29 Jan 2014

[PANAS] Isu PRK Kajang: Koleksi Artikel & Tulisan Yang Perlu Dibaca!

Rafizi: Anwar ke Kajang pertahan Selangor daripada Umno jika Najib jatuh

PKR hari ini menjelaskan rasional di sebalik pengosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dan meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon adalah langkah menghadapi plot menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dari dalam Umno oleh kem Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata usaha untuk menyingkirkan Najib mula dijalankan kem bekas perdana menteri itu yang juga merupakan musuh utama kepada Anwar dalam kes pemecatan bekas timbalan perdana menteri itu pada 1998.

"Sudah menjadi rahsia terbuka langkah untuk menyingkirkan Najib kini bermula.

"Sebagai seorang anggota strategi parti, saya tidak boleh menolak kemungkinan Najib disingkir dan Umno jatuh kepada kem ultra Dr Mahathir," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rafizi membayangkan perkara lebih buruk berlaku sebaik usaha tersebut berjaya kerana usaha untuk merampas negeri Selangor akan dilakukan sedaya upaya sebaik sahaja Najib tersingkir.

"Serangan dan rancangan tidak bermoral untuk sedaya upaya merampas Selangor akan bermula selepas Najib yang lemah disingkirkan," katanya.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, kontroversi agama dan perkauman yang dimainkan oleh Umno dan sekutu mereka sejak kebelakangan ini adalah isyarat jelas bahawa perkara di luar jangkaan mungkin berlaku.

"Jika Najib jatuh, diramalkan isu manipulasi perkauman dan agama akan dicipta untuk mewujudkan ketidakpercayaan dan kekecewaan kepada kerajaan negeri Selangor,"
katanya.

Rafizi berkata, langkah meletakkan Anwar bertanding di Kajang juga adalah sebagai batu loncatan kepada Pakatan Rakyat (PR) dalam usaha merampas pentadbiran Putrajaya daripada Barisan Nasional (BN).

"Istanbul menjadi batu loncatan kepada Erdogan dan Jakarta kepada Jokowi, Selangor boleh menjadi batu loncatan kepada Pakatan untuk merampas Putrajaya," katanya.

Sementara itu, katanya, PR memerlukan pemimpin tertinggi dan berkemampuan untuk mempertahankan Selangor daripada dirampas BN kerana negeri tersebut dianggap mutiara kepada mana-mana parti politik di Malaysia.

"Kita perlukan sebanyak mungkin pemimpin tertinggi di Selangor untuk mempertahankannya kerana ia merupakan mutiara kepada mana-mana gabungan parti politik di dalam negara,"
katanya.

Rafizi berkata, tidak mustahil suatu hari nanti kontroversi PKR di Kajang akan mengubah rentak strategi menuju ke Putrajaya.

"Kita boleh imbau ketika saat sukar yang akan dikenang sebagai 'Langkah Kajang' sebagai penentu dalam usaha menawan Putrajaya,” katanya.

Rafizi turut meminta maaf kepada pengundi Kajang kerana terpaksa berdepan satu lagi pilihan raya dan menegaskan PKR sedia menerima akibat sekiranya pengundi menghukum mereka.

PKR di Selangor ketika ini sedang bergolak selepas dikatakan wujud usaha untuk menjatuhkan menteri besar penggal kedua, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada tampuk pemerintahan.

Krisis dan kontroversi tercetus sejak pengumuman kenaikan gaji oleh Abdul Khalid yang dikatakan tidak dibuat secara konsensus.

Kemudiaan disusuli dengan insiden pengguguran Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali daripada anak syarikat negeri Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) baru-baru ini.

Kemelut PKR berterusan selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh mengosongkan kerusinya pada Isnin.

Semalam, pengumuman dibuat oleh PKR untuk meletak Anwar sebagai calon di kerusi yang dianggap selamat untuk dimenangi.

