28 Jan 2014

[TERKINI - VIDEO] Sah Anwar Ibrahim Bertanding Di DUN Kajang -updated


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi calon untuk bertanding di Dun Kajang.

Pengumuman tersebut telah dibuat oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim di Pejabat Pusat PKR sebentar tadi.

Menurut Khalid, PKR dan rakan komponennya iaitu Pas dan DAP bersetuju untuk meletakkan Anwar sebagai calon di Dun tersebut.

"Selepas perbincangan dilakukan, PKR dan rakan parti komponen yang lain, kami telah bersetuju untuk meletakkan Datuk Seri (Anwar) sebagai calon di Dun tersebut.

"...kita letak calon PKR, kerana itu bekas kerusi PKR sebelum ini," katanya. -SH



ULASAN GB

Sudah pun diputuskan dan menurut Tan Sri Khalid: rakan komponennya iaitu Pas dan DAP bersetuju untuk meletakkan Anwar sebagai calon di Dun tersebut.


Yang kelihatan di dalam sidang media ialah beberapa orang pemimpin DAP & PAS juga termasuklah Naib Presiden PAS, Salehuddin Ayub, Dr. Mohd Hatta Ramli, Lim Kit Siang dan Anthony Loke.

Oleh kerana sudah diputuskan demikian, saya berharap ahli-ahli PAS terutamanya, yang ramai GB kesan ramai tak puashati dengan kemelut yang sedang berlaku di Selangor supaya banyak bersabar dan tidak melanggar adab berjemaah dan organisasi.

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Lepas ni bungkus la Menteri Kangkung kerna terpaksa berhadapan dengan Menteri Besar DSAI. Tuhan sentiasa memberi jalan di pihak yang benar. Ini semua ujian tuhan kita cuma perlu bersabar dan teruskan perjuangan. InshaAllah

Tanpa Nama berkata...

DS Anwar akan akan dilantik exco agama untuk menyekat puak2 umnu dlm mais/jais yg cuba porak peranda PR Selangor. Puak2 umnu mais/jais yg memainkan isu kalimah Allah dan merampas bible utk sabotaj pr selangor.

MB selangor bukan isunya.

Bacaan politik dan tindakan DS Anwar memang hebat.

Tanpa Nama berkata...

Asal bukan umporno !!!!

Tanpa Nama berkata...

DSAI seorang pemimpin ber pengaruh global dan ada nya dalam ADUN Selangor dapat membukti kan kepada pelabur pelabur asing bahawa Selangor negeri terasing dari puak puak KANGKONG DUMNO. In akan menarik tahap keyakinan pelaburan asing ke Selangor.

Kejayaan Selangor dengan FDI Asing , akan membuka mata Rakyat untuk memilih pakatan rakyat , dan DSAI sebagai pemimpin negara.

DSAI orang yang bijak bagai LANGIT dan KANGKONG jika di banding dengan pemimpin BN sedia ada.

Rakyat perlu membuka minda besar besar untuk memahami DSAI.

Asrul Sani berkata...

Bagus juga kita uju kemampuan Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar walaupun beliau pernah menjawat jawatan Timbalan PM dulu. Masa tu Anwar berkhidmat di bawah rejim Firaun dan dia pun sedikit sebanyak terikut-ikut dengan rentak dan perangai Sultan Firaun.

Jika terbukti DSAI lebih baik pemerintahannya dari TS Khalid yang memang boleh dibanggakan, maka bolehlah kita lantik b
DSAI sebagai PM bila PR memerintah kelak. Jika sebaliknya kita boleh tengok calun lain sebagai PM, Rafizi ka, Salehuddin Ayob ke...DS Nizar sebagai PM pun tentu lebih baik dari Bapa Kangkung BN sekarang.

zed berkata...

Rata2 komen dalam internet masih terkejut dan tidakk puas hati dengan keputusan ni.
Macam orang lain, saya pon tercari2 kenapa sampai begitu elaborate sekali perancangan ni.
Tapi mengambil iktibar dari Kedah, mungkin ini adalah terbaik untuk menghadapi PRU 14 nanti, asalkan semua bidak2 catur diletakkan di tempatnya sebagaimana yang dirancang.

Tanpa Nama berkata...

Politik sama macam peperangan. Tak semua strategi boleh didedahkan. Yang jadi pengikut kena patuh kepada strategi pemimpin selama mana mereka patuh kepada perintah ALLAH dan Rasulnya.

Tanpa Nama berkata...

AKAN BERI ULASAN SEHINGGA MENDAPAT MAKLUMAT LENGKAP DPD KES INI.

MEMBERI EMOSI TERLALU AWAL TANDA KURANG AKAL. INI PUN SIKAP UMNO JUGA.

MENGANGGAP PR SEMPURNA TANDA TIDAK MATANG, KERANA TIADA YG SEMPURNA DI BUMI INI.

ZAMAN SAHABAT2 RDH PUN BERGOLAK, APAKAH KITA MAHU MEMAKI HAMUN MEREKA SEDANGKAN MEREKA SEHIDUP DGN NABI SAW TAPI MASIH TERJADI PERSELISIHAN?

TUNGGU DAN LIHAT.

Tanpa Nama berkata...

Terbaik.. Batu loncatan untk ke putrajaya.. Hahahaha strategi tbaik!! Tnjukkan kmampuan mu dsai.. Mreka makin gentar! Kita tgok apa halangan yg akan mreka2 berikan.. Sultan ? Duit rakyat? smuanya akn bbunyi..

Tanpa Nama berkata...

yang aku nampak, di samping DSAI adalah Dr Wan Azizah. InsyaAllah dgn Kak Wan di sisi DSAI, bole bawa bincang2 utk kesejahteraan rakyat.
Paling tak, Kak Wan tak perlu buang masa set rambut.

Amin.

Ahmad Dzul Mohd berkata...

Kak Wan memainkan peranan selama 6 tahun menerajui PKR nampaknya si Azmin dah mula nak menjadi Ezam maka ini cara terbaik sebabkan TS Khalid tak pandai bermain politik.

Tanpa Nama berkata...

Sembang banyak pun tidak berguna, yg penting pastikan kerusi DUN Kajang kekal milik PR. ABU

Tanpa Nama berkata...

Lepas ni, barang apa pula yang turun. Kangkung sudahlah pasti. Naik, stop dulu, tunggu lepas PRK. Mampus, BN/UMNO kena main dek strateji PKR. Kalaulah pengundi Kajang memenangkan BN, tak taulah nak cakap apa. Rasa-rasanya tak, kot.

Tanpa Nama berkata...

PAS menang di Temerloh bukan sebab calon atau PAS kuat, tetapi pengundi undi PAKATAN RAKYAT, wakilnya jangan syok sendiri, kenapa kalah di Kedah?