Wanita yang memakai baju kurung berisiko menjadi mangsa rogol.
Pegawai Perhubungan Awam AMANITA PDRM, Inspektor Q Sheila berkata, berdasarkan trend kes rogol terkini, kebanyakan mangsa yang memakai baju kurung mudah menjadi mangsa disebabkan pakaian itu. Menurutnya, pakaian itu juga boleh dijadikan peralatan untuk memudahkan suspek melakukan perbuatan terkutuk itu. Gambar sekadar hiasan.
“Saya tidak cakap tidak boleh pakai baju kurung, tetapi wanita harus berhati-hati kerana pelaku ini berada di mana sahaja. Jadi sebagai wanita tidak seharusnya kita memberi peluang kepada mereka,” katanya ketika memberi ceramah pada Kempen Pencegahan Jenayah & Keganasan Terhadap Wanita dengan kerjasama KRT Taman gasing Indah, di Dewan Sivik MBPJ, semalam.
Menurutnya, aksesori lain yang sering dipakai oleh wanita pada tubuh badan tanpa disedari juga berisiko menjadi senjata kepada penjenayah.
“Klip rambut, beg tangan, kerongsang boleh digunakan penjenayah sebagai senjata kerana ada kes barang ini digunakan untuk mencederakan mangsa. Jadi kena kurangkan pemakaian aksesori pada tubuh,” katanya.
Selain itu, wanita juga perlu bijak sekiranya berada berseorangan terutama di dalam lif dan kawasan tempat letak kereta.
“Berdiri dalam posisi yang rapat dengan dinding lif juga membantu agar penjenayah tidak boleh mengambil kesempatan, begitu juga ketika meletakkan kenderaan di parkir yang sunyi, sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling sebelum masuk dan keluar dari kenderaan,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut menyarankan agar wanita mempunyai peralatan bagi menangkis serangan penjenayah.
“Peralatan ini banyak di pasaran, boleh beli mana yang sesuai dan lazimnya pilihlah peralatan yang mudah dibawa dan digunakan,” katanya. -SH
ULASAN GB
Menarik. Samada benar atau tidak, samada ada kajian atau pun tidak, kenyataan daripada AMANITA PDRM itu perlu diberikan perhatian.
Baju kurung berkemungkinan boleh mengakibatkan kejadian rogol jika:
baju kurung itu terlalu nipis atau ketat sehingga menampakkan tubuh badan
baju kurung itu tidak lengkap dengan pemakaian tudung (hijab) sehingga menampakkan rambut dan buah dada
baju kurung itu disertakan dengan aksesori seperti kerongsang dan sebagainya
baju kurung itu terlalu berwarna warni dan dari kain terlalu licin
berbaju kurung tetapi berperangai gedik dan berakhlak rendah
Namun, yang penting sebenarnya ialah undang-undang. Kes rogol yang menjadi-jadi adalah kerana undang-undang yang ada kini kondusif terhadap kejadian rogol.
Kebenarannya: hukum Islam tidak dilaksanakan, menyebabkan denda kesalahan rogol tidak menakutkan si perogol!
20 ulasan:
ulasan gb agak kurang tepat zina is mati pasangan dlm islam rogol saya tk mengetahui tetapi akta jenayah kita rogol/liwat dijel 20 tahun lbh dan harresment ialah 2 tahun tk beratke pengulas gb?
Saya tidak bersetuju dgn pandangan bahawa "pakai baju kurung mudah dirogol...." pada pendapat saya bagi yg memakai skirt pendek dan baju sleeveless lagi memudahkan kejadian rogol...Tambahan pulak kelihatan seksi. Sekiranya pemakaian baju kurung tidak terlalu ketat & bertudung labuh....insyaallah dilindungi allah. Pemakain make-up juga jgn berlebihan sehingga menarik perhatian org yg melihatnya. Wallahualam.
Nak tengok apa kata S.I.S ......
Melenting ke tidak makcik2 ni......
Pehal faktor baju kurung pulak jadi salah satu penyebab kena rogol?
Kenapa tak kaji sekali jenis pakaian Che Ta pulak?
Bengong.....
Elakkan kes perogolan dgn memakai cawat besi/tembaga.
Sesuai atau tidak undang-undang ni? (berat atau tidak) Manusia lebih pandai atau Allah swt lebih pandai? Ini untuk tatapan En. Ahmad Dzul.
20 tahun, beratkah? Mangsa rogol, seumur hidup tau. Orang kata tak kena maka tak tahu. Kalaulah kita atau adik beradik kita yang jadi mangsa, aku rasa bukan 20 tahun penjara yang kita nak, mungkin nyawa dia pun kita nak cabut. Fikir-fikirlah demi kesejahteraan umat manusia. Insyaallah, keberkatan hidup kita bila bersama-sama dengan Allah swt.
tq saudara Irwan sy terpaksa akur tetap mahkamah menentukan dgn bukti jika pertunangan dilewatkan teman wanita tk hamil tapi bapanye membuat tuduhan rogol mcm mane?atau menjawab itu baru reman bro?
