10 Dis 2013

JPJ Halang & Saman Lori Bantuan Mangsa Banjir


Mana perginya peri kemanusiaan anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam membantu mangsa banjir di Kuantan? Saya sifatkan mereka sebagai tidak berhati perut dan kejam.”

Itu kata penyelaras bantuan tersebut, Nordiana Abdul Rahman yang kesal apabila lori muatan barangan mangsa banjir ditahan selepas tol Gombak dan dikenakan saman atas alasan membawa lebih muatan.

Jelas Nordiana, sepatutnya penguat kuasa JPJ yang menahan lori tersebut lebih berhati perut kerana barangan yang dihantar adalah untuk membantu mangsa banjir, bukan untuk dijual di pasar lambak.

“Kalau lebih muatan dan tidak benarkan lori meneruskan perjalanan, apalah salahnya benarkan kami keluarkan barang tersebut sehingga cukup muatan yang dibenarkan?

“Ini tidak, JPJ terus denda pemandu sebanyak RM150 manakala syarikat lori yang membawa barangan tersebut disaman RM450 tanpa ada tolak ansur sedikit pun,”
katanya kepada MalaysiaGazette baru-baru ini.

Lebih teruk, Nordiana memberitahu, penguat kuasa JPJ itu yang agak sombong dan kasar turut menggertak pemandu lori untuk membawa lori tersebut ke stesen penimbang yang bakal dikenakan hukuman lebih berat.

“Saya memang tak faham wujudnya anggota kerajaan yang tidak bertimbang rasa dalam membantu mangsa banjir. Kami pun bukannya boleh sampai ke Kuantan kerana laluan di tutup.

“Demi mangsa banjir, kami bayar denda tersebut dan saman syarikat akan diputuskan di mahkamah nanti seperti yang tercatat pada surat saman yang dikeluarkan,” ujarnya.

Menurut Nordiana, barangan tersebut dikumpul bersama sanak saudara dan sahabat handainya memang khusus untukmangsa banjir. Antara barang yang dikumpul untuk dihantar ke pusat banjir adalah pakaian, selimut dan makanan seperti beras, gula, susu, tepung dan sebagainya.

“Kami berusaha mengumpul barangan ini selama lima hari kerana kasihankan mangsa banjir tetapi apabila bertemu JPJ di tengah jalan, sudahlah tiada perasaan kasihan malah kami pula disaman dan didenda.

“Saya tahu apa tanggungjawab penguat kuasa JPJ cuma kesal kerana tidak ada pertimbangan langsung dalam membantu mangsa banjir yang amat memerlukan barangan tersebut,” katanya.–MalaysiaGazette

30 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah jika ini benar berlaku, saya dan ahli keluarga mangsa banjir memohon limpah kurnia mu, KAU BALASLAH PENZALIM-ZALIM MANGSA BANJIR KHUSUSNYA & MEREKA YANG DALAM KESUSUAHAN DENGAN SETIMAPAL ATAS KEZALIMAN MEREKA. SAMADA JPJ ATAU SESIAPA SAJA YANG MENZALIMI KAMI DAN ANAK-ANAK KECIL.

Sesungguhnya Kau maha Mendengar dan Maha mengetahui.......
Aamiin...

abuamir berkata...

Pegawai yg tiada hati perut dgn kuasa dia ingat hebat sangat ke? Org macam ini ditimpa bala baru tahu langit itu tinggi ke rendah.....

Tanpa Nama berkata...

Hulur 50 ringgit sorang lepas le lori tu.

Tanpa Nama berkata...

sgt sedih bila ada mangsa banjir yg kelaparan lambat mendapat bantuan, tambah sedih pula bila baca kes ni. kenapa susah sgt nak bertimbang rasa? permudahkan urusan orang Insha Allah, Allah akan permudahkan urusan kita..

Tanpa Nama berkata...

Angota yg saman lori tu mungkin rmh dia x kena bencana banjir

Tanpa Nama berkata...

masok neraka la mereka yang kejam dan tak berhati perut

Tanpa Nama berkata...

