Umno-BN didapati menyalahguna kuasa sebagai Kerajaan sementara apabila menggunakan tiga kenderaan milik Jabatan Penerangan semasa majlis perasmian pusat operasi pilihan raya di Parlimen Batu, Kuala Lumpur, 7 April lalu.
Perkara itu didedahkan petugas media, Koh Jun Lin sebagai saksi dalam Tribunal Rakyat berkaitan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) di Hotel Empire, di sini hari ini.
Koh yang juga bertugas sebagai wartawan portal Malaysia Kini berkata, beliau cuba mendapatkan ulasan rasmi daripada pihak pengajur mengenai kemungkinan salah guna jentera kerajaan itu semasa berkempen, namun ditolak.
“Saya dibawa berjumpa dengan seorang individu yang dipercayai penganjur acara itu bernama Kapten Suhaimi Yahya untuk mendapatkan penjelasan.
“Saya hampir dikasari petugas di situ yang mengarahkan saya balik dan jangan membuat kacau di sini, manakala Suhaimi pula berpaling kepada saya dan mengatakan, saya tidak lepuk kamu sudah baguslah,” katanya.
Mengulas lanjut, Koh berkata, kenderaan berkenaan melibatkan satu van dan dua SUV, di mana salah satu daripadanya dilengkapi pembesar suara di bahagian bumbung untuk menyiar ucapan perasmian Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa majlis itu.
“Selain tiga kenderaan itu, saya juga dapat melihat beberapa harta kerajaan seperti mikrofon dan alat pembesar suara menggunakan logo Jabatan Penerangan turut digunakan,” katanya.
Seorang lagi saksi, Alfian Zohri Mohd Tahir yang menjadi sukarelawan Pemantau dalam pilihan raya lalu berkata, insiden sama (penggunaan jentera kerajaan) turut dikenalpasti digunakan dalam kempen BN di kawasan Tebrau.
Beliau berkata, hampir 10 buah bas tertera logo Pusat Khidmat Latihan Negara (PLKN) digunakan jentera BN untuk menghadiri sebuah majlis keramaian bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Majlis itu turut dihadiri pimpinan BN lain seperti Datuk Seri Khaled Nordin dan Dr Chua Soi Lek.
“Selain menggunakan jentera kerajaan, beberapa buah kain rentang yang menghina pihak lawan (Pakatan Rakyat) turut digantung di kawasan Tebrau selain pengedaran risalah berbaur perkauman kepada orang ramai,” katanya. -selanorku
5 ulasan:
BN salah gunakan kuasa tak apa, tapi ...kalau pemimpin PR yang lakukannya, sudah tentu polis dan MACC sudah sibuk belaka.
mahkamah anjing2 ummoNOK sprm polis akan berpura-pura siasat dan akan
isytiharkan tiada apa2 utk didakwa
kerana TEGAS pd pembangkang..ADIL pd
B angkai N egara dan BERHEMAH utk konco/kroni mereka.lihatlah sia-sia saja buat petisyen pilihanraya..yg buat aduan pula didenda dn mungkin bangkrap.inilah JANJI DITEPATI yang diimpikan oleh penjilat2 mereka dimana sebaliknya jadi KERAJAAN PERITThaTI pd rakyat
BN ... UMNO ...
Kalau tak rasuah, itu bukan BN namanya.
Kalau tak salah guna kuasa, itu bukan BN namanya.
Kalau tak menipu, itu bukan BN namanya.
Kalau tak bodoh sombong, itu bukan BN namanya.
Kalau rakyat tak dijadikan korban (rakyat didahulukan), itu bukan BN namanya.
Kalau tak ganas, itu bukan BN namanya.
Kalau tak songlap tanah simpanan Melayu, itu bukan BN namanya.
Terlampau banyak kalau la ....
Berdoalah kita pada Allah swt agar puak ni insaf, insyaallah. Kalau tidah, kita berdoa kepada Allah swt agar mpuak ni ditumbang demi kesejahteraan rakyat Malaysia.
Ada satu yang tertinggal. Yahudi Laknatullah = British = BN. BN adalah proksi Yahudi Laknatullah
mana ada salahguna. apa yang di buat oleh calon BN tu ialah menggunakan reta kjaan secara betol sebagaimana dan mengapa ianya diperuntukan sebaliknya calon pembangkang sebenarnya tak reti menggunakan peruntukan yang tersedia.
Soal SALAH
Memang TAK SALAH jika calon BN/OMNO yang lakukan TETAPI jika calon lain yang buat memang SALAH
Ingat tu, calon lain jangan dok angan nak cuba buat tiru calon BN, salah tu.
Catat Ulasan