Langkah meletak Anwar dilihat pengkritik sebagai usaha meredakan ketegangan antara kem Abdul Khalid dan Azmin yang menyukarkan pentadbiran Selangor. -TMI


PRK Kajang: PAS Perlu Belajar


PAS wajar belajar dlm isu prk DUN Kajang. Walaupun kemelut pengunduran ADUN PKR dikecam byk dgn alasan membazir wang rakyat, tenaga petugas parti, mengkhianati amanah rakyat namun demi survival politik "tindakan drastik" perlu dibuat bg org politik utk masa dpn parti gabungan PR dan sebuah kerajaan yg perlu dipertahankan utk kesinambungan pru 14.

BN tidak senang dgn kemenangan PR di Sgor bukan baru tapi semenjak 2008 lagi. Pelbagai usaha dirancang BN utk menjatuhkan PR. Isu Teo Beng Hock sbgai contoh bagaimana BN pergunakan SPRM utk memerangkap ADUN DAP. Jadi tidak mustahil perancangan merampas Sgor berjalan sehingga kini ditambah lg Pengerusi Perhubungan Umno Sgor ialah Najib sendiri yg mempunyai rekod merampas Perak dari Pakatan.

Kalau dilihat isu-isu yg berbangkit di Sgor menggusarkan kita sebagai kjaan mentadbir di S'gor. Bagaimana cukai perlesenan dinaikan bagi peniaga pasar malam, gerai dirobohkan bahkan dlm isu Langat 2 dan kenaikan gaji ADUN serta Exco sbgai contoh telah menyebabkan pimpinan Pakatan bertelagah. Semua ini berpunca dari sikap MB Khalid yg membuat keputusan sendiri dan dilihat mengikut telunjuk pegawai kerajaan negeri . Tindakan beliau tidak mencerminkan kehendak parti bahkan melangkaui keputusan Pakatan Rakyat.

Perlu diingat, kerajaan yg ditadbir mestilah dipandu oleh parti. Segala dasar mesti dirujuk atau mendapat konsesus parti gabungan. Utk rekod beliau pernah mengatakan tidak percaya kpd org politik tetapi lebih percaya kpd pegawai kerajaan. Kita maklum SUK Dato' Khusrin adalah ahli umno yg sedia diperalatkan oleh umno bn. Kebimbangan kita ialah MB Khalid "menjayakan misi" umno menawan Sgor.

PAS boleh bersuara dlm isu ini tetapi suara kita akan dipandang rendah kerana PAS juga yg menyokong Khalid sbgai MB. Walaupun kita berhujah memberi peluang kedua kpd Khalid utk berubah. Dlm isu Perak PAS juga boleh dipersalahkan kerana Nizar tidak membubarkan DUN dikala situasi mendesak bila ADUN-ADUN PR mula diperangkap dgn isu rasuah. Dlm isu Kedah juga PAS dilihat takut utk membuat keputusan menghentikan krisis kepimpinan yg berlaku akibat dari tindakan MB yg membuat keputusan sendiri.

Apapun yg berlaku PAS sbgai sebuah parti politik perlu melihat dan belajar sepak terajang politik.

Harun Mohamad
YDP PAS Kota Melaka
merangkap Pengarah Pilihanraya PAS Melaka



Ceteknya minda sesetengah ahli Dewan Pemuda PAS


Realiti bahawa Dewan Pemuda PAS terbelah kepada dua fraksi, ortodok dan modern terbayang di dalam reaksi dibuat oleh anggota sayap kanan PAS berhubung kekosongan kerusi DUN Kajang dan pengumuman Anwar Ibrahim sebagai calon PKR dalam pilihan raya kecil itu.

Sekurang-kurang dua orang anggota Pemuda PAS, setakat ini, membuat kenyataan kurang manis berhubung keputusan PKR itu sebaik sahaja Anwar diumumkan sebagai calon. Ketua Pemuda PAS Selangor, Syarhan Humaizi Abdul Halim mengeluar kenyataan awal berbau ancaman akan memboikot pilihan raya kecil bakal diadakan itu.

Katanya sekiranya PKR tidak memberi penjelasan munasabah mengenai pengosongan kersui berkenaan jentera pilihan raya Pemuda akan diarah agar tidak memberi kerjsama kepada pilihan raya itu.

Seorang lagi anggota Pemuda Pas yang membuat kenyataan dikira kurang manis ialah Pengarah Pilihan Raya Pemuda, Mohd Sany Hamzan yang menyifatkan pilihan raya berkenaan mengejutkan dan ianya menyebabkan rakyat meluat dengan kerakusan kuasa dalam PKR.

