Penolong jurulatih, pemain T-Team bersumpah al-Quran
KUALA TERENGGANU: Seorang pemain dan penolong jurulatih pasukan T-Team malam ini bersumpah dengan al-Quran di hadapan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said bagi membuktikan kebenaran insiden kekecohan dalam terowong di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 1 Februari lalu.
Upacara itu dilakukan dalam majlis khas di Hotel Tabung Haji (TH) & Convention Center di sini pada kira-kira 10 malam sempena majlis perjumpaan pegawai dan pemain bola sepak Liga Super, Terengganu dan T-Team.
Majlis itu diadakan berikutan Menteri Besar Terengganu meminta pemain dan pegawai skuad The Titans itu bersumpah al-Quran berhubung kebenaran insiden kekecohan dalam terowong menuju ke bilik persalinan pemain sebaik tamat aksi separuh masa pertama kempen Piala FA antara pasukan itu dengan Johor Darul Takzim (JDT) di stadium itu minggu lalu.
Upacara bersumpah itu didahului penolong jurulatih Azlan Johar dan diikuti pemain tengah Khairan Izuan Razali.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri Rozi Mamat dan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid.
Bagaimanapun, kelibat pemain pertahanan T-Team, Irfan Abd Ghani yang merupakan bekas pemain JDT yang sebelum ini mengadakan sidang akhbar "mengejut" dengan mendakwa tidak berlaku sebarang insiden dalam terowong tidak kelihatan sepanjang majlis perjumpaan itu.
Ahmad dalam ucapannya berkata majlis mengangkat sumpah itu bagi membuktikan kebenaran insiden tersebut dan meminta para pemain dan pegawai yang menyaksikan kejadian tempoh hari itu supaya tidak berbohong.
Ketika ditemui selepas majlis itu, Menteri Besar mencabar Irfan tampil mengangkat sumpah di hadapannya sekiranya dia di pihak yang benar.
"Saya sanggup bagi tiket kapal terbang ke sini kepada dia untuk tampil bersumpah. Jangan lakukan pembohongan kepada rakyat Terengganu. Angkat sumpah ini bukan permainan semata-mata. Kita mahu buktikan kebenaran kerana ia melibatkan maruah diri, harga diri dan pasukan," katanya.
Ahmad nyata berbangga dengan kedua-dua individu itu yang tampil bersumpah kerana menurutnya ini jelas membuktikan mereka jujur.
Irfan sebelum ini mengeluarkan kenyataan di Johor tanpa pengetahuan majikannya, mendakwa tidak berlaku sebarang insiden dalam terowong ketika menuju ke bilik persalinan dan ini bercanggah dengan pendirian pasukan T-Team yang menyifatkan perkara sebaliknya terjadi. Perbuatannya itu melanggar terma dan syarat yang tertera dalam kontrak pasukan.
Beliau sudah menghilangkan diri dengan mengemas barangan dari rumah sewanya di Gong Badak, sepertimana yang diberitahu oleh Khairan Izuan yang juga rakan serumahnya dan tidak melaporkan diri bersama pasukan sehingga ke hari ini sejak memohon cuti selama dua hari daripada jurulatih Mohd Azraai Khor Abdullah pada 3 Februari. - BERNAMA
ULASAN GB
Sepatutnya Al-Quran itu menjadi panduan kehidupan manusia dengan mengikuti ajaran-ajaran dan mematuhi hukum-hakam yang terkandung di dalamnya, bukan sekadar digunakan sebagai alat untuk bersumpah.
Di dalam Islam jika terdapat keperluan untuk bersumpah, Rasulullah s.a.w. telah mengajar kita:
Sesiapa yang ingin bersumpah, maka bersumpahlah atas nama Allah atau (jika tidak) maka diamlah.
Tidak ada disebutkan perlu seseorang itu mengangkat atau melafazkan sumpah di depan Al-Quran.
15 ulasan:
satu perihal yg menyayat hati...kesian...al-quran diguna utk bersumpah shj. bkn utk diambil intipati nya utk panduan idup.moga kt mendapat petunjuk n hidayah dari Allah..
Sepatutnya menteri besar bersumpah dulu ... Tiada unsur rasuah dlm pentadbiran negeri trenganu... Setakat bola biasalah kalau nak menang.... Bertumbuk itulah kejantanan... Bukan pasukan bola wanita... Belum apalagi dah kecut perut... Malulah dgn mental pskn bola Malaysia...
Adakah Al-Quran hanya digunakan untuk bersumpah (kebenaran) sedangkan cara hidup kita tidak berpandukan Al-Quran? Semasa kita bermain bola dengan memakai seluar pendek (aurat), tak terfikirkah kita pasal Al-Quran?
Ini gaya UMNO piang. Puak Melayu UMNO ini suka bersumpah menggunakan Al-Quran untuk menunjukkan konon-kononnya depa tu alim. DSAI tak bersumpah dengan Al-Quran pun semasa difitnah oleh Saiful Al-Duburi. Yang hairan ialah sebaliknya Saiful Al-Duburi pulak yang bersumpah memegang Al-Quran dengan tangan kirinya. Hairan bin Ajaib kan??????
