3 Jan 2014

Mufti Sekadar Lulusan DIploma Takut Bertanggungjawab Terhadap "Fatwa"nya Sendiri


Mufti Perak enggan jumpa Pemuda PAS, khatib serang dalam khutbah Jumaat

Akibat kenyataannya bahawa peserta demonstrasi Himpunan Turun Kos Sara Hidup (Turun) 31 Disember lepas, sebagai “bughah” dan halal darah mereka, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria terus mendapat tekanan daripada pelbagai pihak.

Hari ini, para khatib solat Jumaat menghentam dan mempertikaikan “fatwa” beliau itu manakala semalam usaha Pemuda PAS Perak untuk bertemu beliau gagal.

Ini kerana Harussani tidak bersedia untuk bertemu mereka dan menyerahkan kepada timbalannya untuk bertemu.

Pemuda PAS telah meminta penjelasan berkenaan isu “bughah” yang dibangkitkan itu.

Menurut Ketua Pemuda PAS Perak Dr Raja Iskandar Al-Hiss, Pejabat Mufti akan mengeluarkan penjelasan dan kenyataan rasmi tentang isu tersebut dan enggan bertemu mereka.

Di Rawang, Selangor khatib sebuah surau hari ini mempertikaikan secara terbuka “fatwa” berkenaan dalam khutbah Jumaatnya.

Ustaz Zuhdi Mat Piah dalam khutbahnya di Surau As Siddiqin, Bandar Tasik Puteri berkata, fatwa itu sangat bertentangan dengan Al Quran dan hadis Rasulullah serta pegangan empat imam mazhab dalam Islam.

Katanya, “bughah” adalah pertentangan umat Islam menggunakan senjata terhadap kerajaan Islam sedangkan pihak yang pergi ke Dataran Merdeka 31 Januari lepas tidak membawa apa-apa senjata.

"Bayangkan sidang Jumaat sekalian kalau fatwa itu dikeluarkan sebelum perhimpunan itu.

"Boleh jadi ada pihak yang akan mengambil kesempatan menggunakannya untuk menumpahkan darah peserta demonstrasi itu kerana darah mereka difatwakan sebagai halal," kata khatib itu kesal. -TMI


Harussani lupa diri, lulus setakat Diploma Pendidikan Islam sebenarnya – Shaharul Shafie

Grafik oleh malaysianwaves.net

Tan Sri Datuk Harussani Zakaria, mufti Perak sejak tahun 1985 merupakan mufti paling lama berkhidmat di negara ini dan juga satu-satunya mufti yang tidak mempunyai kelulusan ikhtisas iaitu sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda.

Beliau adalah mufti yang dilihat paling cenderung menyokong kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) dan mengeluarkan kenyataan dan fatwa mengelirukan. Hari ini, melalui portal Malaysiakini, Harussani mendakwa mereka yang menyertai perhimpunan Turun pada malam menyambut tahun baru, halal darahnya dikorbankan. Beliau menggelar mereka ini sebagai pemberontak ataupun di dalam terma bahasa Arabnya ialah “bughah”.

Harussani pada zamannya pada tahun-tahun 1985 di mana ketika itu para cendekiawan Islam berkelulusan luar negara tidak ramai. Jika ada sekalipun, ramai yang memilih menyertai fakulti pengajian Islam di universiti-universiti awam Malaysia sebagai tenaga pengajar.

Namun, ramai kurang gemar dengan tindakan membiarkan Harussani terus menjawat jawatan tertinggi agama di negeri itu sedangkan hari ini sudah ramai anak negeri Perak yang sudah berjaya di peringkat pengajian tertinggi seperti Doktor Falsafah di dalam pengajian berkaitan Islam. Walaupun begitu, perlantikan ke jawatan mufti ini tidak di bawah kerajaan negeri tetapi terus di bawah Sultan yang merupakan ketua agama negeri.