Sebagai sekutu kepada Pakatan Rakyat, kedua-dua anggota pemuda itu tidak sepatut mengeluarkan kenyataan berkenaan secara melulu yang boleh menyinggungkan perasaan orang lain. Kenyataan-kenyataan bersifat negatif itu menggambarkan kecetakan Pemuda PAS dalam memahami sepak teranjang politik. Ia juga menunjukkan Pemuda PAS kurang ilmu diplomasi.

Mereka juga boleh dianggap biadap kerana tidak menghormati konsensus politik yang dibuat oleh pucuk pimpinan parti. Apakah pandangan pemuda lebih tajam daripada pandangan pucuk pimpinan, Abdul Hadi Awang, Mohamad Sabu dan lain-lain? Apakah mereka tidak tahu bahawa peristiwa hari ini sudah dibincang peringkay pucuk pimpinan? Mungkin mereka tidak diberitahu kerana budak-budak memang tidak perlu diberi tahu awal-awal.


Tetapi senario yang berlaku sudah boleh ditafsirkan. Adalah menyedihkan sebagai orang muda lambat untuk memahami apakah motif dan keperluan disebalik pengosongan kerusi Kajang itu. Kalaulah begitu rendahnya pemikiran Pemuda PAS sukarlah untuk PAS bergerak lebih jauh lagi apa lagi untuk menawan Selamngor secara bersendirian. Kenapa Pemuda harus mempersempitkan akal politik mereka?

Berpandukan kepada dua pandangan itu tidak hairanlah kalau peristiwa di Kota Damansara berlaku yang menyebabkan kerusi yang sepatutnya menjadi milik Pakatan Rakyat terlepas. Sikap dan tindakan begitu, persis marahkan nyamuk membakar kelambu adalah sikap orang bodoh. Di Damansara kerana terlalu tamak dan degil akhirnya ayam terlepas tangan tertinggal tahi.

Kenyataan mereka berdua itu juga seolah-olah bercanggahan dengan keputusan pucuk pimpinan parti yang mana ia boleh dianggap sebagai biadap.

Apakah mereka tidak sedar sidang akhbar pagi tadi dihadiri sama oleh dua pimpinan tertinggi PAS, Naib Presiden, Salahuddin Ayub dan Pengarah Pilihanraya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli. Kehadiran mereka itu sudah menjelaskan kedudukan di sebalik apa yang berlaku. Pemuda yang dianggap sebagai ansrollah harus cekap membaca peristiwa.

Cara mereka membuat kenyataan bernada mengkritik dan mencemuh PKR itu tidak menggambarkan mereka sebagai anggota parti Islam yang lebih kepada soal-soal adat dan pekerti. Mereka lebih kurang pemuda Umno sahaja. Cari itu juga bukan memupuk semangat kerjasama dalam keadaan memerlukan kerjasama. Apakah jenis manusia yang boleh dinamakan apabila membuat kerenah disaat kawan menghadapi perang?

Ancaman untuk memboikot pilihan raya kecil itu juga mendahului keputusan pucuk pimpinan. Seharusnya ketua Pemuda PAS Selangor itu memerhati apa yang berlaku dan apakah tindakan pucuk pimpinan. PAS adalah milik semua orang dan bukan hanya milik kalangan Pemuda PAS Selangor sahaja.

Tanggungjawab ahli PAS baik di mana mereka berada adalah secara kolektif. Sebab itu bila ada sesuatu pilihan raya semua ahli PAS akan turun. Jadi apa-apa keputusan berhubung dengan Pakatan Rakyat, semua ahli PAS terlibat dan jangan hanya PAS Selangor merasakan ianya hak mereka secara eksklusif dan boleh berbuat apa yang disukai. Bukankah Islam itu sejagat sifatnya?

Kalau tindakan untuk menunjukkan kita lantang, berani, dan prihatin agamatetapi ia dengan bertenggek di atas nafsu sarakah ia tidak memberi guna apa-apa pun. Pemuda PAS Selangor juga patut membuat kajian dan tahu kronologi macam mana mereka mula mendapat kerusi di Selangor.

