Zaid: Tak perlu betulkan yang tak rosak
Dua minggu selepas 'menyokong' bekas bos beliau Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi menteri besar Selangor yang baru, bekas Menteri Undang-undang Datuk Zaid Ibrahim kini bertukar arah.
Dalam tulisan blog beliau yang terbaru, beliau mahu MB sekarang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai peneraju utama kerajaan negeri.
"Selangor masih perlukan Khalid sebagai menteri besarnya. Marilah kita hormati mandat yang diberikan kepada beliau selepas pilihan raya lalu dan biarkan beliau buat kerjanya," kata beliau hari ini.
Zaid memberi amaran bahawa perjuangan untuk politik yang lebih matang dan baik akan tergugat sekiranya mereka yang melakukan kerja dengan baik dipecat atau ditukar hanya untuk melakukan strategi politik yang tidak terbukti dan kurang jelas.
"Jadi kenapa nak tukar MB sekarang yang bukan hanya bekerja dengan mandat rakyat, tetapi telah membuktikan dengan jelas kepimpinan beliau baik untuk negeri.
"Benar Anwar pernah memegang jawatan politik tinggi sebelum ini dan pernah menjadi menteri kewangan. Tetapi ia tidak mengubah kenyataan bahawa tidak perlu betulkan sesuatu yang tidak rosak.
Pada 1 Februari lalu, Zaid menulis dalam laman mikro 'Twitter' "Anwar Ibrahim telah membuat keputusan tepat untuk jadi MB. Harimau mesti berhadapan dengan singa baru selesa rakyat jelata".
Beliau menjelaskan keputusan itu setelah melihat 'trend' pengundi Cina yang mahu menggunakan PRK Kajang 23 Mac depan untuk menghantar mesej lebih positif mengenai keperluan untuk bergerak ke hadapan.
"Mereka (pengundi Cina) mungkin tidak mahu mengundi MCA kerana masih kecewa dengan isu masa lalu dan cara parti yang gagal menangani isu ini sejak sekian lama.
"Saya percaya mesej positif yang pengundi Cina akan hantar bukan untuk memberi undi kepada Anwar," kata beliau. -mk
Jangan pedulikan kepada Zaid Ibrahim
Beberapa rakan FB saya bertanya saya kenapa dan untuk apa Zaid Ibrahim hendak bertanding di Kajang. Tidak perlu untuk saya menjawab pertanyaan itu kerana ia sia-sia sahaja. Tetapi dasar orang bertanya ia ingin juga mengetahui mengenai pandangan kita terhadap langkah Zaid itu.
Saya tidak memberi jawaban yang kompleks tetapi sekadar mengatakan, Zaid boleh bertanding kerana beliau tidak dihukum oleh mahkamah dalam tempoh terdekat, tidak muflis dan juga tidak gila. Sesiapa pun yang bebas dari tiga perkara itu boleh bertanding.
Kerana saya pasti kalau Zaid terikat dengan tiga perkara itu dia tidak akan bertanding, kerana pencalonannya nanti akan dibatalkan. Dia seorang peguam terkenal pasti tahu syarat-syarat dan undang-undang SPR.
Syarat itu ditambah dengan satu lagi syarat namanya ada dalam daftar pemilih.
Jadi soal Zaid, sama ada dia bertanding atau pun tidak, tidak menjadi masalah. Kehadirannya tidak akan memberi apa-apa bekas kepada Kajang Move. Zaid hanya habuk-habuk dan debu-debu kecil saja yang merupakan seni dan keindahan dalam demokrasi.
Kedatangannya cuma boleh mencemarkan tangan, tetapi boleh dibersihkan dalam saat itu juga. Justeru jangan pedulikan beliau dan anggap kewujudannya di Kajang itu hanya mainan ilusi saja.
Saya percaya orang seperti Zaid ramai di Kajang nanti. Mereka yang frust dalam politik atau kalah dalam pilihan raya lalu boleh bermian angin di Kajang. Ramai orang bercita-cita mahu jadi hebat dan merembas keadaan seperti Anwar tetapi tidak menjadi. Barang tiruan ia tidak tahan lama.
