21 Jan 2014

ADUN Tahan Fail Cerai, "Isteri" Kata Mereka Tak Pernah Berkahwin..

Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur semalam, dikejutkan dengan kes permohonan cerai yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Abd Razak terhadap isterinya, Azma Azifazilla Azan.

Bagaimanapun, ketika prosiding bermula, perempuan berusia 28 tahun itu mendakwa, tidak ada sebab beliau diceraikan kerana mereka tidak pernah berkahwin.

Keadaan itu menyebabkan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin mencadangkan supaya defendan memfailkan pembelaan atau mengemukakan bantahan awal sekiranya berpandangan tuntutan yang dibuat oleh plaintif itu tidak relevan.

Wan Amizan selaku plaintif memfailkan permohonan cerai itu pada Disember tahun lalu mengikut Seksyen 47 Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Dalam prosiding sebutan kes itu, ADUN berkenaan yang diwakili peguam Anita Arifin dan Mohd Isa Abd Ralip turut mengemukakan satu lagi permohonan iaitu memfarakkan (membubarkan) perkahwinan antara Azma Azifazilla dengan suami yang baru dinikahinya, Rizal Md. Radzi, 40, empat bulan lalu.

Bagi kes itu, Wan Amizan menamakan Azma Azifazilla sebagai defendan pertama dan suaminya, Rizal sebagai defendan kedua mengikut Seksyen 61(3)(b)(i) Enakmen Pentadbiran.

Ketika kesnya disebut di hadapan Shaiful Azli, peguam Mohd Isa menyatakan, anak guamnya (Wan Amizan) mengemukakan permohonan untuk membubarkan perkahwinan terhadap Azma Azifazilla dan Rizal kerana mendakwa dia masih suaminya yang sah.

Azma Azifazilla bagaimanapun membantah permohonan itu dan menegaskan dia tidak pernah berkahwin dengan plaintif, maka tidak perlu plaintif memfailkan penceraian.

Azma Azifazilla turut membawa akuan bersumpah mengenai perkara itu bagi menyokong kenyataannya.

Sementara itu, Shaiful Azli berkata, defendan perlu memasukkan pembelaan terhadap tuntutan palintif atau mengemukakan bantahan awal secara bertulis kepada mahkamah sebelum kes itu diteruskan.

Hakim turut meminta Azma Azifazilla melantik peguam dan menetapkan 20 Februari ini untuk sebutan semula kes itu.

Sementara itu, ketika ditemui di luar mahkamah, Azma Azifazilla dan Rizal memberitahu media, bahawa mereka telah berkahwin pada 28 September 2013 di Hulu Langat.

Wan Amizan dikatakan telah menikahi Azma sebagai isteri kedua beberapa tahun lalu di Thailand dan mendaftarkan perkahwinan mereka di Kelantan.

Semasa prosiding kes, Wan Amizan yang hadir ke mahkamah ditemani isteri pertama, bagaimanapun terpaksa meninggalkan mahkamah kerana mempunyai urusan penting.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

apa sudah jadi ..tunggang langgang, macamana nak jaga rakyat, isu ini pun sudah cukup untuk rakyat tahu perangai orang UMNO.Kawin tu sudah bagus tapi buat apa sampai ke Thailand. kebenaran teserlah lagi.

Tanpa Nama berkata...

Umat melayu tiada hal buat mcm ni. Biasalah ikut style amerika khawin ala kontrak. Di USA ni jadi amalan beb tapi amalan ni bertentangan dengan ajaran Islam.

Tanpa Nama berkata...

Inilah pemimpin masa depan melayu. Keluarga 69. Orang melayu kampong mengundi adun ni sebab hidup mereka melarat dah telah dijinak dengan duit.

Tanpa Nama berkata...

Pengundi Melayu yang mengundi adun ini akan terlupa kes ini pada p/raya akan datang dgn sehelai kain pelikat je.

Tanpa Nama berkata...

Bongok!!! pengundi yg pangkah dogol tu pun memang bongoklah! Jadi gilababi habis anakbuah najib.penat nak dengar cerita puak umno...mudah ceta gilababi sbb kpla dia pun sawnbabi