Mengedar dadah sek.39b Akta Dadah hukuman mati medotori pun depa buat inikan pula kes rogol sek.376 KPJ penjara maximan 20th dan sebatan 20 sebatan apa ada hal. ialah puak penjenayah ini mana ada rasa sifat kesihan depa hanya berfikir kalau Polis dapat tangkap chaege lah ke Mahkamah kalau tak dapat tangkap nereka tetap bermaharajalela. Elok sangat perogol ini dikenakan hukuman yg lebih berat.Kalau dinegara islam lain perogol dihukum bunuh. Malaysia 20th penjara ditolak cuti hanya jalan hukuman 13th 4 bulan( 3 kali PRU) keluar lah penjara.
alhamdulillah, banyak sungguh pandangan yang diberikan namun yg jelas Islam meletakkan berpakaian satu perkara yang wajib yakni menutup aurat, melabuhkan pakaian samada dikepala atau dibawah pada bahgian kepala sampai kekaki dan itulah perkara-perkara yg wajig kjita fahamkan.
jadi, dalam hal ini kita tumpukan perhatian kita tentang pakaian yg dimaksudkan didalam Al Quran mahu pun hadis-hadis rasulullah saw itu..
kalau kita ambil contoh baju kurung misalnya, jelas ianya menutup aurat namun dalam sudut pandangan yang lainnya ianya jelas sekali menampakkan aurat maka baju perlulanh dibesarkan supaya tidak nampak bentuk badan yang boleh mengiurkan. Kalau kita pakai jubah misalnya...kalau nak diikutkan ianya jelas lebih menyenangkan hanya dengan menyelaknya saja dah dapat dirogol. TAPI.... itu bukan soalnya yang penting nmenutup aurat yakni mengurangkan pandangan mata nafsu manusia terhadap sesuatu yang boleh menaikkan nafsu syahwat. So soal senang susah tak perlu diperbincangkan yang penting kita ambil dari sudut menutup aurat, melabuhkan jilbab maka jelas nafsu rangsangan berkemungkinan akan menurun kerana masing-masing tidak dapat melihat bentuk tubuh badan atau bentuk badan seseorang yang jelas menonjoilkan keseksian mereka seperti berpakaian seluat pendek, berbikini, berseluar dalam jelas jauh panggang dari apa untuk dibedakan dengan pemakaian Islam. Walaupun pakain melayu samada baju kurung baju kedah baju kelantan dan sebagainya sekurang-kurangnya ianay adalh pakaian yang kjelas menutup aurat yang tinggal nya rambut dan muka yang jelas perlu diambil perhatian untuk ditutupi seperti apa yang termaktub didalam al quran dan hadis-hadis rasulullah saw maka dengan ini, soal ber[pakaian secara Islam tidak lagi menjadi persoalan.
Yang kita perlu fikirkan bagaimana nak menghalang para perogol yang berleluasa. Pada mereka, tak kira dijahit ditutup malah mayat sekalipun... kalau dah nafsu perogol maka tak kira siapa pun mereka, mereka akn tetap mencari magsanya. Nenek 90 tahun pun mereka sanggup. lelaki sama lelaki perempuan sama perempuan pun mereka sanggup.ini kan pelak kalu nhanya berpakian seluiar dalam, mini skirt, seluar pendek, bajiu jarang berseluar.. dengan hanya menarik saja keluar tercabutlah kalu itulah yang menjadi persoalannya.
ramai sangat wanita ingkar di Malaysia.... tudung x pakai, dedah aurat... kat TV pun byk... SINS everywhere,,,
Kesian saya baca komen anda. Kalau tak arif tentang hukum hakam lebih baik diam. Percuma saja, lagi banyak bercakap ikut logik akal tentang hukum,lagi banyak nampak tak cerdik. Maaf.
Allah adalah pencipta manusia dan seluruh isi alam... Allah telah mengajar manusia untuk mengikuti peraturannya... Sebagai Pencipta manusia Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk manusia.. Allah mengajar manusia berhukum dengan al-quran... Tetapi ramai manusia yang terlalu bodoh kerana berasa mereka lebih pandai daripada Allah.. Terlalu bodoh kerana tidak mengenal Allah.. sungguh menyedihkan..
Baju kurung ke, bikini ke, bertudung ke, mek up tebal ke, telanjang ke.. tu semua boleh. TETAPI kena tau di mana, bila, mengapa ?
Baju kurung + kain yg x transparent + tudung labuh + stokin, dah ok, TETAPI kalau naik motor nampak betis -> tak kena. Maka dari situ keperluan pakai seluar pulak. Tapi bukan legging, cik adik/kak/mcik oi.
