14 Jul 2013

Bekas Dekan Universiti Al-Azhar Kecam Ahmad Toyyib Yang Mengasingkan Diri Di Rumah


Bekas Dekan Fakulti Dakwah Universiti Al-Azhar, Dr.Abdullah Barakat (gambar) melahirkan kehairanan beliau dengan krisis elektrik dan petroleum Mesir dilihat berakhir beberapa jam selepas kenyataan tentera merampas kuasa dikeluarkan.

Beliau yang berucap di pentas utama dataran Rabaah selepas solat terawih pada malam kedua kemudian bertanya, "Adakah Dr.Muhammad Mursi ataupun Ikhwan yang 'menelan' minyak sehingga berlaku krisis sebelum ini?"

Beliau turut menegur Syeikh Al-Azhar Dr.Ahmed Toyyib yang membuat keputusan untuk "tidak akan keluar rumah sehingga kemelut negara berakhir". "Tidak memadai bagi beliau untuk berdiam diri di rumah, bangkitlah dan keluar sambil menyatakan kemarahan terhadap apa yang berlaku." -fb PMRAM


Syeikh Al Azhar Pergi ke Pengasingan Sehingga Kekerasan Mesir Berakhir



Syeikh Al Azhar, Ahmad Ath- Thayyib menyatakan pada awal minggu ini bahawa ia pergi ke “pengasingan” sehingga kemelut yang melanda Mesir berakhir setelah lebih dari 50 orang terkorban dalam serangan di luar bangunan Kawalan Republik, demikian dilaporkan Al Arabiya Isnin 8 Julai 2013.

Syeikhul Azhar mengatakan dia akan “tetap berada di pengasingan di rumahnya sehingga semua pertumpahan darah berakhir di Mesir dan pihak-pihak di sebalik kejadian itu mempertanggung jawabkan atas tindakannya,” lapor Reuters.

Syeikh Al Azhar Ahmad Ath Thayyib adalah salah seorang kunci yang berunding dengan pihak tentera yang memberikan pengesahan dari pihak lembaga Islam untuk penggulingan tentera ke atas Presiden Muhammad Mursi, Rabu lalu. Dari kalangan agama Kristen Koptik adalah Paus Theodorus II.

Ia memperingatkan perang sivil dan menyerukan period peralihan yang dimulai setelah pemecatan presiden pada minggu lalu perlu dibatasi maksimum sehingga enam bulan.

Pernyataan Ath Thayib itu diungkapkan beberapa jam setelah terjadi serangan pasukan kselamatan ke atas pendukung presiden Muhammed Mursi yang mengorbankan sekurang-kurangnya 51 orang , dan 453 orang cedera parah.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mari semua masjid dan surau adakan sholat hajat supaya Allah beri kemenangan pada ihkwan muslim.Ini ada lah perang salib, kita harus berjihat menentang rejim tentera Mesir yang di peralatkan oleh America.

Tanpa Nama berkata...

Di Selangor ada krisis air yang melibatkan Syabas tetapi kerajaan PR masih utuh. Cara mudah untuk memainkan emosi rakyat ialah dengan mengganggu utiliti seperti air, elektrik, minyak dll