24 Sep 2013

Pelatih PLKN Mati Dibunuh


Seorang pelatih berumur 18 tahun dipercayai dibunuh di kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Muadzam Shah, Pahang kerana dikatakan memotong barisan semasa sarapan pagi pada Ahad lalu.

Sehubungan itu, tiga pelatih berumur 17, 18 dan 21 ditahan polis bagi membantu penyiasatan kes bunuh berkenaan.

Mangsa, Muhammad Suhaimi Norhamidi ditemui tidak sedarkan diri di bilik mandi kem itu pada 12.04 pagi dan disahkan meninggal dunia ketika tiba di Hospital Muadzam Shah.

Terdapat tanda kecederaan di belakang telinganya, dipercayai disebabkan oleh objek keras.

Bedah siasat awal mendapati Suhaimi mati kerana kecederaan di bahagian otak.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Mohd Haris Dau mengatakan tiga yang ditahan berasal dari Johor dan Pahang.

Katanya siasatan awal mendapati mangsa menyebabkan kemarahan beberapa pelatih PLKN lain apabila memotong barisan pada Ahad.

Ini menyebabkan pergaduhan pertama antara mangsa dan tiga yang lain beberapa jam kemudian.

Mohd Haris berkata, pergaduhan kedua berlaku pada 11.30 malam dan 30 minit selepas itu, mangsa ditemui tidak sedarkan diri di lantai bilik mandi.

Terdapat 22 kematian semenjak PLKN diperkenalkan pada Disember 2003 termasuk mati lemas, jangkitan kuman dan masalah kesihatan lain.

Ini merupakan kes pertama mangsa dibunuh di kem latihan PLKN. Pada 2004, gadis berumur 17 tahun dirogol oleh jurulatih PLKN yang kemudiannya dipenjarakan selama 12 tahun.

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ikut undang undang Islam hutang nyawa dibayar nyawa kecuali di maafkan oleh waris

tergamak dendam iblis dalam hati sampai kawan mati kejam oi kejam

Tanpa Nama berkata...

PLKN ni bagi sya sebenarnya bnyk masalah dan pembaziran duiy rakyat. Taraf latihan tak setara dgn kem Outward Bound kat Lumut. Peserta buang bnyk masa. Boleh bercinta dan mcm2 lagi masalah sosial antara pelatih dan jurulatih. Sepatutnya utk peserta lelaki shaja. Beri latihan guna alat senjata dll. Buat betul2 mcm askar. Ini buat program x kena nak jadi pelapis. Nak serap dlm askar pun x layak. Gomenbkena kaji semulalah....

XUMNO berkata...

Sebenarnya PLKN ni hanyalah helah untuk puak2 umno dan kroni nak buat duit mudah; makan, pakaian, transport dan sebagainya semua dimonopoli oleh juak2 umno dan kroni pemimpin2 umno. Taraf latihan macam camping budak2 pengakap.Cuba bandingkan dengan Latihan bagi Anak2 Muda Singapura yang ditayangkan dalam National Geografi Astro.Bezanya macam bumi dengan langit.... pelatih2 PLKN merangkak2 macam cengkerik di bumi manakala peserta2 National Service Singapura mengebom dari atas langit!

Abdullah bin Ahmad berkata...

badgae ketiga punya ambilan ni mungkin ramai samseng jenis tu yan h jadi lagu ni. Habis duit saja kalau macam ni.

Tanpa Nama berkata...

wat hapa kajisemula...X payah..TUTUP je...budak2 ni kalu nak jadi hantu..anto kt mana pun ..hantu gak jadinye...mengabiskan duit rakyat jer..bagi top up kt subsidi minyak pon bagus...

Tanpa Nama berkata...

Tujuan asal memang elok tapi kerana niat untuk masyukkkkk oleh sepupu sepapat UMNO haramjadah maka ianya dilaksanakan sambil lewa..tak serius asalkan dapat songlap!!

Tanpa Nama berkata...

aku pun rasa susah hati nak hantar anak kat program ni. Tak hantar kang kena dakwa pulak... susah macam ni

cucu77 berkata...

Anon 1005 bagi komen tak matang, bebudak lagi kot. Agaknya anda dulu tak sekolah sebab percaya bahawa kalau nak pandai tak sekolah pun pandai.... he he macam nie punya orang pun ada !

