Seorang jurulatih, seorang jurumudi bot dan 11 penuntut kursus asas komando Kem Sungai Udang yang dilaporkan hilang di perairan Pulau Upih, Melaka, Sabtu lepas, ditemui selamat berhampiran Jeti Tanjung Bruas, Melaka, awal hari ini.
Kenyataan Kementerian Pertahanan menyebut kesemua mangsa dan bot yang dinaiki mereka ditemui berhampiran jeti itu pada 12.50 pagi ini.
"Semua anggota selamat dan tiada peralatan yang hilang. Operasi mencari dan menyelamat dihentikan sebaik sahaja mereka ditemui," menurut kenyataan itu hari ini.
Mereka adalah antara seorang pegawai, 10 jurulatih dan 35 penuntut yang menaiki tiga bot diiringi sebuah bot keselamatan dalam perjalanan pulang dari Sungai Udang ke Pulau Upih, yang jaraknya kira-kira 7 kilometer, selepas menjalani latihan mendayung kira-kira 4 petang pada Sabtu lepas.
Semasa perjalanan berdekatan Pulau Upih, berlaku ribut yang mengakibatkan ketiga-tiga bot dinaiki penuntut berada dalam kesulitan dan hampir karam.
Susulan itu, bot keselamatan berkenaan mengambil tindakan segera untuk menyelamatkan ketiga-tiga bot berkenaan dengan menarik sebuah bot ke Pantai Klebang diikuti sebuah bot lagi ke Pulau Upih.
"Bot keselamatan kemudian pergi tempat kejadian untuk menyelamatkan bot ketiga, namun ia tidak dapat dikesan lagi. Berikutan itu, operasi mencari dan menyelamat diaktifkan oleh Markas Tentera Darat dan tumpuan pencarian adalah di sekitar pesisiran pantai.
"Usaha mencari dan menyelamat menggunakan pesawat udara 'Beach Craft' selain usaha menyelamat oleh anggota-anggota tentera dilakukan. Malah, Pusat Mencari dan Penyelamat Maritim Johor Baharu telah mengarahkan kapal-kapal dagang yang melalui kawasan itu untuk membuat pencarian di kawasan Linggi dan Port Dickson," kata Kementerian Pertahanan.
Operasi mencari dan menyelamat turut dilaksanakan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Polis Diraja Malaysia.
Kementerian Pertahanan juga menafikan laporan akhbar bahawa mangsa adalah anggota Komando sebaliknya mereka hanya penuntut, dan menganggap kenyataan itu menjejaskan kredibiliti anggota yang sedia terlatih sebagai anggota elit Komando.
Sementara itu, Panglima Tentera Darat Jen Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor ketika dihubungi Bernama berkata kesemua mangsa sudah menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Angkatan Tentera, Kem Terendak dan laporan menunjukkan mereka berada dalam keadaan stabil.
Ketika ditanya mengenai latihan itu, beliau berkata latihan di perairan bagi penuntut yang mengikuti kursus asas komando Kem Sungai Udang akan diteruskan dengan tahap keselamatan yang dipertingkatkan.
"Ia tetap akan diteruskan seperti biasa meskipun keadaan laut yang bergelora akibat musim tengkujuh ketika ini. Kita akan tambah baik dari segi tahap keselamatan," katanya. - Bernama

'Hidup atau mati'
MELAKA - Hidup atau mati. Itulah apa yang dirasai hampir semua mangsa bot hanyut di perairan Selat Melaka, Sabtu lalu selepas bot tersebut dilanda ribut, dipukul ombak sebelum terbalik.
Malah, bagaikan memperoleh peluang hidup kali kedua, apabila bot jenis Assault dinaiki 13 tentera selamat kembali ke pantai kira-kira 1.20 pagi semalam selepas hampir 28 jam mereka bertarung nyawa berhadapan detik cemas di tengah lautan.
Pengalaman itu pastinya akan menjadi ingatan yang sukar dilupakan 11 pelatih Kursus Asas Komando dan dua jurulatih daripada Pusat Latihan Peperangan Khusus (Pulpak) ketika menjalani latihan mendayung ke Pulau Nangka berhampiran Pulau Besar.
Pada malam kejadian, empat buah bot jenis Assault dan Titan dinaiki 35 pelatih, 10 jurulatih dan seorang pegawai dilanda ribut berhampiran Pulau Upeh dan hampir karam kira-kira 9.30 malam.
