16 Okt 2013

Surat Pegawai JPA Bermentaliti Lembu Malukan Negara Di Mata Dunia


Adelaide, Kerajaan memberi amaran kepada pelajar Malaysia di Australia agar ‘menjauhkan diri’ dari menghadiri sesi awam bersama Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ‘Festival of Ideas, Dissent and Democracy’.

Surat amaran tersebut dikeluarkan pegawai penasihat pelajar, Sharezan Md Sheriff dari Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) dipercayai kepada semua penerima biasiswa JPA.

“Jauhkan diri anda dari menyertai aktiviti ini. Saya tidak ragu-ragu untuk mengambil tindakan keras ke atas penerima biasiswa JPA yang terlibat.

“Anda bijak untuk berfikir daripada melakukan aktiviti yang boleh menyulitkan anda mengekalkan gred yang menyebabkan biasiswa daripada ditarik semula.

“Anda cukup tahu apa yang ditandatangani,” kandungan surat amaran dipetik dan dikirmkan kepada Keadilandaily.


Amaran yang dikeluarkan kerajaan Malaysia itu turut dilapor media Australia, Australian Broadcasting Corporation (ABC).

Anwar dijangkakan menyampaikan pidato dan berdialog di ‘Festival of Ideas, Dissent and Democracy’, di Adelaide University pada hari Sabtu, 19 Oktober 2013.

Penganjur ‘Festival of Ideas, Dissent and Democracy’ menyatakan, acara tahun ini fokus kepada insttusi politik dan idea-idea demokrasi. -KD

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

UMNO haramjadah ni mana peduli samada memalukan negara atau tidak asalkan mereka terus memerintah dan masyukkkk....! Bodoh sungguh bangsa melayu yg terus menerus menyokong UMNO ni yg sedang membawa negara ke arah kerosakan dan bankrap!

Tanpa Nama berkata...

Hello duit biasiswa milik UMNO punyakah, sampai kau halang pelajar malaysia dengar pidato???? You think dengan dengar pidato sahaja boleh mempengaruhi pelajar untuk memberontak (kalau ikut fikiran orang UMNO)?

PELAJAR MAHU DENGAR ATAU TIDAK ITU HAK DIAORANG. TAPI UGUT MENGUGUT ADALAH SATU PERKARA MEMALUKAN. SEKARANG ORANG AUSTRALIA DAH ANGGAP ORANG MALAYSIA ADALAH ORANG PALING KURANG AJAR DI DUNIA THANK TO THIS IDIOT STATEMENT.

Tanpa Nama berkata...

inilah akibatnya jika ada kaki tangan awam yang nak mengampu UMNO hingga hilang asas pertimbangan dan profesionalisma.Duit biasiswa tu bukan UMNO yg punya atau JPA.Itu wang rakyat.Kena faham sikit.Pemimpin UUMNO dah gunakan wang rakyat ni macam duit bapak depa.Buat makan Hari Raya rumah Najib belanja lebih dari 2 juta.Nak keluar negeri pakai private jet.

Tanpa Nama berkata...

Hah, baru ada pangkar sikit dah angkuh,mengamcam mengunakan kuasa. Sedarlah diri awak tu sapa!
dengan student bolehlah cakap sesuka hati, cuba mari balik Malaysia tenguk jantan ke betina awak!. Perangai begini memang banyak dalam perkhidmatan Awam, sebab itu mereka takda kualiti.

Andre Irwan berkata...

Orang Malaysia dilarang berjumpa dengan orang Malaysia. Orang Bukan Malaysia dijadikan orang Malaysia semata-mata nak kekalkan kuasa yang ada.
Bukankah DSAI itu KETUA PEMBANGKANG DI PARLIMEN MALAYSIA? Jadi tak masalah bagi pelajar Malaysia berjumpa dengan beliau sebab beliau adalah sebahagian daripada kerajaan Malaysia walaupun sebagai pembangkang. Kan DSAI ialah salah satu entiti yang penting dalam sistem demokrasi.
Apa nak jadi dengan penjilat UMNO ni? Makin hari makin banyak kesilapan dilakukan. Aku tak pernah hairan sebab memang itu perangai dan kelakuan penjilat UMNO. Tiada kebolehan tapi diberi jawatan dan sedikit kuasa, jadi cuba praktikkan kuasanya itu tapi sayangnya, nampak janggal.