Alor Setar - Keluarga Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak tetap akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap pihak yang tidak bertanggung jawab menggantungkan patung kaki kudung tertera perkataan ‘Kaki Azizan’, ketika kempen PRK Dun Sungai Limau.
Anak kelima Allahyarham, Muhammad Rafi’iy Azizan berkata, biar pun Pas mengekalkan kemenangan di Dun Sungai Limau, pihaknya tidak berhasrat membatalkan tindakan perundangan itu supaya menjadi pengajaran pada masa depan.
“Provokasi itu tindakan melampau dan keterlaluan, disebabkan itu kita tetap teruskan tindakan mengikut prosedur perundangan. Laporan polis juga sudah dibuat dan buat masa ini, kita sedang menunggu hasil siasatan sebelum ambil tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Menurutnya, pihaknya telah melantik peguam, yang juga anak Allahyarham, iaitu Ahmad Faiq untuk mengendalikan kes itu.
Pada 2 November lalu, penduduk setempat dikejutkan dengan kewujudan patung tanpa kaki oleh pihak tidak bertanggungjawab, yang dikesan di tiga lokasi iaitu berhadapan Pusat Daerah Mengundi (PDM) BN Bukit Besar, Kampung Titi Batu dan Simpang Tiga Sungai Limau Luar digantung pada kabel elektrik.
Mengulas kemenangan Mohd Azam Abdul Samat menggantikan tempat bapanya sebagai Adun Sungai Limau, Muhammad Rafi’iy berkata, kemenangan itu menunjukkan masyarakat di Dun Sungai Limau mahukan tokoh ulama sebagai wakil rakyat.
“Saya sangat bersyukur atas kemenangan Mohd Azam kerana beliau mewakili Pas. Ini pastinya isyarat daripada penduduk bahawa mereka mahu golongan ulama terus menerajui kawasan, seperti dilakukan Allahyarham,” katanya. -SH
2 ulasan:
Salam
kawan sokong 100%, macam kat negeri Kedah ada sorang saje yang kaki kena potong dah macam sakai takda pegangan agama. Mengaibkan Maruah seseorang apa hukumnya.....ada otak fikirlah. guna lah cara yg ada akal bukan ikut nafsu semata mata.
Harap semua yg bersimpati mengadakan solat hajat mohon supaya yg terlibat dgn penggantungan patung kaki tersebut diketemukan dan dihadapkan ke muka pengadilan.
Catat Ulasan