26 Jan 2014

Berapa Kos & Siapa Tanggung Mat Said Ke Antartika?

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said perlu menjelaskan siapakah menanggung perbelanjaan dan tujuan lawatan ke Antartika, tegas Pengerusi Pimpinan KEADILAN Terengganu, Azan Ismail.

“Kita minta dia tampil berikan penjelasan. Berapakah belanja, siapa sponsor, apakah tujuan lawatan itu. Adakah lawatan ke Antartika boleh menyebabkan harga barang turun dan jadi murah,” ujarnya yang juga Adun Bandar.

Pada 15 Januari lepas, media melaporkan Ahmad mengetuai lawatan ke Antartika selama 15 hari anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi melalui inisiatif Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM).

Kenyataan Pejabat Menteri Besar Terengganu menyatakan lawatan itu bertujuan membuka laluan bagi membantu kerajaan menubuhkan sebuah stesen penyelidikan bersama Instituto Antartico Chileno (INACH).

Bagaimanapun, semalam, YDSM dalam kenyataannya menafikan ia mempunyai kaitan dengan lawatan berkenaan.


Menurut Azan, beliau turut mempersoalkan atas kapasiti apa Ahmad Said mengadakan lawatan ke benua ais itu dan kelayakannya mengetuai misi berkenaan.

“Tujuan dia ke sana sangat kabur. Apa kaitan negeri Terengganu dengan antartika. Apakah belanja ini ditanggung dari sumber negeri, yayasan atau pihak luar,” ujarnya.

“Sekarang sudah jadi lucu. Ada yang kata cuaca sejuk di Terengganu kerana usaha Mat Said bawa balik ais batu dari antartika,” ujarnya.

Menurutnya, trend pimpinan negara kini mengadakan lawatan ke luar negara hingga menimbulkan bantahan ekoran pembaziran wang rakyat.

Dakwanya, Ahmad Said turut menghabiskan masa ke China Disember tahun lalu hingga menyebabkan persidangan Dewan Undangan Negeri disingkatkan.

Azan berkata, Mat Said sepatutnya menumpukan kepada pembangunan negeri Terengganu dan bukan menumpukan usaha di luar tugasan beliau.

“Kepimpinan Terengganu tidak mempunyai perancangan jelas. Pembangunan fizikal dibuat tanpa perancangan, tidak sempurna dan ada yang separuh jalan.

“Buat mall (kompleks beli belah), tak menepati kehendak dan aspirasi penduduk,” katanya yang turut merujuk Projek bebas cukai Tasik Kenyir yang didakwa tidak diuruskan dengan baik.

Tambahnya, bajet negeri Terengganu adalah bajet tertinggi di Malaysia dengan 80 peratus daripada peruntukan RM3.2 bilion disalur kepada pejabat menteri besar. -KD


YDSM nafi anjur lawatan MB ke Antartika

KUALA TERENGGANU: Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) menafikan lawatan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said ke Antartika adalah anjuran yayasan tersebut.

Menurut Setiausaha Kerja YDSM, Mohd Azrul Ismail, lawatan ke Antartika itu tidak ada kaitan dengan program YDSM.

“YDSM menjalankan kerja-kerja amal bertujuan untuk memberi sumbangan ke arah peningkatan taraf sosio ekonomi, kesejahteraan hidup dan pendidikan rakyat Terengganu,” kata beliau dalam satu kenyataan kepada FMT.

Katanya lagi, YDSM juga menjalankan program penyelidikan, sejarah, warisan dan pemuliharaan alam sekitar negeri Terengganu.

“Kenyataan ini untuk mengelakkan salah faham dan kekeliruan yang timbul dari laporan tersebut,” katanya lagi.

Ahmad Said dikecam kerana mengadakan lawatan selama 15 hari ke Antartika untuk memberi laluan kepada kerajaan Terengganu membuat kajian tentang iklim dunia.

Malah ahli parlimen Kuala Terengganu, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata lebih baik Ahmad Said buat kajian di negeri sendiri daripada menghabiskan wang rakyat Terengganu di Antartika.
-FMT


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nampaknya selepas pru13 ketua2 kerajaan negeri yg diprntah BN berlumba2 pergi melancong, kesusahan dan keperitan kos hidup rakyat tidak diberi layanan yg serius...kita hanya diberitakan harga kangkung jatuh...padahal tidak...makanan ruji bukanlah kangkung! Bagaimana harga ayam,ikan,bawang,dll. Apatah lagi kos sewa rumah, tambang bas....sungguh menekan hidup kita.

Tanpa Nama berkata...

Setakat lulus SPM nk buat kajian sains kejadah hapa...memg spesis pemimpin ameno pelahap duit rakyat...

Tanpa Nama berkata...

Mr. Ahmad said, org suruh lu kerja tadbir kerajaan beb bukan suruh lu buat kerja macam albert einstein (scientis) yg sememangnya gila beb. I tanya lu, lu masih okkah tidak beb? Sebab org gila yg tiada kelulusan sains shj sanggup buat kerja menyelidik di antartika. Tapi since lu buat kerja gila memang malang bagi umat islam di terengganu krn dipimpin oleh org gila.

Bagi umat melayu tak apa beb, sebab bagi diaorg janji melayu memerintah ,gila tak gila itu perkara lain.