7 Ogo 2013

Pak Lah Tolak Perkasa Sebagai Model Perjuangan Melayu


Tidak salah memperjuangkan satu-satu kaum dan komuniti namun ia tidak seharusnya dilakukan dengan cara yang tidak sepatutnya seperti dilakukan Perkasa, kata bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam bukunya.

Melalui bukunya berjudul Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia, Pak Lah berkata menjadi kesalahan memperjuangkan satu-satu kaum dengan menolak kaum lain.

Kumpulan yang diketuai Datuk Ibrahim Ali dan Datuk Zulkifli Noordin mendesak agenda kanan, terutama konsep Ketuanan Melayu, dan mengambil pendekatan keras terhadap mereka yang dilihat sebagai musuh Melayu dan Islam.

Menjelang pilihan raya, Perkasa mencetuskan kontroversi apabila mengugut untuk membakar Al-Kitab, Bible berbahasa Melayu, dan juga video menunjukkan Zulkifli mengkritik agama Hindu.

Menyentuh konsep Ketuanan Melayu, Abdullah berkata ia tidak seharusnya bermaksud sebagai kuasa mutlak Melayu.

"Apa maksud tuan? Bagaimana kamu menjadi tuan? Dengan melakukan apa yang kamu buat - sama ada dalam pembelajaran, profesion, perniagaan.

"Hanya kerana kamu Bumiputera, kamu tidak boleh jangka semuanya diserahkan kepada kamu dan panggil kamu sebagai tuan. Ketuanan bukanlah satu hak. Ia perkara yang kamu perlu kerjakan," kata Pak Lah dalam bukunya.

Beliau mengakui adanya kebimbangan sesetengah orang Melayu terhadap perjuangan bangsa mereka kerana banyak lagi yang ketinggalan.

"Bagaimanapun, kebimbangan itu boleh disalurkan melalui kaedah yang betul, dan bukan melalui cara yang kasar seperti mana tindakan Perkasa,"kata Abdullah.

"Saya yakin kita perlu ada sebab dan rasionalnya bila kita berbicara mengenai seseorang," kata Abdullah, yang dipaksa meletak jawatan sebagai perdana menteri pada 2009 selepas Barisan Nasional (BN) yang diketuainya memperolehi keputusan yang teruk dalam pilihan raya.

BN buat pertama kali gagal mendapat keputusan dua pertiga dalam pilihan raya itu.

Perkasa sentiasa mendapat pembelaan dari bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebelum ini mendesak Pak Lah berundur.

Ekoran itu ramai pemimpin Umno enggan menyuarakan kritikan terhadap kumpulan berkenaan secara terbuka, khuatir kesan akibat lidah Ibrahim dan akhbar Umno, Utusan Malaysia, satu lagi suara yang memperjuangkan agenda kanan. -TMI

2 ulasan:

Andre Irwan berkata...

Kenyataan yang bernas kalau berfikir sebagai seorang Islam. Nak menjadi TUAN, kena usaha. Bukan lahir saja, dah nak orang panggil TUAN kecualilah hangpa dilahir sebagai anak SULTAN. Rupa-rupanya memang tepat kata-kata TGNA. Hang kena dok di luar tong tahi, barulah hang tau tong itu berbau busuk. Lihat bila DSAI dan Che Det keluar dari UMNO, barulah kenyataan yang bernas tapi sayangnya Che Det dah terjun balik ke dalam tong tahi tu. Dah jenis bangsa lidah bercabang. Makin hari makin jelas lidah yang bercabang menjelir keluar dari mulutnya. Nak buat macam mana, ramai Melayu yang percaya Kerling ni. Jangan lupa, BAPAnya ialah India Tulen (Al-Kutty).
Itulah sebabnya Che Det amat marah dengan PAK LAH sebab Pak Lah mewarisi darah Cina dan dia darah India. Satu HITAM dan satu PUTIH. Mana mungkin bercampur kalau ikut konsep Che Det. Lainlah dengan konsep Micheal Jackson (Black or White).
Betul kata Ustaz Wan Ji. Di Malaysia ni kita banyak mengalami agama Melayu daripada agama Islam. Sikit-sikit saja nak salahkan orang bukan Islam tapi pernahkah kita tarbiah depa tu? Lepas tu, buat tuduhan secara pilihan. Kalau geng depa, hina pi macama sekali pun, pasti lepas. Yang lain, doa saja le.
Aku ambil peluang ni untuk mengucapkan Selamat Menyambut Adil Fitri kepada semua muslimin dan muslimat di Malaysia yang tercinta ni KECUALI ....

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya tindakan UMNO memecat keahlian Ibrahim seumur hidup teramat tepat. Harap keputusan trsbut tidak terkoyak dan kekal selama2nya.