Malaysia disenaraikan sebagai salah sebuah negara yang kerap mengamalkan rasuah dan mengambil jalan pintas bagi mencapai sesuatu sasaran sewaktu dalam kegawatan ekonomi, kata satu kajian baru-baru ini.
Kajian yang dibuat Ernst & Young itu sekali gus menunjukkan Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu) kerajaan gagal dalam peranannya mentransformasikan bidang ekonomi.
Malaysia dan China berada pada paras teratas dalam skala rasuah menurut penemuan terbaru Laporan Kajian Penipuan Asia Pasifik 2013. Kajian itu dijalankan kepada 681 eksekutif di China, Singapura, Australia, New Zealand, Indonesia, Vietnam, Malaysia dan Korea Selatan.
Separuh daripada eksekutif itu berpendapat China, Indonesia, Malaysia dan Vietnam paling banyak terlibat dalam rasuah.
Eksekutif yang terlibat dalam kajian ini mempunyai latar belakang dalam sektor industri, perbankan, peruncitan dan sumber asli.
"Kegiatan penipuan mencatatkan peningkatan dan hal ini tidak berkait di antara polisi ditetapkan dengan pematuhan polisi itu," kata rakan pengurusan dalam laporan tersebut, Chris Fordham.
Kira-kira 39 peratus mendapati rasuah diamalkan secara meluas di Malaysia, dua kali ganda daripada purata Asia Pasifik iaitu sebanyak 21 peratus.
Malah, 29 peratus responden mendapati rasuah yang diamalkan di sini meningkat berikutan keadaan ekonomi yang semakin mendesak dan peningkatan dalam persaingan yang merupakan negara ketiga tertinggi dalam kajian itu.
Laporan itu mendapati sewaktu negara di Asia mengenengahkan polisi anti rasuahnya, pendekatan itu tidak dilaksanakan dengan berkesan.
Kira-kira 40 peratus responden mendedahkan syarikat mereka mempunyai etika anti rasuah dan 35 peratus lagi mengesahkan pegawai atasan mereka menyatakan komitmen terhadap polisi tersebut.
"Kajian juga mendapati risiko rasuah meningkat dalam pasaran negara membangun disebabkan kawalan persekitaran lemah dalam pelaksanaan polisi yang berbeza dengan kerangka kerja pematuhan global,” katanya.
Kajian berkenaan turut menunjukkan empat peratus responden bersetuju atau sangat bersetuju di mana bukan sesuatu yang salah menawarkan ganjaran wang dalam perniagaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang salah satunya mengurangkan amalan rasuah.
5 ulasan:
PEMANDU tu memandu kejalan rasuahlah.Senang aje.Macam mana tak jadi negara palng rasuah? Yang nak hapuskan rasuah tu adalah kepala lanun.Lihat aje calun-calun pemimpin UMNO hampir semuanya kepala rasuah.Depa akan menang sebab yg memilih tu pun ambil rasuah.Waktu PRU berapa banyak UMNO gunakan duit untuk rasuah orang FELDA dan orang kampong - kain batik,kain pelikat,beras,gula,sardin,basikal, beg sekolah - ini semua rasuah.Bila menang jadi kerajaan rasuah.Nak dapatkan modal balik mesti rasuah jugak.Tak taula bila putaran aktiviti rasuah ni akan berkesudahan.
Zaman dulu seorang cap aje komunis sudah bole ditangkap.Amerika Syarikat(CIA)cap aje seorang tu pengganas,dah boleh serang sebuah negeri.Cap aje negeri tu ada senjata perosak massa,dah boleh serang negeri tu.Ini yg UMNO belajar dari orang Yahudi - cap aje seorang tu syiah dah boleh gembelingkan ulamak-ulamak dalam PAS bertindak liar.Ulamak-ulamak muda dalam PAS baru sehari dua pegang jawatan dah senang dipekudakan UMNO.Nak tanya sikit - berapa ramai ulamak dari PAS yg selalu ditangkap polis,dihadapkan kemahkamah kerana berpolitik? Begitu senang UMNO mengheret ulamak-ulamak muda dalam PAS bermain atas papan catur UMNO.
Tahniah. Tahniah. Tahniah.
Ada juga No 1 di Asia.
Malaysia Boleh. Malaysia Boleh. Malaysia Boleh.
Hidup Malaysia. Hidup Malaysia. Hidup Malaysia.
Lepas ni bila Malaysia bankrupt, baru tahu. Yang kaya akan terus kaya manakala yang sederhana jatuh miskin dan yang miskin jatuh jadi "kayap".
Sekali lagi tahniah kepada rakyat Malaysia yang menaruh kepercayaan kepada BN untuk memerintah. Biar bankrupt, janji Melayu memerintah.
Yang jual Tanah Melayu pun Melayu juga.
Yang jual saham Melayu pun Melayu juga.
Yang khianati Hak Melayu pun Melayu juga.
Yang .... banyak sangat Yang le. Kan la ni orang suka panggil isterinya yang disayangi tu Yang. Sebab tiu Yang, Yang, Yang, ...
yang yang yok........
Bagaimana negara kita yang terkaya didunia, sebab rasuah rakayat tersiksa.Selagi kerajaaan yang menipu pada tiap kali pilihanraya wujud, selagi itulah rasuah bermaharajalela.Setiap pembelian untuk kerajaan, harganya selalu berlipat kali mahal dari pasaran.Dan duit ini lah bagi anak bini makan. Tak takutke nak jawab depan Allah makan duit haram?Ingat hidup mewah didunia belum tentu mewah diakhirat kerna kekayaan di dunia dengan duit haram tambahlagi duit rakyat yang tak sempat ,kau minta maaf neraka lah tempat mu, takut lagh Allah.Mari lah rakyat seIslam Malaysia kita bersolat 5 waktu, cegahi mungkar, tutupi aurat, jangan subahat dengan rasuah dan banyak kan doa agar negara di hapus perasuah perasuah yang telah menipu, mencuri harta rakyat untuk kekayaan kelompok mereka sendiri dan angkatlah mereka yang amanah dan takwa agar kita di jauhi bala.
Catat Ulasan