15 Dis 2013

Zahid Terlondeh Lagi, JAKIM Tiada Kuasa Menahan Mat Sabu


Jakim hanya bantu Majlis Agama Islam Negeri

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini menegaskan segala bentuk penguatkuasaan dan tindakan undang-undang berhubung kesalahan syariah adalah di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Negeri.

Beliau berkata, berdasarkan perlembagaan negara ini, segala isu berkaitan agama Islam adalah di bawah kuasa Majlis Agama Islam Negeri, manakala Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hanya membantu untuk penyelarasan di peringkat pusat.

"Untuk makluman, di bawah Jadual 9 perlembagaan negara, Islam berada di bawah negeri masing-masing, jadi segala bentuk penyelenggaraan berkaitan isu agama adalah di bawah Jabatan Agama Islam Negeri atau Majlis Agama Islam Negeri.

"Ini kita tidak boleh kacau (masuk campur)...hak dan milik kuasa negeri,
" katanya kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Zakat 2013, Sistem Talian Zakat (I-Zakat) dan pembayaran zakat syarikat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan Mufti Sabah Bongsu@Aziz Jaafar semalam bahawa beliau menerima laporan mengenai 17 permohonan kahwin mutaah (kahwin kontrak) yang menjadi amalan pengikut Syiah, di daerah Papar.

Bongsu berkata hal itu menunjukkan fahaman Syiah kini sudah merebak ke kawasan luar bandar.

Sehubungan itu, Jamil Khir berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan Majlis Agama Islam Negeri itu untuk bertindak menyelesaikan masalah permohonan nikah mutaah berkenaan sekaligus menangani penularan fahaman Syiah.

"Sebab saya nak ulas, nak kena tengok balik maksud nikah mutaah itu macam mana pula. Bila sebut pernikahan, undang-undang dan mahkamah adalah di bawah Majlis Agama Islam Negeri masing-masing," katanya.

Dalam perkembangan lain, Jamil Khir berkata sehingga semalam, Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) berjaya mengutip zakat sebanyak RM397 juta berbanding RM294.4 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas.

"Insya-Allah, sasaran kutipan zakat sebanyak RM430 juta dengan pembayar seramai 120,000 yang disasarkan oleh PPZ-MAIWP pada tahun ini akan tercapai," katanya.

Pada majlis pelancaran itu, sebanyak 11 syarikat menyampaikan pembayaran zakat perniagaan kepada PPZ-MAIWP bernilai RM5.4 juta. - Bernama

ULASAN GB

Hukum Kebenaran dan Keadilan akan terus berjalan. Zahid Hamidi sebelum ini dilaporkan "memberi kuasa kepada JAKIM untuk menahan Mat Sabu kerana mengamalkan Syiah, sedangkan undang-undang telah termaktub bahawa sebarang kesalahan syariah adalah di bawah kuasa Majlis Agama Islam/Jabatan Agama Islam Negeri.

Serahlah berapa banyak bukti kepada JAKIM, JAKIM tiada kuasa untuk menahan sesiapa pun.

Ini jelas menunjukkan Zahid dan pegawai KDN buta undang-undang apabila di dalam perhimpunan agong UMNO 2013 dengan angkuhnya mengarahkan JAKIM untuk menahan Mat Sabu. Hukum kebenaran dan keadilan menetapkan "yang angkuh itulah nanti yang bakal terhukum!"

Penglipur lara yang tak berkesudahan dari KDN!

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Adakah JAKIM menjalankan tugas mengikut kuasa yang diberi melalui undang-undang sedia ada, atau pun di atas kuasa yang diarahkan olih Menteri Dalam Negeri pada bila bila masa?

Adakah Menteri Dalam Negeri berhak memberi kuasa kepada JAKIM untuk bertindak luar dari undang-undang yang sedia ada pada JAKIM pada bila bila masa?

Tanpa Nama berkata...

nikah muatah ni yg disukai ahli umno syiah spt yg ada di kedah tu..

Tanpa Nama berkata...

Itulah hasilnya bila naji(s)b pilih jemaah menterinya dari kalangan BAHLOL, TOLOL, SYAMDOL DAN BUNGOL.
Undang-undang pun tak faham arah sana arah sini tangkap sesiapa yang tak disuka...... akhirnya TERSERLAH LAH TENGINnya budak ini.......
Ada Phd kangkong kot....... atau thesis xerox a.k.a ciplak.

Padanlah Aruwah Sudin kata alif min nun wau SARKIS.

Tanpa Nama berkata...

PASSING SANA PASSING SINI APABILA DAH TERKANTUI.

Tanpa Nama berkata...

Tak dapat nak tangkap Mat Sabu, elok gak JAKIM tangkap Jahid Komedi je lah, sebab kalau dibiar nanti akan ada menteri lain pulak main hentam keromo gampang gitu.
Kalau pekara mudah begini pun JAKIM tak boleh setel, tukar je lah jadi JAKUN pulak.

Tanpa Nama berkata...

Bro zahid, lu sudah telanjang bulat sudah bro dibuat. Tak rasa malukah? Kalau i dah malu dah sampaikan muka i nak kasih ke dlm tanah.