Justeru apa-apa keputusan yang dibuat dan diambil oleh pucuk pimpinan hendaklah dihormati dan biarlah penuh hikmah. Cara ketua pemuda PAS Selangor itu seakan tidak mengerti untuk bertindak secara sopan dan sangat cetek dalam memahami seluk belut politik. Pandanglah sesuatu itu dari berbagai dimensi.

Sikap atau kealpaan sebegitulah yang boleh menjejaskan PAS dan menyebabkan orang akan mencemuhi PAS. Gerakan politik yang dipersetujui oleh PAS menerusi Pakatan Rakyat adalah atas dasar dan prinsip politik yang rencam dan bukan peraturan jemaah, hendaklah disedari. Fahami akan hakikat ini. Yang perlu dikenang dalam perjuangan bukan kecemerlangan masa depan yang dibayangkan tetapi kesusahan masa lalu yang diharungi. Saya percaya ada kalangan Pemuda PAS hari ini tidak sempat melalui banyak liku-liku kesusahan Pakatan sebelum ini.

Kesimpulan persepsi atau realiti Dewan Pemuda PAS berpecah kepada dua kelompok tampak jelas dengan sikap dua oknum Pemuda itu. Dewan Pemuda PAS sebelum ini dilihat dikuasai oleh dua kelompok yang tidak sehaluan dan mempunyai pandangan dan uslub politik berbeza. Sepihak lebih bersikap ortodoks mahu mengekalkan pemahaman konversional, manakala sepihak lagi yang modern yang terbuka.

Pertentangan inilah yang sedang berlaku bakal menjadi masalah dalam PAS dan kenyataannya dua orang pimpinan Pemuda PAS itu menggambarkan situasi tersebut.
-msomelayu



PAS, DAP sokong Anwar tanding di Kajang


PAS hari ini menyatakan sokongan penuh terhadap keputusan PKR yang meletakkan Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang.

Naib Presiden PAS, Slahudin Ayub berkata, PAS sebagai sebuah komponen dalam Pakatan Rakyat sentiasa mendokong semangat kebersamaan dan muafakat bersama PKR dan juga DAP.

"Ini semangat yang ada dalam Pakatan Rakyat, setiap parti akan memberi sokongan sepenuhnya bagi memastikan kemenangan itu milik Pakatan Rakyat, khususnya (kali ini) PKR," jelas beliau kepada Harakahdaily.

Beliau ditemui selepas hadir mewakili PAS pada sidang media PKR hari ini di mana Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan Anwar sebagai calon PRK Dun Kajang.

Turut hadir pada sidang media itu Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Mohd Hatta Ramli, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan Anthony Loke.

Mengulas lanjut, Salahudin berkata memang sudah menjadi kebiasaan mana-mana parti dalam Pakatn Rakyat yang bertanding, akan disokong oleh rakan parti yang lain dengan mengambil semangat calon itu adalah calon Pakatan Rakyat.

Mengulas pemilihan Anwar pula, Salahuddin berkata, ianya adalah keputusan terbaik yang dirasakan oleh PKR bagi menyelesaikan masalah dalaman parti itu, dan menerima secara terbuka.

"Pencalonan Anwar itu bagi saya isu dalaman PKR dan ia sebagai penyelesaian terbaik, kita diberitahu kekosongan dan tanggungjawab sebagai rakan Pakatan Rakyat kita akan memberi sokongan.

"Begitu juga jika berlaku dalam PAS mahupun DAP, parti-parti akan memberi sokongan," jelasnya.

Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang pada sidang media turut menyatakan sokongan kepada calon pilihan PKR itu.

Jelasnya, DAP akan memberi kerjasama penuh bagi memastikan Pakatan Rakyat di Selangor boleh mencipta kecemerlangan yang lebih baik.
-HD


13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pemuda Pas masih di pengaruhi ketua pemuda lama yang berpandangan singkat, dan tidak sebijak TGNA

Tanpa Nama berkata...

Pemuda Pas kumpulan PERASAN PAS kuat, dulu sebelum kerjasama dalam Pakatan Rakyat, berapa kerusi PAS di Selangor?

zed berkata...