Klu pegawai2 JPJ yg terlibat bertaubat lah.insyallah ALLAH SWT pasti akan membalas perbuatan kamu.tak kena kat kamu pasti ALLAH SWT bgi bala kat keluarga kamu INSYALLAH.doa mukmin yg teraniya PASTI ALLAH SWT MAKBULKAN

Tanpa Nama berkata...

Konon jalankan tugas, tokeh2 besar ko lepaskan, lori pasir,lori batu, lori tanah ko buat x nampak.. aku haramkan anak aku keje kat jpj.

Tanpa Nama berkata...

Kepala hotak dia lah JPJ ni!! Berlambak lori yg lebih muatan tak saman pun?....sebab masyukkkk!!! Ini utk mangsa banjir boleh pulak saman..tak ada flexibility langsung! Ini lah sifat sesetengah orang melayu..bila pakai uniform dan berkuasa sikit...sombong bukan main...lagak kalahkan pegawai tinggi! U must exercise some flexibility and tolerance when dealing with this kind of situation...at least u get them to reduce the load! Simple as ABC...tarak boleh buat ka??

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah Balakan kapada keluarga nya ke laparan dan dahaga se bagaimana kami lapar dan dahaga,amin

Tanpa Nama berkata...

Kpd tukang saman tu kalau musibah sudah menimpa mu nanti lu jangan marah jikalau allah balas mu nanti dengan melambatkan bantuan krn masa lu jadi pegawai saman lu sengaja melambatkan bantuan sampai ke tempat bencana.

Tanpa Nama berkata...

Ambil tak gambar makhluk JPJ tu boleh kita share ramai2 biar dia popular takleh nk letak muka tapi dia mesti dapat naik pangkat lepas ini.....

Panglima Muda berkata...

yang salah tetap salah. Bila ditimbang nanti lagilah nampak jelas kesalahannya. Abang yang bawak lori tentu bawa surat penjelasan atau apa apa kenyataan pengesahan tentang bekalan tersebut untuk mangsa banjir ? . Kalau sekadar cakap cakap je susahlah sikit. Nanti dia sangka kita bawak barang orang pindah rumah...Cam mana pun saman telah diberi... Kat sana tentu ada yb dan datuk datuk berseri seri yang boleh settle

Tanpa Nama berkata...

YG MENAHAN DAN BAGI SAMAN..MANUSIA BIOL, BAHLOL, TOLOL DAN BODO SOMBONG DULU, KINI DAN SELAMANYA..

ALANGKAH BAIK KO SESAMA BAWAK SAMA LORI TU KEK MANGSA...JGN ASYIK NAK IKUT PEMBESAR-PEMBESAR AJE...LOKLAK BETUI@@@@

Ana berkata...

Kalau di tempat sy minta maaf cakap ya, RAMAI (bukan semua) polis dari malaya suka buat mcm ni, suka2 derang tahan kereta terutama yg bawa muatan. Lagak mahu saman tapi sbenarnya derang suka gertak n minta duit kopi ja. "Kalau tak mahu disaman, bayar denda" Aww sudahlah datang ke Sabah, dibulinya lagi org Sabah sendiri. Suami sy ada buka carwash so ramai customer dia polis orang malaya, pena sekali sy ditahan semasa memandu, masa tu tgh hantar pekerja2 kontrak pulang, huhu skali dia check plat no kereta sy dia terus tanya nama suami, lepas tu dia ucap hati2 di jalan raya & terus blah haha, kawan my husband rupanya

Tanpa Nama berkata...

lori yg bawa bijih besi kat pahang ni comform lebih muatan tp satu pun tak penah jpj saman,ada yg muatan sehingga 80 tan.

Mat Yie berkata...

Kebabian apakah ini...

Tanpa Nama berkata...

Kenapa tak bagi peluang diaorang kurangkan muatan.. Memang pun amanah dia keje dia, tapi timbang rasa la dalam waktu macam ni.. Hukum tuhan pun boleh berubah mengikut keadaan..

Tanpa Nama berkata...

lori tak letak logo umnooo . heeee

BaDiN berkata...

