6 Nov 2013

Macai UMNO Bakal Lunyai: Pengeluar Bihun Mahu Saman


Pengeluar bihun mahu saman pengendali blog

Yan: Pengeluar bihun tempatan, KBB Resources Berhad (KBB) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pengendali laman blog yang memburukkan produk keluaran syarikat terbabit sehingga menyebabkan hasil perniagaan merosot sebanyak 20 peratus.

Pegawai Khas kepada Pengerusi KBB, Ahmad Zaffry Sulaiman, berkata pihaknya memberi tempoh 14 hari kepada pengendali laman blog ‘Boikot Barangan DAP’ bagi memohon maaf dan memperbetulkan kenyataan yang memburukkan produk syarikat itu.


Beliau berkata, pengendali laman blog berkenaan menyiarkan artikel mengenai barangan yang dikeluarkan syarikat itu yang didakwa sebagai produk syarikat yang diharamkan di Georgetown, Pulau Pinang.

“Kami adalah syarikat pengeluar bihun terbesar di negara ini dan mempunyai tujuh cawangan di seluruh negara, malahan syarikat kami mempunyai sijil halal dan beroperasi dalam kawasan perindustrian. Bagaimanapun perniagaan kami merosot sebanyak 20 peratus kerana fitnah blog berkenaan yang mendakwa produk kami di keluarkan kilang bersebelahan kandang babi dan kilang itu ditutup.

“Lebih mengejutkan, blog berkenaan mendakwa kilang yang ditutup itu beroperasi kembali dengan nama KBB dan ini adalah fitnah dan kita mahu mereka menarik balik dakwaan itu,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

KBB yang disenaraikan di Bursa Malaysia ditubuhkan 20 tahun lalu dan mengeluarkan kira-kira 30 produk seperti bihun jenama EKA, Ekonomi, Cap Naga dan Burung Layang-Layang.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Lain kali kalau nak post pun biar ada black & white jangan main hantem sahaja janji ada isu yg boleh di spin.

Sekarang sudah lu buat so bersiap sedia jumpa di mahkahmah.

Amuraria berkata...

sesama sentung boleh settle punya ! ABU jangan lupa !

Tanpa Nama berkata...

sesuatu kejadian ada hikmahnya
yg menuduh ada sbbnya tu, agak2nya mcm kes pau Ahmad, tokeh kafir, nama melayu. Jakim mana, jakim mana?

Tanpa Nama berkata...

Blogger sekongkol dengan umno, dapat gaji dan bagi anakbini makan tak rasa berdosa kah?Tulis benda tak betul itu fitnah. Cepat cepat bertaubat sesunggohnya Allah SWT,Maha Agung, di beri nya otak tapi kau sia sia kan nya.Takut neraka, kerana menyesal kemudian tak ada guna.

Tanpa Nama berkata...

Ini yang puak ameno suka timbul isu perkauman. Lepas tu tuduh parti pembangkang kononnya.

Tanpa Nama berkata...

Eh bihun Eka tu org kuat Umno punya ke?Baru tau.Nmpk gayanya memang betul2 nk kena boikot ni.Nk boikot Dap konon,last2 kena geng sendiri.Elok2 org x tau,dh tau pulak.Dulu selalu jugak beli Eka ni,skrg tukarrr..jgn mare.