Kes tuntutan cerai secara baik Nurul Izzah ditangguh 11 Mac
Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur hari ini menangguhkan tuntutan perceraian secara baik yang difailkan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar (gambar) pada 11 Mac depan.
Nurul Izzah sebelum ini memfailkan tuntutan perceraian dengan suaminya, Raja Ahmad Shahrir di bawah Seksyen 47 (cerai secara baik) Undang-Undang Keluarga Islam 1984.
Nurul Izzah bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah hari ini, sebaliknya hanya suaminya Raja Ahmad Shahrir hadir di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pagi ini bagi mendengar sebutan semula kes tuntutan tersebut.
Raja Ahmad Shahrir tiba berseorangan dengan berpakaian kot kemas kira-kira jam 10.30 pagi dan terus memasuki kamar Mahkamah Rendah Syariah 1.
Peguam Nurul Izzah, Normawaddah Ramli hadir sebagai wakil pihak plaintif.
Kira-kira 15 minit kemudiaan, Raja Ahmad Shahrir bersama peguamnya, Muhamad Nakhaie Ishak keluar daripada kamar selepas mengadakan perbincangan dengan peguam plaintif.
"Kita cuba untuk selesaikan kes ini secara baik, itu sahaja lah," kata peguam, Normawaddah.
Apabila ditanya sama ada kes tuntutan tersebut akan digugurkan, Normawaddah berkata ia masih lagi dalam proses.
"Kita masih lagi dalam proses perbincangan dan cuba selesaikan kes ini secara baik.
"Ia masih dalam proses," katanya lagi.
Normawaddah juga membetulkan laporan sebelum ini mengatakan anak guamnya membuat tuntutan perceraian secara fasakh, sebaliknya tuntutan tersebut dibuat secara baik di bawah Seksyen 47.
"Fasakh adalah perceraian dengan memberikan alasan tertentu, tapi ini adalah cerai secara baik," terang peguamnya lagi membetulkan laporan sebelum ini.
Raja Ahmad Shahrir sejurus itu bergegas ke keretanya dan tidak memberikan sebarang komen.
Hari ini adalah sebutan semula kes tuntutan cerai secara baik yang dibuat oleh Nurul Izzah, 34 ke atas suaminya Raja Ahmad Shahrir, 35 di hadapan Hakim Syarie, Ab Malek Awang selepas sebutan kali pertama pada 22 Januari lalu.
Anak perempuan sulung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan perceraian di bawah Fasakh (untuk membatalkan perkahwinan itu) pada akhir Disember melalui petisyen di Mahkamah Syariah.
Suaminya, Raja Ahmad Shahrir yang dipercayai sudah menerima petisyen itu pada 16 Jan, meminta penangguhan dua minggu sebelum ini berhubung perkara itu bagi menyediakan kesnya.
Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir, berkahwin pada 9 Mei 2003.
Upacara perkahwinan mereka diadakan di kediaman bapa Nurul Izzah, di Bukit Damansara.
Mereka dikurniakan dua cahaya mata seorang puteri berumur 7 tahun dan putera 4 tahun. -TMI
10 ulasan:
No komen. Yang pastinya umat melayu UMNO akn jadikan ini sebagai satu isu utk di spin. Ini adalah for sure punya.
Jodoh pertemuan ditangan Tuhan, harap tiada isu.
harap2 lepas nii Raja Ahmad Sharir... tahan dgn godaan wang ringgit yg akan di tawarkan.... utk burukkan keluarga DSAI.... insyaallah...
Ya Allah kau selamatkan perkahwinan ini
Kenapa nak cerai berai ?
Orang Melayu kahwin tak sabar , tau tau nak make love sampai bosan kemudian cerai berai.
Tak bertanggungjawab betul.
Kesian pada anak anak yang kechik tu.
Melayu kampong yang miskin tu kahwin boleh bertahan lama , yang mampu di bandar kahwin nak cerai berai saja.
Iman tak kuat nak lawan nafsu godaan selalu suroh laki bini gaduh cemburu buta.
Hidup makin lama makin tua , sedar lah...
Jodoh dan Maut kan Urusan Allah swt. Jangan kita masuk campur dalam urusan Allah swt. Khuatir nanti kita dilaknat oleh Allah swt. Doa saja yang terbaik. Wallahualam.
Why choose to get a divorce without any concrete reason? Use your maturation to think wisely before taking action that is not favored of Allah most. Save your marriage for the sake of your children and family. My honest advice, be more passionate. May Allah always bless you all. InsyaAllah.
Ado jodoh kokal...cubo berbaik baik...x do jodoh cr lain...bgaduh jgn...ank ank ado....
Buruk sangka itu penyakit hati
Cerai secara baik ke fasakh ke namun namanya tetap cerai berai. Kalau dah cara baik usahlah bercerai. Jadikan ketidaksamaan ini saling melengkapkan.
Mana ada rumah tangga yang tidak dipukul gelombang.
Fasa kedua fasa menempuh ujian jangan sampai memohon fasakh. Bila berlaku perceraian semua menuding jari pada perempuan. Menjadi janda bukan impian perempuan bernama ibu..
Jika benar anak reformasi masakan senipis bawang nilai harga dirimu..
Jangan menunjuk- nunjuk pandaimu itu dan jangan pula memandai-manda soal hati.
Tak payah pergi jauh, lihat saja bagaimana mak kita menanggung derita...cerita memang tidak sama hakikatnya jadi perempuan ini untuk apa?
Catat Ulasan