Harussani yang dilahirkan di Parit Buntar, Perak kini dilihat sebagai mufti yang kuat berpolitik hanya mempunyai kelulusan peringkat sijil di pusat pengajian tempatan. Beliau hanya mempunyai kelulusan Sijil Tertinggi Kolej Islam Kelang pada tahun 1964 di mana ketika itu kelulusan tersebut sama tarafnya dengan diploma. Seperti dinyatakan pada zaman awal tersebut, tidak ramai mereka yang berpengajian Islam yang tinggi maka Harussani mempunyai peluang berjaya di dalam pentadbiran Islam yang luas.

Malah, dengan pengalamannya sebagai pengajar agama Islam di beberapa maktab perguruan juga memberi peluang kepadanya untuk memperoleh jawatan yang baik kerana kekurangan mereka yang berpendidikan ijazah sarjana muda berkaitan agama Islam pada ketika itu dalam pentadbiran awam.

Beliau dilantik oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah menjadi mufti pada tahun 1985 dan sehingga kini tiada lagi anak watan Perak yang dilantik untuk menggantikan beliau meskipun sudah ramai yang belajar sehingga ke Timur Tengah dalam pengajian Islam. Namun begitu, beliau dianugerahkan dengan Doktor Kehormat yang membawa gelaran “Doktor” dalam kurungan oleh Sultan sendiri yang merupakan Canselor Universiti Malaya pada tahun 2001.

Namun begitu, semua sedia maklum anugerah Doktor Kehormat Syariah hanya bersifat mengiktiraf tugas dan sumbangan dan ini tidak mencerminkan ilmu sepertimana yang ada dalam pemberian Doktor Falsafah yang hanya boleh diambil selepas menyelesaikan ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan mempunyai kemampuan menulis jurnal berwasit dan bersifat pengkaji ilmiah.

Malah, tidak salah untuk mengatakan mana-mana anugerah Doktor Kehormat di kebanyakan universiti di Malaysia bersifat politik dan perniagaan. Contohnya apabila sebuah universiti di Malaysia yang menganugerahkan Doktor Kehormat Ekonomi kepada pemimpin diktator Korea Utara, Kim Jong Un yang belum pun berumur 30 tahun semata-mata untuk berharap dapat menarik lebih banyak pelajar dari Korea Utara untuk dihantar belajar di universiti swasta berkenaan.

Tindakan terbaru Harussani ini yang cuba “”menumpahkan” darah adalah amat dikesali ramai pihak. Tindakan beliau yang memprovokasikan keadaan memburukkan nama baik Sultan yang merupakan ketua agama Islam di negeri Perak. Terlalu banyak yang sudah dilakukan Harussani sejak dahulu lagi yang mengguris hati umat Islam meskipun beliau hanya mufti di sebuah negeri di Malaysia.

Meskipun Harussani banyak menulis di majalah dan buku (walaupun bukan dikategorikan sebagai ilmiah), ia masih jauh meletakkan beliau sebagai ulama sebenarnya. Namun sekarang, Harussani perlu berlapang dada dan menyedari kedudukan diri sendiri yang sebenarnya seorang yang tidak layak pada abad hari ini kerana sudah terlalu ramai anak watan Perak yang jauh lebih baik kelulusan akademiknya daripada Harussani.

Biarlah artikel ingatan ini ditujukan kepadanya supaya ingat bahawa ramai orang tahu kecetekan ilmunya itu tetapi malas sebelum ini untuk membuat bising. Tetapi kali ini Harussani melampau dan ego besar, sudah sampai masanya Harussani diingatkan bahawa Harussani ini tidak ada apa-apa pun yang baik tentangnya dalam pembangunan ummah di negeri Perak dan Malaysia.


10 ulasan:

Awanama berkata...

sepatutnya dah akhir2 umur ni pergi lah kemsjd @ surau.dah terlalu lama pegang jwt ni lah jadi nya .

Awanama berkata...

4000 bugah mati ditembak amerika di sulu

Awanama berkata...

Disebabkan isu terbaru ni, secara tak langsungnya menggugat segala testimoni yg pernah dilakukan oleh Tuan Mufti Perak. Antara yg paling menonjol adalah testimoni berkaitan satu kegiatan motivasi (berbayar) yg difatwakan HARAM oleh Tuan Mufti Wilayah Persekutuan pada tahun 2006-2007.

