3 Ogo 2013

Kenyataan Muhyiddin Berbaur Hasutan, Terlupa UMNO Lebih Banyak Menghina Islam


Tindakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilihat menuduh orang bukan Islam terlibat dalam video jurulatih anjing boleh mencetuskan kekecohan, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Ia ternyata boleh mencetuskan emosi kebencian dan sakit hati di kalangan orang-orang Islam terhadap orang-orang bukan Islam dan akhirnya akan tercetus kekecohan.

"Adakah Timbalan Perdana Menteri mahu bertanggungjawab jika kenyataannya yang ternyata bersifat hasutan itu mencetuskan tindakan bersifat fizikal orang-orang Islam ke atas orang-orang bukan Islam?" beliau mempersoalkan.

Bagaimanapun, kata Mahfuz, beliau yakin Muhyiddin tidak akan diambil tindakan atas kenyataannya yang bersifat hasutan itu.

"Sekali lagi rakyat boleh melihat bahawa pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli Umno semakin yakin bahawa mereka kebal undang-undang.

"Sebab itulah kita mendengar ada pemimpin Umno yang tumbuk, tampar dan sepak orang sesuka hati, para penyokong Umno menyerang ceramah-ceramah, baling selipar dalam masjid malah berapa banyak kita lihat kenyataan pemimpin Umno yang menghina Islam," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Beliau juga kesal dengan sikap Muhyiddin yang secara borong dan gelojoh menuduh orang lain menghina Islam sedangkan para pemimpin Umno sendiri ramai yang menghina Islam.

"Sehingga sekarang pun, tetap tersebar di kalangan rakyat kenyataan-kenyataan para pemimpin Umno yang menghina Allah dan Islam melalui penghinaan mereka terhadap undang-undang Islam.

"Para pemimpin Umno patut bertanya diri sendiri, sebelum pihak mereka membuat pelbagai kenyataan yang menghina Islam, adakah orang-orang seperti Presiden MCA atau blogger lucah yang baru-baru ini ditangkap berani memperlekeh dan mempersendakan agama Islam?" Mahfuz mempersoalkan lagi.


DAP buat laporan polis terhadap Muhyiddin Yassin


DAP hari ini membuat laporan di Balai Polis Jinjang berikutan kenyataan berunsur hasutan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

Laporan itu dibuat Pembantu Khas Ahli Parlimen DAP Segambut, Yew Jia Haur bersama jawatankuasa DAP cawangan Taman Segambut.

Beliau menegaskan polis harus melakukan siasatan terhadap Muhyiddin kerana mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan keharmonian agama.

“Laporan polis itu dibuat untuk menggesa Muhyiddin disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 4 Akta Hasutan 1948.

“Walaupun kita kurang optimis polis akan menyiasat terhadap Muhyiddin tapi sekarang kes ini sudah dibuka, jadi kita harap polis akan menjalankan tugas mereka,” katanya yang juga Ketua DAP Cawangan Taman Segambut pada sidang media selepas membuat laporan polis.

Laporan itu dibuat berdasarkan kenyataan Muhyiddin pada 31 Julai lalu yang menyatakan ‘umat Islam tidak menghina agama bukan Islam seperti Kristian dan Hindu, tetapi orang bukan Islam menghina agama kita’.

Kenyataan Muhyiddin dibuat sebagai respon kepada klip video Maznah Mohd Yusof, yang digambarkan menyambut Aildilfitri bersama tiga anjing peliharaannya.

Menurut Jia Haur, pihak polis mestilah berlaku adil dan tidak boleh memilih bulu untuk segera melakukan siasatan.

“Jika Maznah yang didakwa menghina agama terus disiasat, tindakan yang sama juga perlu dilakukan terhadap Muhyiddin mengikut akta yang sama.

“Kenyataan Muhyiddin itu bukan saja berbaur hasutan, malah merupakan serangan terhadap penganut agama lain di Malaysia, jadi tidak ada sebab mengapa beliau tidak boleh disiasat.

Jia Haur juga menegaskan kenyataan Muhyiddin itu juga mengelirukan kerana menyamakan Maznah dengan apa yang dilakukan Alvin Tan dan Vivian Lee sebelum ini.

Muhyiddin juga seolah-olah tidak tahu bahawa Maznah adalah seorang Muslim.

Ketua DAPSY Kepong, Ng Wei Kong menambah, kata-kata sedemikian tidak seharusnya dikeluarkan oleh orang yang berkedudukan tinggi dalam kepimpinan negara.

“Beliau perlu mewujudkan keharmonian dengan menjadi pemimpin untuk semua, bukannya membuat kenyataan seperti itu dan harus berfikir daripada perspektif Malaysia, bukan hanya perspektif Islam semata,” ujarnya.
-Roketkini.

2 ulasan:

Amuraria berkata...

parti pandi kutty paling perkauman cakap pasal perkauman & perpaduan dengan licik menghasut pula? ABU jangan lupa !

Tanpa Nama berkata...

Mr. Muhiyiddin apa isu kau nak bangkitkan ni mengenai jurulatih Islam latih Anjing??? Anjing boleh orang Islam latihlah BODOH kalau tidak kenapa Daging yang diburu dengan anjing buruan kita masih boleh makan cuma kita perlu samak daging atau bahagian gigitan anjing tersebut. Tak caya?? Please refer Ustaz UMNO yang kini berada di tempat kau orang.