Setidak-tidak dapat bertanding menentang Anwar dalam satu pilihan raya, ia menampakkan seseorang itu hebat. Anwar ditumpangi dihinggapi bukan sahaja oleh kera, monyet ataupun dedalu tetapi semut gatal dan gajah yang sakit juga ikut sama menumpangi kehebatan Anwar. -msomelayu
PRK DUN Kajang: Zaid Ibrahim bakal hilang deposit
SHAH ALAM 17 FEB: Bekas Menteri Undang-Undang, Datuk Zaid Ibrahim yang menawarkan diri untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang bakal kehilangan deposit, kata penganalisis politik.
Professor Universiti Putra Malaysia (UPM) Jayum Jawan, berkata individu yang bertanding atas kapasiti bebas tidak mempunyai sokongan yang kukuh untuk memperolehi undi daripada Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.
“Zaid Ibrahim bukan lagi penting, melompat dari sini ke sana adalah tiada apa-apa berbanding dengan Anwar,” kata Jayum dipetik dari The Malay Mail Online.
Calon yang bertanding dalam PRK perlu meletakkan deposit sebanyak RM5,000 kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) manakala RM3,000 deposit untuk bahan kempen.
Deposit akan hilang apabila calon gagal untuk mendapatkan kurang daripada satu perlapan daripada jumlah pengundi.
Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin, berkata tindakan Zaid mencalonkan dirinya dalam PRK DUN Kajang tidak akan memberikan kesan kepada populariti Anwar.
Katanya, Zaid bukan seorang ahli politik yang mempunyai pendirian dan tidak pernah menang dalam pillihan raya umum sejak 1999.
PRK DUN Kajang akan berlangsung, pada 23 Mac ini sementara pembuangan undi awal akan dibuat pada 19 Mac ini.
Kerusi DUN Kajang kosong apabila ADUN sebelum ini, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan beliau, pada 27 Januari lalu.
Seramai 39,278 pemilih berdaftar layak mengundi dalam PRK berkenaan, termasuk 1,197 pengundi awal dan 26 pengundi dalam kategori tidak hadir atau berada di luar negara.
ULASAN GB
Sudahlah melompat-lompat dari satu parti ke parti yang lain, cakap pun berputar-putar sehingga terbelit lidah sendiri.
Ini apa yang ditulis sendiri di twitternya pada 2 Feb 2014 yang baru lalu:
Apa dia tulis kat atas tu? Sekarang dia pulak masuk bertanding nak lawan orang yang dah dipujinya baru beberapa hari yang lalu. Bukankah dah mabuk namanya tu.
6 ulasan:
Well biarkan sahaja dia test dia punya populariti di kajang sama ada dia popular ataupun tidak. Kalau tidak orang ini asyik - asyik tidak sedar yang dia sudah dipandang rendah bahkan orang tak mahu pandang lu yang tiada pendirian. So biarkanlah sahaja, sebab kalau kita katakan dia ni tidak sedar diri nanti dia marah pula.
duit banyak sngt laa tuu..tak tau nak buat apa dahh..
X pe la dia nk tanding. Muka pun dekat2 wak tu. Are kawan la
Kita orang kat hulu selangor dah tahu sangat ngan si saiz lalang ni. 1 bulan kita orang bantu dia. Dah lah tu dia ni sentiasa dikepit oleh isteri cantiknya. Dah lah kurang mesra ngan lelaki, nak ngan orang perempuan je.
Di Kelantan mamak ni dah tak laku lagi.
Cerita nya senang saja. Now it'a 'pay back' time to Al Kutty. Mamat Zaid ni dulu menjadi kaya raya atas dasar kronisma era Al kutty . Mamat ni dulu telah di beri banyak peluang business yang bersangkutan dengan perundangan sehingga menjadi salah satu firma peguam terbesar di Malaysia.
Catat Ulasan