3 Jul 2013

Ini Apa Cerita? Saman AES Ditangguh, Kompaun Diteruskan!


Teresa Kok hairan saman AES ditangguh, kompaun diteruskan

KUALA LUMPUR, 3 JULAI: Tidak sangka, rupa-rupanya dalam diam kerajaan Barisan Nasional (BN) meneruskan pelaksananaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) walaupun Peguam Negara menangguhkan pendakwaan terhadap pesalah AES.

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok kecewa dan hairan dengan cara pentadbiran caca-marba BN melalui Kementerian Pengangkutan.

“Menteri Pengangkutan hari ini menyatakan AES masih dilaksanakan di 14 lokasi yang sedia ada,” kata Teresa.

Menurut beliau, sebaik sahaja Peguam Negara mengarahkan penangguhan pendakwaan terhadap pesalah AES, ramai rakyat negara ini menganggap pelaksanaan AES turut ditangguhkan.

“Memandangkan pelaksanaan AES telah mendapat tentangan hebat daripada pemandu kereta dan mencetuskan begitu banyak masalah, saya minta Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menghentikan dan mengkaji semula pelaksanaan AES di seluruh negara demi slogan Rakyat Didahulukan,” kata Teresa di Parlimen, semalam..

Bagaimanapun, Hishammuddin ketika menjawab pertanyaan itu memberitahu bahawa pemandu yang mendapat saman AES masih perlu menjelaskan kompaun walaupun pendakwaan bagi kes AES ditangguhkan.

Alasan Hishammuddin ialah kerana notis yang dikeluarkan kepada pesalah trafik dibuat mengikut peruntukan undang-undang.

Sehingga hari ini, terdapat 14 lokasi pemasangan AES di seluruh negara iaitu KM375.9, Lebuhraya PLUS – Slim River (arah ke utara); KM7, Jalan Maharajalela, Teluk Intan (arah ke Bagan Datoh); KM91, Jalan Ipoh – Butterworth (arah selatan); KM26, Jalan Ipoh – Kuala Kangsar (persimpangan Kg Kerdah); KM85.5 Jalan Ipoh – Kuala Lumpur (arah selatan); KM 204.6, Lebuhraya PLUS – Taiping (arah utara); Jalan Pasir Putih, Ipoh (persimpangan Jalan Temenggung, Jalan King); Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur (persimpangan Jalan Sepadu); Jalan Ipoh, Kuala Lumpur (persimpangan Jalan Perhentian, Sentul); KM6.6 SKVE (Puchong ke Kajang); KM301.6 Lebuhraya PLUS – Kajang (arah ke utara); Jalan Lebuh Sentosa, Putrajaya (Kajang menuju ke PICC); Jalan Persiaran Timur, Putrajaya (PICC menuju Kajang); dan KMD7.9, Sungai Besi, Kuala Lumpur (arah selatan).

Pelaksanaan AES pernah menimbulkan kontroversi sehingga sekarang kerana syarikat yang menguruskan sisitem itu turut sama mendapat sebahagian daripada kompaun yang dibayar pesalah trafik. -Roketkini


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

AES satu hal yang kita sedia maklum. Ini timbul pula " e-plat " yg dianggarkan buat masa ini harganya RM150.00 / plat x 20 juta kenderaan untuk mengkayakan kroni BN. Justifikasi e-plat yg diwarwarkan sekarang untuk mengesan kecurian kenderaan. Jika rakyat akur terlaksanalah projek ini dan anda semua kena ingat pesanan saya ini..... e-plat INI SATU LAGI SISTEM BOLEH MENGESAN KELAJUAN KENDERAAN fungsinya mcm snart tag di plus. Alat pwngesan e-plat mungkin dipasang bwh jambatan di lebuh raya.