 umno @ apco laknatullah yg mulakan fitnah dajjal ni.....harap2 cepat sedar dan bertaubat pd Allah sebelum mulut kalian berbuih2 di khalayak ramai,amin

Tanpa Nama berkata...

Semua org yg cerdik setuju dlm kes ini sebenarnya dirampas oleh mereka..
Masalahnya kita tak ada bukti dan saksi.. hal2 macam ni mereka rancang dng teliti profsnl..
Jadi kita org islam kena ada bijak pandai yg boleh mengatasi mereka yahudi laknat ni..
Semuga ramai pemuda/i kita yg belajar tinggi dlm semua hal... bangun berjihad dlm bidang ilmu sebegini.

Tanpa Nama berkata...

Menentang kebathilan adalah kewajapan kita jgn luapa meminta pertolongan Allah.

Tanpa Nama berkata...

MINTA MAAF LA KALAU AKU CAKAP NI MAYBE ADA YANG XSETUJU KOT..SEKARANG BARULAH KERAJAAN NAK BISING DAN NAK MENAFIKAN TUDUHAN YANG DIKELUARKAN OLEH MEDIA ASING BERKENAAN DENGAN ZAHARIE YANG RAMPAS PESAWAT..DAN CANANG SATU MALAYSIA YANG ZAHARIE NI BUNUH DIRI DAN RAMPAS PESAWAT MH370.AKU NAK TANYA LA...SAPE YANG MULAKAN DULU..SAPE YANG KELUARKAN KENYATAAN INI ,KALAU BUKAN BN DAN NAJIB DENGAN SI LABU LABINYA...SELEPAS ITU BILA DICEK YANG ZAHARIE NI TIADA KAITAN DENGAN RAMPASAN PESAWAT DAN KELUAR PULAK BERITA DARI MEDIA ASING YANG ZAHARIE YANG RAMPAS PESAWAT..BODOH KE APE BUAT TUDUHAN MELULU...ADA BUKTI KER..FITNAH ITU LEBIH BAHAYA DARI MEMBUNUH..HANG NAJIB DAN SI LABU LABINYA ,KORANG JAWABLAH DI AKHIRAT NANTI..SO BN DAN KONCO NYE YANG MULAKAN DULU SEBAB BN NAK RAKYAT MALAYSIA PANDANG YANG ORANG PARTI PKR NI JAHAT@ BELAKA..

Tanpa Nama berkata...

Sudah kah tiba masanys bn di endingkan?

Mohd Fuad berkata...

bila kerja jahat mereka dapat dihidu mulalah mencari kambing hitam...