Sebagaimana yang disangka, hari ni Rafizi memberi gambaran situasi sebenar dan tahap persedian para strategis PKR ini untuk menghadapi 'onslaught' UMNO. Ini juga mengesahkan kedudukan Najib dalam bahaya yang amat sangat dan PR sedang memperkuatkan kubu bagi menghadapi serangan.
Bagi orang bawahan, kita kena berlapang dada. Kita diajar untuk mempercayai pimpinan dalam mengatur strategi dan kita perlu melaksanakan apa jua yang telah dirancang.
Sikap seorang dua pimpinan pemuda PAS amat mengecewakan, macam budak-budak hingusan. Bila bercakap pasal kepimpinan, mereka bercakap macam merekalah yang faqih segala-galanya. Tindakan mereka menunjukkan mereka sebenarnya tidak matang dan memalukan. Contohilah TGNA dalam memberi ulasan.
Betullah telahan apabila PKR mengambil langkah proaktif dan mengambil iktibar dari Kedah dan bersedia untuk pertempuran akan datang. Rakan-rakan PR kena bersatu dan terus berjuang.
Kita perlu ramai pemimpin pelapis macam Rafizi dalam PAS, itu sudah pasti.
Kelantan kena berjaga-jaga mulai sekarang. Tindakan secara halus meminggirkan golongan yang tak sehaluan mungkin akan memakan diri nanti.

Tanpa Nama berkata...

Memang patut Pemuda PAS san juga pemuda DAP, yg berdarah panas, belajar dari pengalaman org2 Tua dahulu jangan cepat melatah dan menimbulkan spekulasi dan pandangan negatif, bawa berbincang dan rujuk dulu pimpinan masing2 apa tindakan dan dapatkan penjelasan jangan terperangkap dengan perangkap media kangkong dan UMNO yg sedia dengan apa saja untuk merosakkan Ukkhuwwah yang telah di semai, ambil sikap berlapangdada dan jangan mengeluarkan teguran yang merosakkan suasana, tolong lah...sabar sikit.

Tanpa Nama berkata...

Nampaknya Hasan Ali ada pengaruh dalam Pemuda PAS Selangor... kenyataan senada SPR dan UMNO...

uhibbu berkata...

hakikatnya DPPM wajar bersuara kerana mereka diangkat jadi pemimpin.kalian boleh mengecam tindakan itu,namun bagi saya itu hak mereka dan ia mesti dihormati.

Tanpa Nama berkata...

salam..

kadang2 PAS terbawa2 MINDA politik kekampungan dulu dan lebih MALANG lagi PKR terbawa2 perangai UMNO mereka yang dulu.

ALLAH SELAMATKAN MALAYSIA!!

Tanpa Nama berkata...

Pemuda PAS membuktikan pemikiran cetek dan sifat benggap mereka walaupun setelah di beri peluang oleh rakyat selangor dalam pakatan rakyat.

Sedih benar , pemimpin masih lagi hidup ber otakan Doreamon.

Bodoh dan Benggap tidak ber tempat di Selangor kerana rata rata rakyatnya yang berbagai kaum amat matang pemikiran dan pengalaman.

Bebudak otak bahalol padan saja jadi Pak Gud seperti yang di dalam DUMBO BN.

Memalu kan TGNA saja , apalah PAS tanpa TGNA ?

Sedih bebudak pemimpin PAS konon tapi benggap cepat melatah , dan pulak nak jadi MB Selangor !

Benchmark kebijaksanaan dengan PKR Rafizi dulu kalaupun nak jadi MB.

Bodoh !!!

Tanpa Nama berkata...

Bukan semua strategi kena bagitau, itu tak strategilah kalu semua nak kena bagitau. Nih satu strategi baik punya kasi hadham.


Ada seorang pak cik yang bernama Pak mat. Setiap hari beliau akan menyimpan RM1000 di bank. Setiap hari tepat pukul 9 pagi Pak Mat dah siap terpacak di kaunter bank untuk menyimpan RM1000 nya. Setelah beberapa masa berlalu telah menimbulkan pertanyaan kepada Manager Bank. Suatu hari Pak Mat dijemput ke pejabat oleh pengurus bank tersebut.