Namun, dua bot berjaya ditarik ke Pulau Upeh sementara bot dinaiki 13 mangsa gagal dikesan menyebabkan usaha mencari dan menyelamat dilakukan.
Seorang pelatih berusia 19 tahun yang berasal dari Pedas, Negeri Sembilan berkata, dia hanya mampu berpaut pada bot sambil bibirnya tidak berhenti membaca surah al-Fatihah.
“Hanya ALLAH yang tahu ketakutan yang dialami kami selepas bot terbalik. Tapi kami tabahkan hati dan cuba merapat dalam satu kumpulan demi mengelak daripada hanyut dan lemas.
“Dalam keadaan gelap kami terbalikkan semula bot sebelum cuba membuat layar, namun gagal apabila bot pula semakin dihanyutkan menuju ke tengah laut,” katanya ketika ditemui di Hospital Tentera Darat, Kem Terendak di sini, semalam.
Pelatih komando itu berkata, mereka dihanyutkan sehingga memasuki perairan antarabangsa dan perasaan takut kembali menjelma apabila berada terlalu lama dalam air.
Sementara itu, seorang lagi mangsa berusia 19 tahun dari Alor Setar, Kedah berkata, jurulatih cuba membaiki enjin bot pada malam kejadian dan keesokan harinya, tapi masih gagal.
"Jadi, kami berusaha dengan pelbagai cara termasuk mendayung menggunakan bekas makanan dan sebatang pendayung buatan.
“Nasib menyebelahi kami apabila usaha menghidupkan enjin kali ketiga berjaya dan kami terus rapat ke darat,” katanya.-SH
9 ulasan:
'selepas hampir 28 jam' hanyut ! apakah prosedur atau cara mencari & menyelamat oleh ATM ? apakah sampai lebh 28 jam mereka hanyut tanpa bantuan ? awat susah sangat operasi mencari ? sepatutnya kurang dari 28 jam ! ATM kena buat penilaian dalam cara menyelamat !ABU !
Dua puluh lapan jam sama dengan seribu enamratus lapan puluh minit, merupakan suatu jangkamasa yang sangat lama bagi mereka yg bertarung dengan laut. SOP menyelamat apa yang digunapakai ?
Bagi kumpulan ini layak diberikan sijil khas kerana bertarung secara langsung dalam suasana sebenar.
agi idop agi ngelaban
Biasalah tu mesin atm diutamakan (tak ada duit susahlah mahu pau duit rakyat) anggota ATM diabaikan.
Alhamdulillah dah selamat. Ini baru betul punya training. Bukan main main. Semuga dari pengalaman yg mencabar ini menjadikan mereka tentera tentera yang mantap physical dan mental memburu nelayan indonesia yg kerapkali mencuri ikan diperairan malaysia.
Mereka telah memakai jaket keselamatan - tu boleh terapung dan boleh bertahan.
Masalah nya sekarang ramai nelayan tak mau pakai jaket keselamatan bila turun ke laut.
MerakLangit
Alhamdulillah.. Begitulah kehendak Allah. Jika meminta pertolongan selain drpNya nescaya hampa!!
TAHNIAH dan SYABAS kpd semua yg terlibat.. bukan saja anggota komando tetapi juga keluarga mereka kerana telah BERJAYA mengharungi cabaran dan dugaan drp Allah..!!
Kalian adalah diantara aset ATM yg paling berharga!!
Jgn pula duka jika tidak disanjung dan jgn pula bangga bila dipuji.. Hidupku dan matiku adalah utk beribadah dan mensyukuri segala nikmat yang telah ditentukan oleh tuhanku.. Dia Yang Maha Berkuasa!
Jgn pertikaikan SOP yg digunapakai oleh ATM tetapi kita semua kena pertikai keikhlasan diri kita sendiri dlm melaksanakan setiap amanah dan tanggungjawab yg digalas dlm apa jua tugas dan peranan dlm kehidupan ini demi peranan kita sebagai HAMBA kpd Allah Yang Maha Berkuasa!!
Wahai manusia (tak kira bangsa, kedudukan, pangkat, keturunan, warna kulit atau biji mata) MUSUH kamu yang paling NYATA adalah SYAITAN..!!

kasihan sekali nasib mereka itu...
Catat Ulasan