Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) melahirkan kebimbangan terhadap tindakan polis baru-baru ini menemuramah beberapa pelajar SK Seri Pristana tanpa persetujuan dan kehadiran ibu bapa.
Pemangku Pengerusi Suhakam Datuk Khaw Lake Tee berkata pihaknya amat bimbang dengan kegagalan pihak berkuasa sekolah menunaikan tanggungjawab serta kewajiban terhadap pelajar di bawah jagaan mereka dalam mencegah insiden tersebut daripada berlaku.
“Sungguh pun tiada peruntukkan khas di bawah Akta Kanak-kanak 2001 yang memerlukan kehadiran bersama ibu bapa atau penjaga sebelum seseorang kanak-kanak ditemu ramah oleh pihak berkuasa, kami berpendapat tindakan pihak berkenaan telah mencabuli semangat asas Akta Kanak-kanak 2001.
“Seorang kanak-kanak atas sebab kurang matang dari segi fizikal, mental dan emosi, memerlukan pemeliharaan, penjagaan dan bantuan yang khas, serta perlindungan dalam semua keadaan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Beliau menjelaskan Akta Kanak-kanak 2001 selari dengan empat prinsip asas Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) yang mana Malaysia merupakan sebuah negara anggota.
Katanya, prinsip itu termasuk tiada diskriminasi kepada nyawa; kelangsungan, perkembangan serta tumpuan terhadap kepentingan terbaik kanak-kanak.
“Artikel 5 CRC menekankan keperluan untuk kerajaan menghormati hak dan tanggungjawab ibu bapa untuk memberi arah tuju dan panduan yang bersesuaian kepada anak dengan cara yang selaras dengan keupayaan perkembangan mereka.
“Panduan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tentang Keadilan dalam Hal-Hal berkenaan Mangsa dan Saksi Kanak-kanak bagi Jenayah juga menekankan keperluan untuk menguruskan mangsa dan saksi jenayah secara berhati-hati seperti mana yang terdapat dalam Kanun Prosedur Jenayah dan Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak.
“Suruhanjaya menggesa pihak polis dan semua sekolah supaya bertindak dan menegakkan sepanjang masa dasar kepentingan terbaik kepada kanak-kanak dan memastikan bahawa tindakan sedemikian tidak berlaku pada masa hadapan.
“Sekiranya wujud sebarang keperluan untuk menyoal kanak-kanak, temuramah tersebut harus dijalankan atas persetujuan dan dengan kehadiran ibu bapa serta menerusi satu kaedah yang 'sensitif terhadap kanak-kanak' oleh pihak terlatih secara profesional,” katanya.
Suhakam turut mengesyorkan kerajaan mengkaji amalan temuramah polis ke atas pelajar yang bersesuaian di samping mempertimbangkan untuk menggubal undang-undang bersesuaian sementara mengeluarkan panduan yang bersesuaian untuk menangani isu ini.
The Malaysian Insider melaporkan hujung bulan lalu, pihak polis mengakui dakwaan beberapa pelajar SK Seri Pristana yang mengatakan mereka disoal-siasat dalam kontroversi makan di dalam bilik persalinan.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supritendan Junaidi Bujang berkata pelajar tersebut "disoal berdasarkan secara temuduga".
Junaidi berkata pihak polis telah diberikan kebenaran oleh guru besar sebelum memasuki ke kawasan sekolah.
Temuduga dengan enam pelajar tersebut berjalan di dalam kelas yang telah disediakan oleh guru besar sekolah, menurut Junaidi.
Sebelum ini, Junaidi dilaporkan mengeluarkan kenyataan berbeza apabila menafikan telah menyoal pelajar terbabit.
Beliau memberi alasan pihak polis tidak mampu untuk menghubungi semua penjaga tersebut untuk meminta kebenaran sekiranya mahu menemuduga.
Dalam satu sidang media, beberapa penjaga mendakwa anak mereka mengalami trauma selepas disoal pihak polis.
Penjaga kepada pelajar mendakwa sesi temuduga tersebut berjalan tanpa pengetahuan mereka.
Selain itu, mereka juga mendakwa seorang individu tidak dikenali yang diiringi pengetua Mohd Nasir Mohd Noor telah mengambil gambar beberapa pelajar di mana penjaga mereka bertanggungjawab mendedahkan kontroversi makan di bilik persalinan tersebut.
Insiden tersebut menyebabkan penjaga, V. Kumancan dituduh mengancam guru besar terbabit, namun beliau telah menafikannya.
Kumancan, 31, kemudiannya telah ditahan dan dibebaskan dengan jaminan, namun dijangka akan didakwa atas tuduhan mengancam.
Susulan penahanan tersebut, penjaga kepada sekurang-kurangnya 10 pelajar berkata mereka akan menukarkan anak mereka ke sekolah lain dari Seri Pristana. -TMI
3 ulasan:
Bagitulah polis skrg, mereka bertindak seolah2 undang2 imi mak bapak dia punya dan barua2 polis sentiasa setia m'jalankan perintah. Situasi ini hanya akan berubah setelah UMNO di dtumbangkan. Wahai angota polis cuba lihat kawan2 mu yg tua dah pencen, keadaan penyudah hidup mereka bagitu hina dlm msyarakat, itu baru didunia, yg dah awal mati Allah saya yg tahu. Sebenarnya Kamu org suruhan pemimpin zalim. Tanyalah ustaz apa hukumannya.
Bagitulah polis skrg, mereka bertindak seolah2 undang2 imi mak bapak dia punya dan barua2 polis sentiasa setia m'jalankan perintah. Situasi ini hanya akan berubah setelah UMNO di dtumbangkan. Wahai angota polis cuba lihat kawan2 mu yg tua dah pencen, keadaan penyudah hidup mereka bagitu hina dlm msyarakat, itu baru didunia, yg dah awal mati Allah saya yg tahu. Sebenarnya Kamu org suruhan pemimpin zalim. Tanyalah ustaz apa hukumannya.
kelulusan paling maximum dikalangan anggota polis adalah SPM sahaja. Sebab itulah tidak hairan kalau perkara ini berlaku.
Hanya dengan melantik lebih ramai anggota polis berkelulusan degree baru perkara ini tak berlaku kerana ada ilmu undang - undang for sure diaorang akan bertindak base on laws bukan base on order.
Tapi apa boleh buat nak selamatkan UNDI POS. Pembukaan jawatan untuk degree amatlah mustahil.
Catat Ulasan