5 Sep 2013

Satu Jari Tuding Orang Lain, Empat Jari Tunjuk Diri Sendiri

Bukankah gambar di atas menjelaskan menteri berkenaan menunjukkan kebodohan dirinya sendiri?

Apabila di mata Nazri semua orang bodoh belaka - Shahbudin Husin

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz terus menjadi bahan sorotan media sejak kebekalangan ini. Jika dulu beliau kerap menjadi perhatian kerana tugasnya sebagai menteri yang menjaga Parlimen, kemudian disusuli dengan pelbagai hal berkaitan anaknya, kini kerana kekerapannya mengeluarkan perkataan "bodoh" pula.

Beliau menggelar Pengarah Strategik PKR yang juga Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli sebagai "bodoh" apabila menyarankan menteri kabinet menggunakan duit sendiri untuk mengisi minyak kenderaan masing-masing sebagai tanda mahu bersama mengurangkan beban kewangan kerajaan, di samping merasai sedikit keperitan rakyat yang terpaksa mengalami peningkatan kos hidup.

Sebelum itu, Nazri juga menggelarkan Lim Kit Siang sebagai "bodoh" apabila veteran DAP itu mencadangkan kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung peristiwa 13 Mei bagi mengelakkan isu itu menjadi polemik yang berterusan dan menjadi bahan propaganda politik pihak tertentu.

Jika anak begitu dilarang menggunakan istilah "bodoh" sama ada kepada adik-beradik atau rakan sepermainannya, begitu juga ia dianggap tidak sopan digunakan di sekolah, Nazri sebaliknya mungkin mencatat rekod sebagai pemimpin negara yang paling kerap melafazkan perkataan "bodoh" itu.

Yang dicatat media, mungkin hanya Rafizi dan Lim Kit Siang yang "dibodohkannya" tetapi mungkin lebih ramai orang yang disanggahnya atau tidak sependapat dengannya, turut dilabelnya "bodoh" juga. Kepada Rafizi dan Lim Kit Siang, ungkapan "bodoh" yang ditujukan kepada kedua-dua mereka oleh Nazri pula mungkin bukan sekali, malah berkali-kali.

Kalau itu diambil kira, rekod Nazri dalam mengungkapkan perkataan "bodoh" mungkin lebih menjulang lagi. Mungkin mencapai taraf Asia, kalau pun tidak di peringkat dunia.

Sebagai pemimpin, apatah lagi berbangsa Melayu dan beragama Islam yang selalu dikenali dengan wajah sopan santun dan berbudi bahasa, kelancangan Nazri mengeluarkan perkataan "bodoh" dengan begitu kerap bukan saja mengejut dan menggelikan banyak pihak, bahkan menggambarkan imejnya sebagai pemimpin Umno yang angkuh, sombong dan sedikit bongkak.

Pada masa sama, keinginannya untuk menghayati slogan "berubah" yang selalu dilaung-laungkan Perdana Menteri ternampak masih jauh panggang dari apinya.

Jika pun tidak bersetuju dan ingin menyanggah hujah, bukankah lebih manis jika menggunakan fakta dan bahasa yang sopan serta indah. Ia bukan saja lebih mudah diterima oleh orang yang mendengarnya, bahkan menggambarkan kedudukan seseorang yang bergelar pemimpin itu memang jelas berbeza dengan rakyat biasa.

Dengan mengungkapkan perkataan "bodoh" sesuka hati dan mudah emosional, Nazri tidak meletakkan imej dirinya, Umno dan kerajaan yang dianggotainya lebih tinggi di mata rakyat. Rakyat malah membenci dan mencebiknya, bahkan ada yang berkata, jika BN menang lebih daripada 133 kerusi, kesombongan dan keangkuhannya mungkin lebih melangit lagi.

Setelah beliau melabelkan Rafizi sebagai "bodoh", Rafizi kelihatan tetap tenang dan ingin belajar kepintaran Nazri dengan mengajaknya berdebat pula. Nazri sekali lagi menunjukkan kesombongannya dengan berkata, beliau yang "somebody" tidak akan membuang masa berdebat dengan Rafizi yang dianggapnya "nobody" itu.

Nazri nyata berbeza dengan KJ yang turut diajak berdebat oleh Rafizi, tetapi menjawab dengan sopan dan penuh kematangan. Tanpa mengeluarkan perkataan "bodoh", "somebody" atau "nobody", Menteri Belia dan Sukan itu mengatakan tiada keperluan lagi untuknya berdebat dengan Rafizi di pentas terbuka kerana Rafizi kini sudah menjadi Ahli Parlimen dan sebarang isu boleh dibangkit dan dihujahkan di Dewan Rakyat.

Dalam hal ini, bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim turut menyindir Nazri di Twitter dengan mengatakan Rafizi bukanlah "nobody" tetapi seorang yang berani, malah mempertikaikan di kalangan 30 orang menteri kabinet yang ada, tiada seorang pun berani menyahut cabaran debat itu.