Manager : Setiap hari saya nampak pak cik akan menyimpan duit sebanyak RM1000 di bank. Boleh saya bertanya, apa kerja pak cik sebenarnya?

Pak Mat : Kalau nak tahu, pakcik sebenarnya tak da kerja encik. Cuma saya suka bertaruh. Setiap hari pakcik akan bertaruh dan pakcik tak pernah kalah.

Manager : (Dalam hati, lorat orang tua nih!!) Owh macam itu rupanya, ini sudah cukup bagus. Tapi pak cik mungkin belum bertemu dengan orang yang terror macam saya ni. Kalau pak cik bertaruh dengan saya jangan haraplah nak menang.

Pak Mat : Ish ye ke? Kalau macam tu jom kita bertaruh.

Manager : Okay. Sebutkan apa saja pakcik nak bertaruh dengan saya.

Pak Mat : Macam ni, dalam tempoh 7 hari dari sekarang encik akan kehilangan telur encik. Kalau betul encik akan hilang RM1000, kalau tak saya akan bayar encik RM1000.

Manager : Hahaha, tak logiklah pak cik. Tapi tak pe, saya setuju.

Setelah kedua-duanya setuju mereka pun beredar. Besoknya bila bangun pagi Manager tu pun meraba telurnya. Erm,, ok masih ada. Begitulah seterusnya hinggalah sampai ke hari yang ketujuh dia dapati telurnya masih lagi ada. Pagi-pagi lagi tuan manager kita dah sampai, (huh bakal dapat RM1000 yop). Pak Mat sampai seperti biasa, selesai urusan terus dipelawa jumpa tuan manager.

Manager : Pak cik, he! he!! Hari ni pakcik dah jumpa buku dengan ruas, minta maaflah yer, telur saya masih lagi ada. Haha!

Pak Mat : Uit biaq betoi? Betul ke? Encik bohong pakcik kot?

Manager : Betul, ha pakcik, bak seribu hari ni rezeki saya la pulak.

Pak Mat : Kena konfom la dulu mana boleh pecaya camtu ja, hah bak sini pakcik pegang baru boleh dapat RM1000.Lalu dipegangnya anu Manager tu. Sambil tersenyum Pak Mat pun berkata..

Pak Mat : Okaylah.. Betul kata encik. Nah ambil RM1000 ni. Pak Mat pun menghulurkannya.

Manager : Hari ni baru pak cik tahu siapa yang terror. Sorrylah pakcik hari ni pak cik tak dapat pergi bank lagi keh.. keh.. keh…

Sebentar kemudian Pak Mat masuk semula ke bank dan mengeluarkan RM4000 dan pergi ke kaunter bank. Manager tersebut rasa hairan lalu bertanya pada Pak Mat.

Manager : Mana pak cik dapat duit sebanyak tu?

Pak Mat : Pak cik bertaruh dengan kawan pak cik Guard kat luar tu tadi RM5000.

Manager : Bertaruh apa?

Pak Mat : Ala bertaruh yang pak cik dapat pegang telur Manager Bank.

capgobek

Tanpa Nama berkata...

Uhibbu Said,
Isunya bukan wajar bersuara tetapi wajarkah dengan status DPPM itu yang bersama Pakatan Rakyat yang dilihat massa terkehadapan berbanding cai-cai tegar umno/bn bersuara dan berlenggok sama macam kangkong..?!!!
Atau,
Tahap pemuda dalam PAS setahap kangkung juga kerana .terpilih, pemimpin berfikiran tahap kangkong..???
Sorry bro..
Jadam,
Akar bakawali,
memang pahit namun ia ubat yang mujarab.

Tanpa Nama berkata...

Strategi bijak!!! Mahatahir letak Mukhriz MB kedah nak ke Putrajaya boleh terbantut, patut Mahathir marah sangat....

Tanpa Nama berkata...

harapan anak Mahathir, MB kedah nak jadi PM, insyaallah akan terkubur

Tanpa Nama berkata...

kajang hamba kajang berlipat
kajang pak malau mengkuang lalu
dagang hamba dagang bertempat
dagang pak malau musafir lalu