JPJ kata tiada arahan dari atasan utk membantu mangsa banjir.JPJ tidak terlibat memberi bantuan kpd mangsa banjir.JPJ kata kenapa tak letak tanda Keris dan Tanda Dacing di barang2 berkenaan serta tiada lambang dacing di Kepala Lori kalau ada takkan kena saman malah nak tahan pun takut nak rapat.
Ada tanda2 tersebut maka Yang Haram Dihalalkan,Yg Kusut Dileraikan.

ann90 berkata...

Nampak sangat puak JPJ yang keluarkan saman tu sekolah tak tinggi dah tu akhlak pulak hampehhhh, ada akai tapi tak pakai.

Tanpa Nama berkata...

inikah hasil sistem pendidikan kita! sedih. siapa peduli?

Tanpa Nama berkata...

Kesian, biasanya pihak berkuasa tak suka saman pekara yang melibatkan agama, ( misalnya masjid).Mereka menganggap urusan itu boleh membawa sial dalam kehidupan mereka. Saya percaya urusan ini setara dengan di atas. Kita tunggu bala (sial) yang akan menimpa pihak yang saman itu.

IBIenterprise berkata...

Er...saya cadangkan forwardkan blog nie ke jpj..and minta penjelasan....lps tu klau penjelasan x boleh diterima mcm ckp pemimpin dipilih di parlimen...boleh kot minta mana-mana peguam yang berani cabar kes ni kat court....pandangan ahli peguam cam mana?

shidine didine rahman berkata...

1. Ini pegawai jpj gred 17 jer...
2. Buat keje hanya nak capai sasaran@unjuran@kpi...
3. Lemah dalam reasoning...
4. No high order thinking skill...@kemahiran brfikir aras tinggi
5. Not fkexible
6. Tak reti membezakan darurat dgn biasa
7. Tak baca al quran
8. Musuh keamanan

Suh dia belaja kes darurat ngan kes biasa...

Tanpa Nama berkata...

Boleh tak saman ambulan yang bawak laju sebab nak hantar atau ambil pesakit?

Tanpa Nama berkata...

Terasa cam berada di israel. Tahniah melayu. Mungkin melayu ni adalah kaum the lost jews. Tepuk tangan!!

WarFitnah berkata...

LORI BALAK YG BAWAK LEBIH MUATAN JPJ & TRAFIK X SAMAN, X TAHAN.....BIAR KAN AJE, BILA LORI TUU LANGGAR PENUNGGANG MOTORSIKAL JPJ & TRAFIK LEPASKAN JE, SBB DPT RASUAH DGN TOKEY LORI TUU KAN....INGAT RAKYAT SEMUA NIE BODOH MCM KORANG KE??? WOIII KPD SEMUA PENGUATKUASA MALAYSIA, KORANG NAK JADI APA NIE!!! MAKAN RASUAH, PENYELEWENGAN, PINUPUAN, TEMBAK ORG SANA SINI, SUKA2 HATI KORANG JE....ALLAH BERI KORANG SIKIT KUASA UTK BERBAKTI DAN BERKHIDMAT DGN ADIL DAN SAKSAMA KPD RAKYAT, BUKANNYA BERLAGAK SOMBONG TAU!!! KORANG NIE X TAKUT MATI KE??? PAHALA KORANG TUU DAH BOLEH COVER SEGALA KEJAHATAN KORANG TUU KE??? INI LAH AKHIR ZAMAN, YG BERKUASA BERTAMBAH CELAKA, YG MISKIN BERTAMBAH PAPA....KORANG TUNGGU JE LAH BALASAN PEDIH DARI ALLAH K, SELAMAT LAA KORANG, POEEE MAMPUIH PUN X POO!!!

Tanpa Nama berkata...

Malang xberbau...kemalangan ble brlaku bila2 masa saje..xkira la muatan tu utk mangsa banjir atau barangan urusan lain. mmg niat tu baik utk mmbantu mangsa banjir ttapi jika brlaku kmalangan yg xdiingini dan mnyebankan kematian org lain, lansung xdpt hantar bekalan bantuan..apappun perlu ada tolak ansur dan sikap brtimbangrasa.

Tanpa Nama berkata...

JPJ = Jabatan Paling Jahat