Andre Irwan berkata...

Kalau niat pada awalnya dah tak betul, inilah padah pada PLKN.
Program ini dibuat bertujuan untuk bedak duit kerajaan kepada sahabat handai aja. Nak bagi secara langsung kepada sahabat, takut orang kata dan bukan takut pada SPRM.
PLKN negara lain ala tentera. Kalau tak mahu rujuk Singapura, boleh rujuk Korea. Betul kata sahabat di atas, ini macam aktiviti pengakap sekolah aje. Setkat hari ini, apa kesan positif yang terjana dari PLKN ni??????

Tanpa Nama berkata...

SAYA SETUJU PROGRAM PLKN TETAPI DENGAN SYARAT DI BAWAH:
1) PEMILIHAN PESERTA:BUAT MCM PEMILIHAN ASKAR.PELAJAR YG BOLEH SMBUNG BELAJAR XPERLU MASUK PLKN.YG MANA RESULT SPM XSEBERAPA,DIWAJIBKAN MASUK.
2)PESERTA YG DAH TAMAT LATIHAN BOLEH DISERAP KE DALAM TENTERA.
3)LATIHAN DIBUAT ALA2 KOMANDO BG MENERAPKAN DISIPLIN DAN SEMANGAT SETIAKAWAN. JURULATIH PN AMIK YG KOMANDO/ASKAR.
4) WAJIBKAN BG PELAJAR LEPASAN SPM LELAKI(YG RESULT CUKUP MKN). UTK PEREMPUAN BOLE WUJUDKAN PROGRAM LAIN YG SSUAI. WAJIBKAN JGK. DARI BUANG MASA KE TPT LAIN, BAIK MASUK LATIHAN.ADA JGK INCOME.

man siam berkata...

Tak ngape, teruskan dengan PLKN tapi bio le ade penambahbaikan. Tetapi yang teman nak cadangkan ialah dikumpulkan bebudak yang merempit dan peleseran dan couple melebihi had ini masukkan dalam program berasingan laki dam pompuan. Basuh selama 3 bulan..........hah serik kaw dan berilmu lagi. Insyaallah.

Tanpa Nama berkata...

PLKN boleh diteruskan dgn syarat:-
1. Bukan business oriented ( projek kroni)
2. Asingkan jantan betina di kem lain. jika campur dalam satu kem, latihan jadi tak karuan...dlm kepala dok ingat nak "mengawan".
3. Matlamat latihan utk displinkan pelatih supaya jadi insan bertakwa.
4. Bagi pilihan latihan menjurus ala kesojaran atau kepolisian. Dgn kaedah ini mereka ini boleh terus diserap jadi polis atau askar.
5. Yg minat polis boleh mula dedahkan undang2 CPC, akta keterangan dll.

Tanpa Nama berkata...

PLKN elok d hpuskan..x de bza.klu ade prubhan pas klur...sdap ckit nk mnghntr anak.krjaan ptut pkir cra nk hpuskn mat rempit yg majoriti nye rmaja.

Tanpa Nama berkata...

KESIMPULAN=PLKN ADALAH PEMBAZIRAN DAN PEMBAZIRAN ADALAH AMALAN SYAITAN..

Tanpa Nama berkata...

hantar untuk mati & di rogol.
dah 20++ mati.
ada juga di rogol JURULATIH.
sanggup kah anda menghantar anak anda.

Tanpa Nama berkata...

Kes nie sebenarnya bukan pasal potong barisan..3 org durjana tuh saje belasah mangsa sebab mangsa peramah n baik gn pelatih perempun..lgi satu muka mangsa iras2 BOTAK dlm cerita juvana.3 kimak tuh 3 kli blasah mangsa.sepatutnya 4 org yg blasah,,tpi 3 jewk kne cekup..yg pasal mangsa kt dlm bilik air tuh penipu..sebenar nya tgh nazak kt dlm dorm.terlantar kt katil..surat khabar n semua nya Penipu..cbb nk tutup aib hal sebenar!!!!!kes gaduh kt plkn memang berlaku...banyak kali,,tpi kes nie pling teruk sampai membunuh.Al-fatihah.