Pemuda PAS mendesak siasatan menyeluruh dibuat mengenai satu percubaan bunuh terhadap pengerusi NGO anti Jenayah MyWatch, R Sri Sanjeevan.
Ini berikutan dakwaan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bahawa percubaan bunuh terhadap Sri Sanjeevan mungkin ada kaitan dengan pendedahannya baru-baru ini mengenai dakwaan penglibatan anggota polis dalam sindiket jenayah.
Setiausaha Pemuda PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil menganggap kenyataan Musa itu sebagai sesuatu yang serius.
“Jika benar dakwaan tersebut, ia bermakna ada beberapa pihak yang ‘merasa panas’ dengan pendedahan Sri Sanjeevan sehingga tergamak mengambil pembunuh upahan menembak beliau.
“Soalnya, siapakah yang berusaha membunuh beliau dan siapakah pula dalang yang mengarahkan beliau dibunuh?” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Khairul Faizi menambah, individu berprofil tinggi seperti Sri Sanjeevan sepatutnya dilindungi daripada sebarang cubaan jenayah terhadapnya.
Keberanian wajar dicontohi
Beliau katanya, menghadapi risiko dibunuh ekoran keberaniannya mendedahkan bahawa pegawai polis sendiri terlibat dengan jenayah.
Keberanian beliau wajar dicontohi dan seharusnya banyak pihak lain sanggup ke tengah dalam menegakkan kebenaran tanpa mempedulikan risiko yang bakal diambil, katanya lagi.
“Pendedahan beliau dan jenayah yang berlaku ke atasnya pastinya menggemparkan negara. Cubaan bunuh ke atas beliau menunjukkan bahawa ada beberapa kes besar yang boleh memeranjatkan melibatkan individu atau pihak tertentu cuba untuk dilenyapkan.
“Mungkin beliau memiliki rahsia besar yang perlu disingkapkan bagi pengetahuan umum,” katanya.
Bagaimanapun, Pemuda PAS mengharapkan penjenayah terbabit segera ditangkap untuk dihadapkan ke muka pengadilan.
Menurutnya, kejadian ke atas Sri Sanjeevan menunjukkan jenayah membunuh menggunakan senjata api adalah sesuatu yang serius dan Malaysia sudah tidak boleh dianggap selamat. -FMT
Suspek tembak disyaki kenalan Pengerusi MyWatch, kata KPN
Suspek yang disyaki terbabit dalam kes cubaan membunuh Pengerusi MyWatch, R Sri Sanjeevan dipercayai kenalannya sendiri.
Mengikut laporan Free Malaysia Today (FMT), Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata siasatan awal membawa kepada petunjuk yang mengejutkan.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut berikutan siasatan sedang dijalankan dengan diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah.
Mangsa sedang memandu kereta BMW kelabu di satu persimpangan di Bahau, Jempol sebelum dihampiri dua lelaki bermotosikal yang kemudian melepaskan tembakan.
Sebelum kejadian itu, Sanjeevan ada membuat laporan polis mengenai ancaman nyawa terhadapnya.
Mangsa dikatakan merancang membuat pendedahan berkaitan dakwaannya mengenai sebahagian pegawai polis terbabit dalam sindiket jenayah berat.
Pada masa ini, Sanjeevan masih dirawat di hospital dan keadaannya dilapor stabil. -TMI
ULASAN GB
KPN, Khalid Abu Bakar begitu cepat mengumumkan kematian Sanjeevan dengan menyatakan suspek yang disyaki terbabit dipercayai kenalannya sendiri.
Kepantasan itu seperti mahu cepat-cepat menutup dakwaan mengenai penglibatan anggota polis dalam sindiket jenayah.
Begitulah hukum kebenaran dan keadilan berjalan di mana pihak yang bersalah akan tersasul sendiri dengan tindakan dan kenyataannya.
Jawapannya lebih kurang di dalam kes pembunuhan Altantuya....
Siapa yang bunuh Altantuya...?
Siapa dalang yang suruh Altantuya dibunuh..?
2 ulasan:
siapa bawak tilam? tilam siapa?siapa mata kasi lebam?siapa tembak dan tembak siapa? malaysia negara aman jenayah terendah ! ABU jangan lupa !
Nak tau telahan KPN tu betul atau tidak, sama2 kita tunggu sebaik shj mangsa sedar & boleh bercakap. Dia pasti kenal siapa yg menembaknya, jika benar penjenayah itu kenalan rapat beliau. Harap2 KPN tak tersasul mengeluarkan kenyataan awal.
Catat Ulasan