MalaysiaKu yang suka mempersendakan Islam, Nabi-nabiNya dan juga kitab-kitabnya. Ingatlah bahawa kamu akan diaibkan oleh Allah swt atas apa yang awak mempersendakan.
Mohon pencerahan dari mufti dan ustaz adakah tindakan ini betul supaya alquran tidak dipermainkan.
Malaysia kan boleh!
Klu dah drivernya gila, takkan dia nak drive ok?
Klu blh & ada jln tukar dreber tu, kita pakat tukar le
sepatut nya mengambil pengajaran dari alquran. tentang solat, pentadbiran dan segala amal kebajikan dan menitik beratkan kepada pemain tentang peri penting nya mengikut ajaran Al Quran selain bermain dan mencari rezki. Pemimpin pun mesti mengikut akhlak Al Quran baru lah rakyat di bawah tidak kucar hanyar. kalau sekadar ambil Al Quran dan bersumpah tak jadi bende.
maka tak perlulah lagi Polis & FAM teruskan siasatannya.kes sdh selesai setelah sumpah dilakukan.MB said pandai menyelesaikan kes.senang je angkat sumpah selesai kes dan yg bersalah siapa pulak?pihak belah sana buat juga seperti said buat,tak perlu lagi polis,sprm,mahkamah sebab hanya dalam bilik biasa pun boleh diselesaikan.
Lepas ni bolehlah lantik MB Said jadi Hakim Besar Malaysia dlm bab sumpah sumpah.
Hidup berpandu Al Quran, tak timbul sumpah dgn Al Quran.
Sumpah hanya dgn Nama Nama Allah swt, itu pun pd tempat yg layak utk bersumpah. Kerana bola ? Fikir lah sendiri sesuai - tidaknya.
Untuk memajukan mutu bolesepak negara sepatutnya raja-raja mahupun kerabat tidak seharusnya terlibat dalam persatuan sebagai presiden kah atau apa-apa jawatan tertinggi. Hentikan lah penglibatan kerana jika kita imbas kembali dimana-mana negara didunia ini tiada raja mahupun anak raja dan kerabat yang kita lihat terlibat jadi presiden persatuan bolak sepak. Percayalah jika mereka ini tidak menjawat jawatan penting ini, kita pasti mutu bolasepak kita akan meninggkat dan setanding dengan negara-negara asia gimana sesuatu ketika adalah ulam makanan kita, misalnya seperti jepun dll. Kita syorkan dan berdoa perkara ini bermula secepat mungkin. Rakyat beradu kekuatan demi meningkatkan mutu bolasepak andaikata sampai ketahap pesengketaan maka disini lah datangnya peranan raja-raja mahu pun pembesar sebagai ketua meberi nasihat dan keputusan yang terbaik. Bila dah raja-raja sebagai sebagian dari pemingkin norma-norma yang tidak sihat ini akan rosak segala perancangan yang kita cita-cita. Dari itu, baiklah jauhkan dari penglibatan kerana kita sayang dan hormat raja-raja dan kaum kerabat barulah maju bolasepak negara. "APA KATA KAWAM-KAWAN DENGAN CADANGAN INI." Minta komen.
Hey, MB T-TEAM ini tidak ada kerja ke????????? Kah kah kah kah muaha ha ha haa
Hari ini dalam sejarah:
Kalau serah al-Quran kepada puak Omnu begitulah jadinya, sekadar objek SUMPAH je-tak lebih.
Yang peliknya dalam pekara ini puak Omnu pecaya pulak kepada al-Quran, padahal selama ini puak Omnu lebih mengutamakan KITAB LORD REID mengatasi perentah tuhan dalam al-Quran sehingga kalam Lord Reid itu diguna pakai untuk mentadbir negara sehingga sanggup meremehkan perentah tuhan dengan berbagai alasan.
Ajaib.......... pelek......... hairan....... buang tebiat ke apa?????
Bila logik akal menjadi ukuran... begitulah akan jadinyer...
Aktiviti sukan dan permainan untuk mengeratkan silaturrahim... tapi sukan kita menimbulkan perpecahan perkelahian permusuhan..
Apa ni.. mana matlamat sukan kamu semua...
Dah la tu... dikaitkan pula dng sumpah menyumpah guna alQuran..... tak pernah jadi dlm sejarah tentang bab ini...
Habis ketua2 yg di atas tu pun ngong juga 2 ×5 dng pemain..
Habis la kalsu macam ni..... sikit2 sumpah dng quran. Yg bersumpah tu pun bukan tahu takut dng quran.. apa dia peduli kalau dia berbohong pun..
Wooooiiii... jng buat main2 dng alquran nanti makan diri... tak takut ke..
Hanya ajaran umat melayu blh sumpah apa - apa shj. Kalau agama islam, mengangkat sumpah bukan utk dibawa main mcm main bola sepak dan main PS4 beb. Ambil iktibar apa terjadi masa zaman sahabat rasullulah saw akibat daripada mengangkat sumpah utk benda yg bukan - bukan sebab ini benda tidak blh dibawa gurau beb.
Tutup aurat masa main bola tu..dalam al quran tu ada hukum tutup aurat??
Catat Ulasan