18 Okt 2013

Penghakiman "Kalimah ALLAH" Belum Muktamad, Masih Ada Mahkamah Persekutuan

Pengerusi DAP Karpal Singh menuntut agar Mahkamah Persekutuan segera bersidang untuk mendengar rayuan berhubung keputusan yang menghalang The Herald dari menggunakan kalimah 'Allah' dalam penerbitan bahasa Melayunya.

Karpal berkata keputusan Mahkamah Rayuan pada hari Isnin lalu menyebabkan timbul “kebimbangan dan ketegangan” antara orang Islam dan bukan Islam.

Oleh itu, peguam mewakili The Herald perlu memfailkan permohonan kepada Ketua Hakim Negara mengikut Peraturan 61 Mahkamah Persekutuan, untuk membolehkan rayuan itu didengar secepat mungkin.

Katanya, keputusan oleh Mahkamah Rayuan itu terlalu meluas, dan menambah kitab pengikut Sikh, Guru Granth Sahib juga menyebut kalimah 'Allah' sebanyak 37 kali.

Tambahnya, perkara itu jelas bertentangan dengan perlembagaan kerana orang Sikh perlu diberi jaminan bahawa mereka tidak terjejas dengan keputusan oleh Mahkamah Rayuan itu.

Katanya lagi, kesemua 14 orang hakim Mahkamah Persekutuan perlu mendengar kes tersebut untuk memberi kepastian kepada orang Kristian, bahawa terdapat orang Islam dan orang bukan Islam yang mendengar kes tersebut, dan untuk memberi keputusan muktamad.

Tegasnya, isu berkenaan perlu diputuskan di mahkamah paling agung di negara ini dengan muktamad. -mk

2 ulasan:

Andre Irwan berkata...

Karpal dah mula bercakap tentang agama dia. Jadi apa macam?
Bagi aku, Allah swt adalah Tuhan sekalian alam. Allah swt bukan HAK MILIK peribadi. Allah swt ialah SATU-SATUnya Tuhan yang saya sembah. Tiada Tuhan lain melainkan Allah swt.
Kalau percaya bahawa ada Tuhan selain Allah swt, maka ianya HANTU.

Tanpa Nama berkata...

Perangai pemerintah kita tak cerminkan Islam sebenar.Mengaku Islam tapi pasal rasuah no.1, mana ugama asing nak respect, perangai kadang kala lebih terok dari kafir, tak sholat 5 waktu. minum arak dan main judi.Biar mereka guna perkataan Allah asal kita jangan ikut ajaran mereka, kita mesti jadi model Islam terbaik. Walau kafir sebut Allah tapi tak mengucap mereka tetap ke neraka.