Dalam apa juga keadaan, sama ada kerana dendam kesumat atau ada batu besar terbuku di hati, tindakan Nazri sesuka hati dan selancangnya mengeluarkan perkaraan "bodoh" tetap dianggap tidak sopan dan kurang manis. Malangnya, Nazri bukanlah budak sekolah atau anak kecil lagi yang boleh ditegur atau dinasihati.

Barangkali di mata Nazri, semua orang adalah "bodoh-bodoh" belaka.

Nazri sifatkan cadangan Rafizi bodoh

Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz bersetuju dengan rakan Kabinetnya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang menggesa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) untuk memulakan cadangan di pihak mereka terlebih dahulu bagi mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk peruntukan wang petrol.

Menurut Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu, oleh kerana cadangan itu datang dari pihak PR maka mereka yang harus melaksanakannya terlebih dahulu.

Mohamed Nazri turut menyelar Pengarah Stategi PKR Rafizi Ramli kerana cadangannya meminta menteri dan timbalan menteri melaksanakan perkara tersebut sebagai satu cadangan bodoh.

"Budak itu (Rafizi) bodoh. Dia bukan tahu apa, main cakap je. Dulu saya tidak terlibat dengan rasuah pun dia cakap saya terbabit dengan rasuah.

"Kita tidak cadang itu. Perkara itu datang dari mereka, jadi merekalah yang buat, saya sarankan Menteri Besar Selangor, Ketua Menteri Pulau Pinang dan exco kerajaan negeri mereka guna duit sendiri terlebih dahulu," katanya kepada media dalam majlis Warna-Warni Aidilfitri anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan di Kuala Lumpur malam ini.

Rafizi awal hari ini mendesak menteri dan timbalan menteri membayar wang petrol sendiri ekoran menyifatkan langkah Putrajaya menaikkan harga petrol RON 95 dan diesel sebanyak RM0.20 seliter sebagai menghukum rakyat yang sudah sedia bergelut dengan kesempitan kewangan.
-TMI


ULASAN GB

Hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Dan semua orang boleh "membaca" hukum berkenaan.

Tidakkah Nazri yang menunjukkan isyarat lucah sebelum ini itu sedang memaparkan "kebodohannya" yang tak terhingga? Apatah lagi sebagai seorang menteri yang berbangsa Melayu dan beragama Islam, isyarat lucah yang ditunjukkan itu sudah cukup untuk menjelaskan bahawa beliau jahil (bodoh) tentang adab bangsa dan hukum agama....

Meminjam sepatah dua perkataannya sendiri apabila mengkritik sasterawan negara, Datuk A.Samad Said: Besar sangatkah dia tu?

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

inilah kebodohan pengundi yang mengundi nazri dalam parlimen padang rengas, melantik wakil mereka dari kalangan manusia angkuh, sombong, berakhlak teruk/hudoh. orang yang mengatakan orang lain bodoh adalah untuk menyembunyikan kebodohan dirinya sendiri.

Amuraria berkata...

bila spesis mangkuk ayun samseng & angkuh dilantik oleh spesis 'NFC' jadi menteri ! inilah akibatnya! ABU jangan lupa !

Tanpa Nama berkata...

Hidup tak akan menongkat langit. Kita doakanlah semoga dia berubah menjadi insan soleh. Hari ini dia rasa dialah yg cerdik,sebab itu kita diperbodohkan. Bila Allah tarik sedikit demi sedikit apa yg dirasa cerdik tu, baru dia tau kuasa ada pada siapa. Manusia mcm ni berjalan tak pijak ke bumi. Mudah2an Allah bagi tafik & hidayah padanya nanti.

Tanpa Nama berkata...

Anak borek bapa rintik
Kemana nasik tak tak masuk kalau bukan ke kuah.....
Shamdol

Tanpa Nama berkata...

nazri sedang membesarkan kebodohannyer.....itulah produk UMNO/BN kini.....

BaDiN berkata...

Ramai yg bodoh dan tolol .Mp bongkak,dayus,takabur,riak adalah gambaran perwatakkan yg ada kpd penyokong,pendokong,pengampu,pencacai,pengundi,pencadang,pemenang,pemerintah,pentadbir,penampal poster BN & Umno.
Busuk Hingga KeUsus adalah Tema dan Pembawaan Watak yang bernaung di bawah Bn & Umno.

Tanpa Nama berkata...

Bukan nazri sorang je..smua UBN kebodohan yang ternyata bodohnya..cuma sedar dengan tak sedar je...http://my.ipanelonline.com/register?inviter_id=2110448

Tanpa Nama berkata...

