Keputusan Mahkamah Pilihan Raya menolak petisyen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat atas alasan teknikal disifatkan sebagai tidak munasabah.
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tidak masuk akal hakim-hakim menggunakan alasan teknikal dan menolak fakta kes yang dikemukakan.
"Hakim tolak atas alasan teknikal yang kecil. Contoh petisyen yang kita kemukakan di Machang dan Selising ditolak kerana tidak difailkan oleh orang yang tidak terlibat.
"Alasan ini paling tidak munasabah kerana mana-mana kes pun peguam yang failkan kes. Fakta-fakta yang kita kemukakan terus diabaikan, sepatutnya beri ruang untu dibicarakan," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Tropicana, hari ini.
Beliau juga berkata, alasan tersebut hanyalah untuk menggagalkan usaha Pakatan memfailkan petisyen bagi membantah keputusan PRU13.
"Ini hanya muslihat untuk menggagalkan usaha Pakatan kemukakan petisyen," katanya yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.
Minggu lepas, calon PAS bagi Parlimen Titiwangsa, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi diperintahkan membayar RM40,000 kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan RM30,000 kepada lawannya apabila petisyennya ditolak di Kuala Lumpur.
Pada 23 Julai, petisyen yang difailkan oleh dua calon PKR dari Pulau Pinang - Abdul Halim Hussain (bagi kerusi DUN Teluk Bahang) dan Muhammad Baktiar Wan Chik (bagi kerusi Parlimen Balik Pulau) ditolak oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.
Kedua-duanya yang kalah kepada calon BN dalam pilihan raya umum lalu, diperintah membayar kos iaitu Abdul Halim RM10,000 dan Muhammad Baktiar RM30,000 kepada lawan mereka, pegawai pengurus piihan raya dan SPR.
Hakim Hadariah Syed Ismail mengeluarkan perintah itu kepada kedua-duanya kerana gagal mematuhi peruntukan di bawah Peraturan Petisyen Pilihan Raya 1954.
Manakala lawan calon PKR bagi Parlimen Batu, Tian Chua, calon dari BN Dr Dominic Lau, yang ditolak petisyennya, diperintahkan membayar RM50,000 kepada Tian, selepas peguam calon PKR bertegas mengenainya dalam prosiding mahkamah. -HD

2 ulasan:
Amat diharapkan hakim yang muslim dapat menjalankan amanah rakyat dan negara dengan jujur , ikhlas dan yang paling penting KERANA ALLAH SWT. kerana apa jua amalan / kerjabuat semasa hidup didunia sememangnya akan diadili di Mahkamah ALLAH nanti. Berdosa dengan 1 atau 2 orang , mungkin boleh di cari jalan supaya dimaafkan TETAPI berdosa dengan kebanyakkan rakyat , fikir-fikirkan lah............... UNTUK INGATAN BERSAMA " sesungguhnya mati itu benar , soal munkar nakir itu benar , siksa dalam kubur itu benar ........syurga neraka juga BENAR , dan mencapai umur bersara / pencen itu juga adalah benar " SAMA-SAMA KITA INGAT MENGINGATKAN.
Sesungguhnya telah di telah dan disangka bahwa 90 petisen akan di tolah.
Untuk DSAI saya mengucapkan syabas, selamat berjuang, selamar berpuasa semoga dapat memberi perhatian kepada pembangunan PKR khususnya dan PR amnya.
Mari perkasakan diri untuk PRU14, saya mungkin tak sempat, namun semangat perjuangan terus bersama anda semua.
Catat Ulasan