Penaung Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Tengku Ibrahim Sultan Ismail melahirkan kebimbangan dengan penularan jenayah senjata api di negara ini.
Katanya, jika jenayah melibatkan penggunaan senjata api tidak dibendung Malaysia akan menjadi seperti “cowboy town” (bandar koboi).
Menurutnya, kes jenayah bunuh bersenjata api semakin menjadi-jadi dan tidak terkawal memerlukan perhatian serius pihak polis.
“Tapi sedihlah, dulu kita tidak pernah dengar perkara-perkara ini berlaku dan kita orang Islam jauh dari berlaku perkara-perkara yang macam ini.
“Sebelum ini, tidak berlaku banyak sangat kes tembak senjata api. Ini setiap hari berlaku dan tidak terkawal. Dulu berlaku di Kuala Lumpur sahaja, sekarang boleh berlaku di mana-mana sahaja dan ini patut dibendunglah.
“Malaysia ini sekarang sudah jadi ‘cowboy town’ bila I tak suka U, upah orang tembak,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Tengku Ibrahim juga mahukan agar sempadan Malaysia-Thailand dikawal sebaik mungkin supaya kemasukan senjata api dapat dibendung.
Bahkan, kata beliau, apa yang lebih membimbangkan bukan sahaja berlaku penyeludupan senjata api tetapi terdapat urusniaga menyewanya. -HD
TERBARU: Kediaman Bekas Pegawai Tinggi Polis Dipecah Masuk
Polis menahan lima pekerja binaan rakyat asing bagi membantu siasatan kejadian pecah masuk rumah bekas pengarah polis Bukit Aman bergelar Datuk di Seksyen 19 di sini, Ahad.
Kesemua suspek berusia antara 22 dan 37 tahun itu ditahan di tapak pembinaan rumah teres dua tingkat, yang terletak kira-kira 10 meter dari rumah teres dua tingkat milik bekas pegawai kanan polis itu.
Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk A. Thaiveegan berkata mangsa menyedari kediamannya dipecah masuk sejurus tiba di rumah selepas menziarahi saudaranya di Ipoh, Perak, kira-kira 5.30 petang.
"Mangsa meninggalkan rumah pada Sabtu lepas, namun selepas pulang ke rumah petang semalam, mangsa menyedari kediamannya berselerak dan empat bilik tidur di tingkat atas telah diselongkar.
"Siasatan mendapati beberapa barangan milik bekas pengarah itu turut hilang termasuk pingat kurniaan, jam tangan, barang kemas dan komputer riba," katanya kepada pemberita selepas majlis memasang Jalur Gemilang pada kenderaan peronda polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Isnin.
Berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis dan kelima-lima lelaki tanpa dokumen perjalanan diri itu ditahan beberapa jam selepas laporan dibuat.
Siasatan forensik polis di lokasi kejadian menemui sembilan kesan cap jari pada tingkap hadapan rumah berkenaan, katanya.
Terdahulu pada majlis itu, beliau menyerahkan 800 helai Jalur Gemilang untuk dipasang pada semua kenderaan peronda polis Kontinjen Selangor bagi menaikkan lagi semangat patriotisme di kalangan anggota polis. - BERNAMA
3 ulasan:
Tak jadi bandar cowboy mcm mana,lihat saja kes Altantuya. Siapa tertuduh yg telah dibebaskan? C4 yg digunakan dapat kat mana? Sebelum ni siapa pula penjenayah mata lebam? Nak harapkan siapa lagi? Hakim mahkamah? Entahlah.
kahkahkahkah bagi la lagi pada bapak setan barisan siong nal yg perintah, lagi lama perintah lagi banyak jenayah,,kahkahkah syabas pd penyokong dn pengundi Barisan SiongNal nih,,,,kahkahkahkah macam sial,,,,,
esok mak bapak anak bini yg kene tembak padan la muke korang,,,kahkahkahkah
Biasalah kalau guna APCO sebagai rujukan bukan guna Al - Quran dan hadis. Hanya guideline dari Al - Quran dan hadis boleh mengurangkan kadar jenayah, kerana Al - Quran dan Hadis tetap menyuruh kita melaksanakan hukum hudud tak kira lu Anak Menteri, CEO, Anak PM, mahupun Keluarga Kerabat Diraja (Kerana Allah S.W.T adalah Raja Seluruh Alam.
Tapi kalau guna APCO orang tak bersalah kena hukum. Penjenayah pula kena beri layanan VIP kerana Salah satu agenda FREEMASON adalah memporak - poranda kehidupan masyarakat. Tak caya FREEMASON ada agenda nak memporak - poranda kehidupan masyarakat? Beli buku dan carilah sendiri. Saya yakin anda tahu nanti pemilihan UMNO sebagai pemerintah memangpun sudah lama dirancang oleh ahli FREEMASON.
Catat Ulasan