Jadi kepada mereka (alumni) tu, paham2 sendirilah bila Tuan Mufti Perak mengHALALkan motivasi berunsur Islam Liberal di Malaysia ni, 90% dia dah terpesong.

Awanama berkata...

Yang kurang cerdik je lilantik agar senang dimanipulasi.
Bagi gaji dan kuasa maka dia akan berkata kata saperti kakak tua olih tuannya.
Haramsani ni pula jantina jantan-betina sebab bila nak berjumpa untuk dapat kupasan lebih ilmiah hilang entah kemana.
Sedang dilatih untuk berkata kata lagi agaknya.

Awanama berkata...

Adoh malang sungguh rakyat Negeri Perak, Muftinya hanya berkelulusan diploma sahaja. Bagaimana mampu menguruskan hal hal rumit agama islam kalau pengetahuan setakat itu sahaja. Munkin itulah sebabnya beliau kecut untuk berdebat disuasana terbuka.

Awanama berkata...

Mr harussani, lu sedarlah sikit beb. Sudahlah lu dapat jawatan cara backdoor yg juga jadi amalan kakitangan kerajaan sebab menteri di m'sia juga kasih keluarga diaorg kerja dengan cara backdoor mengalahkan virus computer backdoor beb.

Sebagaimana u all sudah tahu kalau sudah kena virus backdoor @ trojan, komputer for sure akn jadi sewel, dengan pop up ad banyak, komputer lag dan lagi teruk document kena hack. Begitu juga kalau pekerjaan lu dpt cara backdoor. Sewel habis organisasi dengan pekerja hari - hari blur, ehk ehk ehk ah ah ah, duduk office goyong kaki sepanjang waktu kerja dan lain - lain.

Itulah sebab pentingnya komputer ada antivirus dan penting pengisikan kekosongan jawatan mesti ditapis melalui temuduga supaya pekerja sewel tidak diberi peluang selagi penyakit sewel tidak hilang dan selama - lamanya menjadi penanam anggur yg berjaya selagi sewel mu tidak hilang krn lu memang tidak layak kerja dengan org biarpun sekadar office boy.

Tapi apa blh buat selagi yg memerintah ialah parti cap dacing senget sebelah atau parti cap keris berbogel prono telenjang, selagi itu amalan backdoor pemberian kerja diteruskan yang hasilnya jadi macam mr. Harussani yg kerja banyak guna lutut daripada otak utk berfikir.

Awanama berkata...

Salam.
Sekadar menegur sikap segelintir pihak yang mempertikaikan diploma SS Harusani. Diploma tu ukuran dunia. Ilmu yang beliau ada mungkin lebih byk, mungkin lebih luas berbanding kita. Kenaifan beliau tiada kaitan pun dgn diploma beliau. Tok2 guru ygmengajar kita di surau/masjid pun mungkin tiada kelulusan pun. Nabi sendiri tiada kelulusan, apatah lagi para sahabat. 4 imam besar Ahli Sunnah wal Jamaah pun tiada ijazah.
Cukuplah kita mempertikaikan kekhilafannya, jgnlah dipertikaikan ilmunya.Biarlah khilafnya itu, diadili oeh Allah Taala.

Awanama berkata...

DiPerak yg sekadar ada diploma jadi Mufti tak heiran, dulu yg jual kopi O pun boleh jadi Mentri Besar, jual tahi lembu pun boleh jadi Speaker.Itulah hebatnya UMNO Perak.

Awanama berkata...

Beliau merupakan anak Pahlawan Banjar berkata-kata disatu masa lalu serahkan pada aku seorang untuk manimpas(mencincang) penduduk satu kampung berbangsa asing semasa tragedi 13 mei 1969.Boleh rujuk kepada kebanyakan warga emas disekitar Parit Buntar untuk mendapat kepastian.Ayahnya merupakan imam masjid Hijau yang masyhur disatu masa lalu,khutbah dalam loghat banjar.

Awanama berkata...

Hahahahaha ni la bugah