6 Ogo 2013

Elak Bil Telefon Bimbit Anda Melambung, Jangan Aktifkan "Data Roaming"

Saya terkejut apabila saya mendapat bil seperti itu kerana saya hanya memeriksa e-mel saya semasa makan tengah hari dan makan malam ketika berada di sana.

Syarikat telekomunikasi berkata ia disebabkan data roaming saya sentiasa diaktifkan. Walaupun bil saya telah diselesaikan oleh syarikat, saya rasa ia sangat tidak patut," katanya.

Seorang pengguna telefon pintar telah berada di Timur Tengah selama 12 hari dan telah menerima satu 'kejutan' bil telefon berjumlah RM122,703 untuk khidmat 'data roaming'.

Satu lagi kes berlaku untuk perjalanan selama empat hari ke Singapura dan pengguna dikenakan caj sebanyak RM23,000 kerana memeriksa e-mel dalam tempoh tersebut.

Justeru, anda perlu berhati-hati dengan penggunaan telefon pintar.

Melayari Internet di telefon bimbit semasa di luar negara boleh menjadikan bil anda melambung tinggi.

Jika tidak berhati-hati, ia boleh berakhir dengan caj data yang dikenakan melebihi harga sebuah kereta.

Nama-nama besar juga tidak terkecuali berdepan situasi ini.

Seorang "mangsa" yang dikenakan caj yang tinggi adalah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, yang menerima 'bil kejutan' selepas perjalanan yang singkat ke Indonesia.

"Saya hanya menggunakan 'data roaming' selama beberapa minit sehingga akhir penginapan saya tetapi saya telah dikenakan bil sejumlah RM4,500 untuk itu," katanya kepada The Star.

Menurut Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM), aduan terhadap syarikat telekomunikasi meningkat dalam tempoh dua tahun lepas, dengan caj data mudah alih dan caj 'data roaming' menjadi rungutan utama.

Pengarah CFM Ahmad Izham Khairuddin menambah: "suatu ketika dulu aduan kebanyakannya mengenai liputan yang buruk, tetapi telah berubah sejak 2011."

CFM ditubuhkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia pada tahun 2001.

Dalam kes yang melibatkan pengadu dengan bil berjumlah RM122,703, CFM menjadi pengantara dan pengguna telah diberi diskaun sebanyak 88 peratus, dengan rebat 10 peratus dan peraturan pembayaran separa.

Pengadu, bagaimanapun, masih belum bersetuju dengan penyelesaian tersebut.

Dalam kes lain, Sara Kamal (bukan nama sebenar), 45, mengadu bahawa dia telah dihantar bil berjumlah RM23,000 selepas menggunakan servis 'data roaming' selama empat hari semasa perjalanan urusan perniagaan ke Singapura pada tahun 2011.

"Saya terkejut apabila saya mendapat bil seperti itu kerana saya hanya memeriksa e-mel saya semasa makan tengah hari dan makan malam ketika berada di sana.

Syarikat telekomunikasi berkata ia disebabkan data roaming saya sentiasa diaktifkan. Walaupun bil saya telah diselesaikan oleh syarikat, saya rasa ia sangat tidak patut," katanya. -PBO

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dalam hal ni syarikat telekomunikasi yang salah kerana gagal menyekat penggunaan yang di luar kebiasaan.

Kalau di Malaysia jika bil kita melebihi had maksimum kita akan disekat daripada menggunakan khidmatnya.

Apabila kita berada di luar negara, syarikat telekomunikasi di Malaysia cuma mendapat maklumat mengenai jumlah penggunaan kita dalam tempoh beberapa hari selepas penggunaan tersebut. Alasan ini digunakan oleh syarikat telekomunikasi untuk menjawab segala rungutan pelanggan.

Sepatutnya mereka memikirkan kaedah supaya akaun kita disekat jika melebihi had maksima penggunaan supaya kedua dua pihak tidak menanggung kerugian.

Tanpa Nama berkata...

baru tahu ke Data roaming tu akses internet?????? dah lama dah...

Tanpa Nama berkata...

This is what we call monkey business

Amuraria berkata...

patut SKMM proaktif memantau agar syarikat telekomunikasi tidak 'sembelih' penguna dengan undang undang yang adil! banyak aduan hanay maam lepas tangan saja , ABU jangan lupa !

Tanpa Nama berkata...

Well ini adalah kesilapan diri kita sendiri kerana tidak off internet pada telefon pintar. Remember off internet di telefon pintar bukan semudah tekan x lepas tu tutup seperti komputer. Ensure you punya data roaming ditutup sepenuh dengan check internet setting di handphone sama ada masih on lagi atau tidak. Kalau ragu - ragu, disarankan matikan dahulu handphone untuk beberapa minit lepas buka semula handphone supaya semua data roaming dapat ditutup. Harap tips ini dapat membantu bagi mereka yang masih lagi tak tahu tapi most dah tahu dah sebenarnya.

Tanpa Nama berkata...

bukan fasal baru tahu! kadang2 orang terlupa roaming hp dia masih diaktifkan. cerita di atas nak mengingatkan pengguna lain supaya sentiasa berwaspada

awekaste berkata...

Salam

Pakailah internet prepaid negara yg terlibat jika berada diluar negara.

Wasalam

oranqtua berkata...

dasar lintah darat yng.menyedut duit rakyat marhaen demi mengkayakan kroni depa..nak caj orang ikut suka depa saja...
Yang nak gelak tu ada pulak menteri yang sepatutnya jaga kepentingan rakyat tapi teramatlah bangangnya dengan jawapan nanti "jangan pakai handphone" alahai menteri cap ayam...