26 Okt 2013

[GEMPAR] Di Perak Ada Ikan Bermulut Buaya


Gunung Semanggol - Penduduk sekitar Bukit Merah di sini gempar dengan penemuan seekor ikan pelik bermulut buaya oleh seorang nelayan sungai setelah terperangkap di dalam bubu dawai miliknya.

Dalam kejadian jam 9.00 pagi di Batu 39, Jalan Keretapi Bukit Merah, nelayan itu, Abu Zabar Husin,75, berkata, dia terkejut dengan penemuan ikan itu kerana spesies ikan itu sangat pelik dan mengakui baru pertama kali melihatnya.

Menurutnya, malam sebelum kejadian berlaku, dia telah memasang bubu di sebuah parit berhampiran rumahnya dan pergi semua ke lokasi itu pada sebelah pagi untuk melihat hasil tangkapan ikan.

“Ketika hendak mengangkat bubu, saya melihat keadaannya bergoncang kuat seolah-olah telah menahan banyak ikan.

“Saya mula membayangkan hasil tangkapan lumayan, bagaimanapun saya terkejut mendapati seekor ikan bermulut buaya terperangkap di dalamnya,” katanya ketika ditemui media, semalam.

Abu Zabar berkata, bubu ikan yang ditangkapnya hampir terlepas dari dakapan setelah dia menyangka haiwan yang terperangkap di dalamnya adalah anak buaya.

“Bagaimanapun, ikan itu mati tidak lama selepas itu setelah keadaannya terlalu lemah.

“Berita penemuan ikan itu mula tersebar dalam kalangan penduduk kampung dan rumah saya seakan-akan pesta apabila dikunjungi orang ramai tidak henti-henti sehingga kini,” katanya.

Abu Zabar berkata, seorang pegawai dari Jabatan Perikanan yang mengunjungi rumahnya mengesahkan bahawa ikan yang ditemui adalah dari spesies ‘Alligator Gar’ iaitu spesies ikan dilindungi dan amat jarang ditemui di perairan Malaysia.

“Saya percaya ikan seberat hampir dua kilogram dan sepanjang hampir satu meter itu berkemungkinan sesat berikutan banjir yang berlaku di beberapa buah negeri,” katanya. -SH

ULASAN GB

Sesungguhnya di dalam setiap kejadian Allah itu, taida satu pun yang sia-sia.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aligator gar.... species belong to north america, ada le yang bela tu, lepas tu dah besar, tak mampu nak bagi makan, then lepas ke sungai.... nanti habis ikan sungai Malaysia kena bedal

Tanpa Nama berkata...

ni ikan buaya banyak terdapat di sungai2 di asia tenggara

Tanpa Nama berkata...

Munkin ikan ini adalah hasil dari kesan Radio active tempat pelupusan pepejal berapa tahun lalu dan berhampiran dengan sungai dimana nelayan ini menemui ikan ini.

cikgu pencen berkata...

Ikan ini ialah jesia yang di namakan 'alligator gar', dan bukan berasal dari negara ini dan lain2 negara di Asia.

Ianya mungkin di lepaskan di sungai oleh pemelihara ikan hiasan.

Tanpa Nama berkata...

Menurut tilikan Tok Mo di negeri atas angin, ikan jeneh lagu ni tak pernah ada rekod zaman dahulu kala, akan tetapi sejak berlaku rampasan kuasa di negeri Perak, ikan ini mula timbol dalam sungai di sini.

Melihat kepada bentok kepala dan mulut ikan tersebut adalah bersamaan dengan benyuk mulut sejenis makhlok daratan yang ganas kata Tok Mo lagi,

Perhatikan keadaan gigi jongang ikan tersebut yang menggambarkan gemar makan pelahap banyak dan boleh makan apa saja

Menurut Tok Mo adalah amat kena pada tempatnya jika ikan tersebut diberi nama IKAN UMNO, memandangkan ada persamaan sifat lahiriah dengan makhlok AMNO, lagipun amat mudah rakyat mengingat dan menyebutnya - Tok Mo Sang Semar, Kalam & Bogal

Cucu tokwan berkata...

tu bukit merah lain bro.. bukan kat semanggol.. haiya.. tarak baca lagi mau tunjuk pandai..