24 Sep 2013

Mahkamah Mesir Haramkan Aktiviti Ikhwanul Muslimin


Mahkamah di Kaherah telah mengharamkan "semua aktiviti-aktiviti" yang dijalankan oleh Ikhwanul Muslimin, demikian lapor Ahram Online

Keputusan yang diputuskan semalam terpakai kepada pertubuhan tersebut, NGO dan "mana-mana organisasi yang dibentuk olehnya," kata hakim.

Mahkamah juga mengarahkan kerajaan sementara Mesir untuk merampas dana pertubuhan itu dan membentuk sebuah panel untuk mentadbir aset yang dibekukan sehingga apa-apa rayuan telah didengar.

Satu sumber Ikhwanul Muslimin memberitahu Ahram Online, mereka akan membuat rayuan dalam masa sepuluh hari.

Pertubuhan Islam itu telah wujud di luar undang-undang Mesir selama beberapa dekad dan hanya secara rasmi didaftarkan sebagai NGO pada Mac 2013.

Tuntutan itu difailkan oleh parti berhaluan kiri, Tagammu.

Keputusan yang diputuskan itu bukanlah satu-satunya cabaran kepada kewujudan kumpulan Islam yang berusia 85 tahun itu.

Pada 2 September lalu, Lembaga Pesuruhjaya Negeri Mesir, sebuah badan yang menasihatkan kerajaan mengenai isu-isu undang-undang, mengesyorkan pembubaran Ikhwan selepas dakwaan mereka terlibat dengan pengganas bersenjata.

Cadangan pihak berkuasa itu - yang tidak terikat - telah dibuat selaras dengan Undang-undang 84 tahun 2002, yang melarang organisasi dan institusi bukan kerajaan daripada membentuk kumpulan separa tentera.

Pihak berkuasa Mesir telah melancarkan tindakan keras terhadap kumpulan berikutan penyingkiran Presiden Mohamed Mursi - yang berasal dari Ikhwanul Muslimin - oleh pihak tentera pada 3 Julai.

Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Mohamed Badie, dan ramai pemimpin tertinggi dan peringkat pertengahan telah ditahan dan berhadapan dengan tuduhan termasuk hasutan keganasan terhadap lawan mereka.

Pada 17 September, pendakwa raya Mesir membekukan aset beberapa pemimpin kanan Ikhwan dan Islamis lain yang terkenal sebagai sebahagian daripada siasatan hasutan keganasan semasa demonstrasi.

Mohamed Badie, timbalan mursyidul am Khairat El-Shater, setiausaha agung Ezzat Ibrahim dan pemimpin kanan Mohamed El-Beltagy adalah antara berpuluh-puluh pemimpin Islam terkemuka disasarkan oleh pihak berkuasa.

Langkah mengharamkan aktiviti Ikhwanul Muslimin dan cabang politiknya, Parti Kebebasan & Keadilan dilihat oleh ramai permerhati politik sebagai usaha kerajaan Mesir untuk menghalang Dr.Mursi kembali sebagai Presiden dan menafikan penyertaan Ikhwanul Muslimin di dalam pilihanraya yang bakal diadakan.

2 ulasan:

mama berkata...

dunia akhir zaman..
semoga Allah melindungi kita semua

Tanpa Nama berkata...

Selagi tentera mesir yg di sokong amerika tidak d lupuskan dari bumi mesir dan d bentuk tentera mesir baru dari golongan yg pro islam, maka selagi itu kedamaian d mesir tidak akn tercapai... Biarpun presiden yg sekular d gulingkan namun candu dan penyakit yg sbenar yg akn melemahkan kmpulan islam yg btul2 berjuang atas prinsip al quran dan al sunnah yg berakar dlm tentera mesir tidak d hapuskan maka jgn harap rakyat mesir buleh mmbentuk k'jaan islam yg sebenar...Ibu segala penyakit yg mndera setiap rakyat mesir yg lkhlas mahu mndaulatkan islam adalah amerika laknatullah... mari kita semua perangi amerika.. Allahu Akbar...