Baju kurung tanpa kain, transparent pulak, & mekup tebal -> pakai le bila berdua2an dlm bilik dgn suami. Off semua pun x ape.
Itu pon tak faham ke? Tu le, suruh belajor malas, sbb tu Nabi saw suruh belajo sampai liang lahat. Bab2 dgn suami isteri ni masa kecik2, sekolah rendah mana bole ajar detail2 . Tu yang kalau tak tau, pasangan nak raba ditepisnya.
(GB , ni ilmu tau, ko kena publish)
Buat lah undang - undang apa pon, hukum lah seberat mana pon....jenayah rogol tetap dan akan terus belaku bah kan semakin dahsyat.....selagi tidak dilaksana hukum dan syariat islam tidak dilaksana sepenuhnya!
Ahmad Dzul Mohd said...
ulasan gb agak kurang tepat zina is mati pasangan dlm islam rogol saya tk mengetahui tetapi akta jenayah kita rogol/liwat dijel 20 tahun lbh dan harresment ialah 2 tahun tk beratke pengulas gb?
______________________
Memang berat hukuman itu, tetapi peratus kadar jenayah rogol yang turun?
Bodoh betul la.. kalau dah pakau baju kurung yang ketat2 memang akan jadi mangsala..jawabnya. soalnya di sini ikhlas ke tidak nak tutup aurat tu. Tutup aurat ni ada kaedah dan hukumnya. kalau tak ikhlas kerana allah memang mendapat la.. kalau kita ikhlas pasti allah akan lindungi kita. pakai baju kurung pun kalau menyerlah sangat warnanya pun jadi makruh/haram memakainya kerana ada daya tarikan. Apapun saya tak setuju bila mengatakan baju kurung punca kes rogol meningkat. jangan salahkan baju kurung tapi salahkan si pemakai baju kurung yang seksi ketat dan tidak ikhlas menutup auratnya dan perogol itu.
UMNO kalu ajo bab agama walau betul tapi tak de ump. Kenapa ye. Sebab bukan kerana Allah.
Kenapa aku kata gitu? Pandai2 aje tau isi hati UMNO? Sebab tengok aje le contoh wanita2 UMNO yang pakai tudung (yang tak pakai tu jangan cakap le).
Progrem2 tv, sape yang kontrol? UMNO kan? Rancangan agama macam topeng aje. Sah le slogan UMNO agama & kehidupan tak boleh bercampor. Nak buat macam mana? Yang degil & jahil macam UMNO masih ramai.
masaalahnya orang lelaki yang gatal dan tak ikut Islam, so jangan salahkan orang perempuan.Orang lelaki yang sepatutnya jadi menjadi pemimpin untuk perempuan, jadi kalau nafsu sendiri pun tak boleh control macammana nak jadi pemimpin pada wanita dan kasi nasihat pada kaum wanita. Perbetulkan diri kamu dulu hai orang lelaki sebelum asyik komen pasal wanita.Orang Islam yang beriman tak akan tergoda dengan apa saja yang orang wanita pakai.
Anonymous 7:12 said...
masaalahnya orang lelaki yang gatal dan tak ikut Islam, so jangan salahkan orang perempuan.Orang lelaki yang sepatutnya jadi menjadi pemimpin untuk perempuan, jadi kalau nafsu sendiri pun tak boleh control macammana nak jadi pemimpin pada wanita dan kasi nasihat pada kaum wanita. Perbetulkan diri kamu dulu hai orang lelaki sebelum asyik komen pasal wanita.Orang Islam yang beriman tak akan tergoda dengan apa saja yang orang wanita pakai.
Habis, kaum lelaki jer ko suruh beriman, kaum wanita gtak payah?
Fahami sabda Rasulullah ahawa kebanyakan penghuni neraka itu ialah kaum wanita....!
Kalau baju kurunglah sebabnya, kau nak suruh wanita pakai baju apa???? pencegahan paling baik pakai baju tutup aurat sebagaimana yang disyariatkan dalam Islam dan laksanakan hukum hudud terhadap pesalah beragama Islam (termasuk juga munafik yang mengaku dirinya Islam). Ini cara paling efektif dalam menangani kes rogol. So please PDRM cek sejarah tamadun Islam dan bandingkan kadar jenayah pada zaman tamadun Islam dengan sekarang.
Ps: Remember mengikut hukum hudud kesalahan rogol akan dihukum dengan direjam sampai mati dengan syarat saksi dan bukti mencukupi.
Dia sdiri jual mural2 betis dia,paha dia. Pade muka la kn rogol.
Dia t'jun dale sungai basah kain. Pah dok sibuk kain basah kain basah. Psl apo kamu t'jun???
Catat Ulasan