Tengok gmbar dia je dah tau manusia jenis ape dia tu. Sungguh x malu pakai baju mlayu lg. Hilang maruah. Isy....kalau gitu rafizi x bodoh. Jadi, nazri bukan saja bodoh bahkn jatuh k dalm klas .......ho....
Ho.....ho......memalukan. dia x malu ke pd isteri dan anak2 dia? Jika manusia x tau malu, spesis ape tu ye? Baik taubat.jangan berlagak paku serpih.

Unknown berkata...

mana ada manusia pandai,semuanya bodoh,

Tanpa Nama berkata...

Pengundi UMNGOK BE END ni memang tak pernah serik ditipu dulu kini & sekian lamanya ditipu digula2 masih menyokong. Esok2 bila dah dekat PRU14 dpt gula2 lagi mula la tak sedor diri, pangkah lagi UMNGOK BE END. Semoga Allah membuka mata hati dia org untuk melihat yang benar itu benar, yang batil itu batil...amiiin

Tanpa Nama berkata...

Saya kira kelakuan tak senonoh Nazri ini amat memalukan Rakyat Negeri Perak lebih2 lagi Mufti dan Sultan Perak.

zena arab berkata...

Sebenarnya nazri nak sedakkan penyokungnya yg bodoh supaya sedar. niat dia baik. Dia x nak pengikut2 dia jadi mcm dia. Itu pun kalau Allah bagi hidayah.

Unknown berkata...

Bakal bapa mertua nora danish huhu kalau jadi lah..Surah an-Nur ayat 26

Unknown berkata...

Kenyataan dari bangsa 1 Malaysia yang gah dan cuba kita fikir dengan teliti.
Noh Omar, "Kenyataan sebegini berbentuk perkauman. Dia tidak faham sejarah, sebab itu tiada semangat patriotik. UiTM jelas dilindungi Perlembagaan dalam Perkara 153. Ini hak kita dan jangan pertikaikan."
Soalannya, minta belajar di UiTM ialah kenyataan perkauman?
Saifuddin Abdullah, "objektif penubuhan UiTM bagi membantu pelajar Bumiputera khususnya dari luar bandar."
Soalan: Betulkah UiTM memberi ruang kepada Melayu Luar Bandar?
Ibrahim Abu Shah,"pelajar Bumiputera masih menjadi kumpulan yang ketinggalan di belakang jika dibandingkan dengan pencapaian kaum lain."
Soalan: Betulkah Melayu masih ketinggalan atau hanya satu alasan untuk memperbodohkan Melayu sendiri? Sedarkah dasar kerajaan sekarang ni dibuat oleh Melayu yang kurang daya saing ini dan inilah menyebabkan banyak projek kerajaan terbangkalai dan menjadi gajah putih?!!!
Ibrahim Abu Shah,"Jika UiTM menerima kemasukan pelajar bukan Bumiputera, keadaan negara akan menjadi semakin meruncing kerana tiada lagi persefahaman yang akan terjalin antara kaum di Malaysia."
Soalan: Bagaimanakah negara boleh meruncing dan tiada persefahaman apabila berbilang kaum duduk sekali belajar dan mengejar ilmu? Bukankah ini kenyataan dari Melayu yang lemah pemikirannya dan tiada daya saing. Harapkan subsidi walaupun dalam soal mengejar ilmu. Allah swt bagi bonus kot.
Syed Hasan, "Langkah mayat kami dulu. Falsafah pendidikan UiTM yang mengutamakan orang Melayu menjadikan dia berjaya hingga ke hari ini."
Soalan: Siapa nak langkah mayat kamu tu? Dalam Islam, tiada hal macam ni le. Ini cakap manusia rasis yang tiada kelayakan dalam Islam. Macam pernah dengar kenyataan ni, ya ... siapa yang pernah keluarkan kenyataan ni ... Karpal Singh kan.
Yang aku hairan ialah sehingga hari ini, kenapakah Melayu kita masih beranggapan Melayu tak mampu bersaing dengan kaum lain walaupun dalam pembelajaran? Sepatutnya kita keluarkan Melayu yang tiada berdaya saing dan diganti dengan Melayu lain yang lebih berdaya saing? Selagi Melayu kita yang tiada berdaya saing memimpin kita, tak ke mana le negara kita.
Contoh Melayu yang tiada berdaya saing.
1. Harga kereta nasional mahal di dalam negara berbanding dengan harga di luar negara. Di Jepun dan Korea, harga depa amat murah dalam negara dan mahal di luar negara.
2. Negara pengeluar minyak tapi harga minyak dalam negara sama dengan negara bukan pengeluar minyak. Bukankah minyak mentah negara adalah minyak yang grednya terbaik di dunia dan mempunyai harga pasaran yang tinggi di dunia? Kenapakah kita masih terpaksa berbayar untuk kos ini?
3 ....
Banyak lagi dan tak mampu ditulis lagi. Berfikir dengan teliti sebelum bercakap. Itu barulah insan yang bijaksana.