28 Feb 2014

Felixia Yeap: Apakah Anda Gembira Kalau Saya Tanggalkan Tudung?


Bekas model, Felixia Yeap mempersoalkan kenapa masih terdapat segelintir masyarakat yang dengki dan sakit hati dengan tindakannya menutup aurat.

Padahal ujarnya, beliau hanya menutup aurat sepertimana kebanyakan Muslimah sejati yang lain, tanpa mempunyai niat yang tidak baik.

"Kepada yang dengki atau benci sangat bila saya bertudung dan bertekad untuk menutup aurat seperti seorang Muslimah tanpa niat lain selain daripada mahu menutup aurat saya...

"...adakah anda akan rasa lebih gembira kalau saya tanggalkan tudung saya dan berpakaian seperti dahulu?

"Pernah tak memikirkan perasaan seseorang wanita yang disuruh tanggalkan bajunya atau hijabnya? Ianya tiada berbeza daripada mencabuli kehormatannya.

"Begitu kejam sekali nak buat pada saya? Apa salah saya?," katanya yang dipetik menerusi lama Facebooknya, semalam.


Perkongsian Yeap itu, telah menarik pelayar Facebook untuk menyokong dan memberi semangat kepada beliau.

Menurut Abdul Nizam Khalid, ramai yang tahu bahawa menutup aurat adalah hukum wajib dalam Islam tapi hakikatnya menutup aurat adalah naluri yang fitrah bagi seorang wanita.

"Ini antara sebabnya bukan Muslim juga turut mengenakan hijab di seluruh dunia. Teruskan, anda berada di landasan yang betul," tulisnya.

Sementara Nazilah Zainal pula menyarankan agar Yeap mengabaikan kata-kata nista tersebut dan menjadi diri sendiri.

"Sayang jangan dengar cakap orang ya.. Hanya kamu tahu apa yang kamu buat. Diri kamu, bukan diri mereka. Jaga diri, semoga selalu menjaga kehormatan... Bangga dengan kamu!," tulisnya.

Ini bukan kali pertama Yeap dikritik ekoran tindakannya berhijab.

Pada awal kemunculannya mengenakan tutup kepala, ramai Muslim mengganggapnya sebagai "tidak menghormati" wanita Islam yang memakai hijab.

Mereka berkata, sebelum memakai hijab, Yeap sepatutnya membuang semua gambarnya berpakaian Playboy Bunny dan lain-lain yang mendedahkan dan seksi.

Hampir 148,000 peminat di Facebook dan blog mengkritik tindakannya dan menyifatkannya sebagai sebuah "aksi publisiti" untuk mendapat lebih populariti dan kemasyhuran.

Ada juga yang meninggalkan laman media sosial Yeap selepas beliau berhijab. -SH

6 ulasan:

pakej umrah murah 2014 berkata...

paki tudung kerana Allah, bukan kerana orang lain

Tanpa Nama berkata...

I tak tahu sangat pasal komennya. Tetapi tudung tidak melambangkan yg dia ni beragama islam seperti tanggapan kebanyakan rakyat malaysia. For your info paderi perempuan pun memakai tudung sepertimana perempuan islam memakai tudung.

Walaubagaimanapun i ucapkan semoga allah swt memberi hidayah kpd dia dan menerima islam. Apabila dia menerima islam maka pemakai tudung adalah utk mematuhi perintah allah.

Tanpa Nama berkata...

Orang pertama yg menyampah dgn filixia yeap adalah mak semoh bini najib. Apa nak jadi dgn mak semoh ni? Aku malas nak kata korang nilailah sendiri.

Anti Fitnah berkata...

Kalau berpakaian untuk menutup aurat, tak kiralah Islam atau bukan Islam, patut digalakkan, terutamanya oleh orang Islam itu sendiri. Kan dapat mengurangkan banyak dosa termasuk dosa penglihatan.
Aku berdoa agar Allah swt memberi hidayah kepada amoi ini.

Tanpa Nama berkata...

Pakai ikhlas kerana allah, pedulikan apa orang kata.

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah tunjukkan hidayah buat wanita ini