15 Okt 2013

Pemilihan UMNO Tak Gambar Sokongan Akar Umbi Malah Aibkan Calon Yang Tewas

Kemenangan KJ dan Shahrizat bukan kerana “undi popular”, kata blogger Umno

Kemenangan yang diraih oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Khary Jamaluddin Abu Bakar bukanlah kemenangan mutlak kerana dalam sistem baru "electoral college" bagi pemilihan Umno, tidak kira berapa banyak undi dibuang, ia hanya dianggap sebagai satu undi bagi peringkat bahagian kata penulis blog pro Umno Syed Akhbar Ali (gambar).

Beliau yang menggendalikan blog "Outsyed The Box" menyifatkan kemenangan yang diperoleh kedua-dua penyandang Ketua Pemuda dan Ketua Wanita tersebut hanyalah "menang mudah".

"Tidak kiralah banyak mana undi yang diperoleh, setiap bahagian dikira sebagai satu undi.

"Terdapat 191 bahagian Umno. Jika calon menang 97 bahagian (lebih daripada setengah 191 bahagian), beliau diisytiharkan sebagai menang mudah," kata Syed Akbar, merujuk kepada kemenangan yang diraih oleh Khairy dan Shahrizat semalam.

Penulis blog yang pernah menggelar Datuk Seri Najib Razak sebagai "sewel" itu mahu pengiraan keputusan pemilihan sayap Umno kali ini dinilai menerusi "undi popular", namun malangnya ia tidak dilaksanakan.

"Terdapat banyak perkara yang diselindung dalam Umno. Mereka tidak akan membocorkan undi popular," kata beliau.

Syed Akhbar menerangkan terdapat kira-kira 400 pengundi setiap bahagian dan menggesa pecahan undi kepada empat calon yang menentang Khairy juga sewajarnya dikira bagi melihat jumlah keseluruhan undi popular sama ada memihak kepadanya atau tidak.

"Katakanlah terdapat 500 pengundi di setiap bahagian dan KJ menang 200 undi. Akhram menang 180 undi dan tiga lagi calon menang 40 undi setiap seorang - pengiraan akhir masih satu untuk KJ dan kosong kepada lain.

"Realitinya, KJ mungkin tewas undi popular. Jadi apa berlaku kepada undi popular? Adakah KJ dan Shahrizat tewas undi popular?" soal Syed Akbar lagi merujuk kepada pencabar Khairy Akhramsyah Sanusi.

Menyifatkan pemilihan kali ini satu malapetaka, Syed Akhbar berkata Umno ketandusan bakat dan dan tidak mampu mengilap pemimpin yang lebih berkaliber.

"Umno pastinya hadapi malapetaka,"
katanya lagi.

Dalam pada itu, Syed Akhbar juga berkata pemilihan kali ini berkecamuk dan huru-hara kerana pelbagai insiden dan kontroversi yang berlaku sepanjang proses membuang undi berlangsung daripada isu kertas undi hinggalah terdapat mereka yang keliru cara untuk memilih calon pada pemilihan kali ini.

"Ini mungkin masalah merumitkan, mungkin terdapat manipulasi.

"Apa pun yang berlaku, Umno kini berhadapan malapetaka," katanya.

Dalam keputusan pemilihan semalam, Khairy dan Shahrizat berjaya mengekalkan jawatan mereka sebagai ketua Pemuda dan ketua Wanita manakala Mas Ermieyati Samsudin dinobatkan sebagai Ketua Puteri Umno yang baru.

Shahrizat memperoleh 100 undi, Khairy mendapat 97 undi dan Mas Ermieyati dengan 97 undi daripada 191 bahagian dalam pemilihan semalam. -TMI

ULASAN GB Apa yang kita lihat sistem pengundian electoral college yang diamalkan UMNO di dalam pemilihannya kali ini menampakkan kecacatan besar dimana pertamanya ia lansung tidak menggambarkan sokongan sebenar peringkat akar umbi. Ia hanya mengambilkria peringkat bahagian. Justeru itu undi popular tidak diambilkira.

Kedua, keputusan pemilihan akhirnya mengaibkan calon-calon yang kalah. Sebagai contoh:



Anda boleh lihat keputusan di atas dimana Khairy memboloti semua undi, sementara calon yang lain dapat 0 dan seolah-olah lansung tidak mendapat sebarang undi atau tidak mendapat sebarang sokongan. Bukankah itu amat mengabibkan?

Kita melihat sistem baru yang diperkenalkan hanyalah satu helah untuk mengekalkan status quo yang lebih berbentuk penipuan, satu cara yang hampir serupa dengan sistem "first past the post" yang dilaksanakan oleh SPR di dalam pilihanraya umum yang tidak mengambilkira undi popular demi untuk mengekalkan rejim BN.

3 ulasan:

Andre Irwan berkata...

Bayangkanlah kalau pemilihan depa sendiri pun, depa kelentong. Apa lagi dengan PRU negara? Nak buat macam mana, yang pilih tu lembu dan yang bertanding pun lembu juga.
Inikah lembu yang nak pertahankan agama Islam dan bangsa Melayu tu sendiri? Lembu mana mungkin pertahankan bangsa Melayu sebab depa hanya berpegang pada nafsu. Akal ... dah jadi lembu?????
Yang hairan ialah kebanyakan .... nak jadi lembu juga. Allah swt dah berpesan bahawa kita yang menentukan nasib kita sendiri dan Allah swt tak akan mengubah nasib kita kalau tak berusaha untuk mengubahnya. Jangan salahkan bangsa lain bila bangsa kita sendiri yang mempermainkan kita, memperbodohkan kita, mengkhianati kita, menjual tanah pusaka kita, menjual hak istimewa kita, .... banyak sangat nak sebut. Bilakah lembu nak sedar ni?????

Tanpa Nama berkata...

Saya ada komen dlm blog OSTB dlm hal ni. Panggil ROS utk siasat semua yg berlaku. Ada penyelewengan atau tidak Dulu semasa KJ menang ramai ahli umno kata KJ rasuah semasa pemilihan ketua bahgian. Mengapa tiada siasatan?? Sharizat pun terpalit dgn NFC pun org pilih jadi ketua wanita. Memang x de akal waras ahli umno. Dah x kenal baik dari yg burok dan hak dari yg bathil... punah ranah parti yg saya pernah sokong dan aktif dulu.. dah buta mereka skrg ni bak nak dpt habuan sedikit namun tergadai prinsip dan maruah diri, agama dsn bangsa...
Patut haramkan skali lagi...baru tinggi rendah langit d i dunia. Belum kira akhirat lagi.. munafiqun semua mrka semua

Tanpa Nama berkata...

Dah tahu tak jujur masih lagi terpilih.Tengok md isa kes rasuah parti di lantik ceo felda, rahim t.cik kes rogol ceo risda,idris jusoh stadium dan masjid runtuh jadi menteri. Gamak nya kena lantik mereka yang tak jujor ini, baru rahsia rasuah tak bocor.Kalau berani dakwa semua yang tipu dalam audit baru baru ini.