11 Jun 2013

[VIDEO] PR Kemuka 25 Petisyen Parlimen (PKR 18 PAS 4 DAP 2)


Pakatan Rakyat akan memfailkan 25 petisyen bagi kawasan parlimen di seluruh negara dalam masa terdekat.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pasukan #SiasatPRU13 Rafizi Ramli dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

Dari jumlah itu, 19 petisyen akan dikemukakan oleh PKR, empat PAS dan dua oleh DAP.

"Bagi kerusi Bagan Datok, selain petisyen pilihanraya, satu petisyen berasingan difailkan berhubung kesalahan calon BN, Datuk Seri Zahid Hamidi melanggar had perbelanjaan RM200,000 yang dibenarkan untuk sesuatu pilihanraya," katanya.

Rafizi yang juga Pengarah Strategi PKR berkata, ianya menjadikan 25 petisyen akan dikemukakan bagi 24 parlimen kesemuanya.

Sementara itu beliau turut memaklumkan Pakatan Rakyat juga memfailkan 10 petisyen pilihanraya bagi kerusi Dun di seluruh negara.

Dari jumlah itu, sembilan Dun adalah yang ditandingi PAS dan satu Dun yang ditandingi PKR.

Pada masa sama tegasnya, beberapa tindakan undang-undang juga akan diambil termasuk memfailkan saman Pengerusi SPR, Timbalan Pengerusi SPR dan ahli-ahli SPR diatas kegagalan melaksanakan dakwat kekal.

Selain itu, Pakatan juga akan memfaikan petisyen menuntut mahkamah menyemak senarai pengundi yang dicemari pengundi hantu di Sabah berdasarkan keterangan yang dibuat di Suruhanjaya Diraja setakat ini dan kajian dalaman PKR.

Pada masa sama, mereka juga akan mengambil tindakan undang-undang bagi mengisytiharkan pindaan Seksyen 9A yang menghalang kesahihan daftar undi dicabar dimahkamah bertentangan (ultra vires) dengan Perlembangan.

"Pasukan PKR yang akan memulakan tindakan undang-undang ini akan diketuai oleh Prof Dr Aziz Bari, pakar perlembagaan," kata Rafizi.

Berikut adalah kawasan parlimen yang terlibat dengan petisyen:

Difailkan oleh PKR

1. P014 Merbok
2. P018 Kulim Bandar Baru
3. P026 Ketereh
4. P029 Machang
5. P053 Balik Pulau
6. P072 Tapah
7. P075 Bagan Datok
8. P075 Bagan Datok (petisyen perbelanjaan melebihi RM200,000)
9. P092 Sabak Bernam
10. P118 Setiawangsa
11. P140 Segamat
12. P144 Ledang
13. P146 Muar
14. P158 Tebrau
15. P159 Pasir Gudang
16. P168 Kota Marudu
17. P177 Beaufort
18. P182 Pensiangan
19. P220 Baram

Difailkan oleh PAS

1. P093 Sungai Besar
2. P096 Kuala Selangor
3. P119 Titiwangsa
4. P161 Pulai

Difailkan oleh DAP

1. P078 Cameron Highlands
2. P142 Labis


6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dari jumlah angka pun kita dapat nilai siapa yang buat ground work dan siapa tak buat. Antara PKR dan PAS, PAS yang banyak sekali kerusi di pertandingkan, cuba bayangkan hanya 4 kerusi sahaja yg di bawa petisyen. Aku sendiri orang PAS tapi aku sendiri rasa malu dengan tindak-tanduk pemimpin2 yang lemah. Contoh mcm kenyataann Ustz Harun yg minta jgn ada ahli PAS turut serta dlm perhimpunan Blackout 505 pd 15Jun.
Malah serupa juga seperti Nik Abduh...aduhh...Pandai2 mereka cipta andaian kekalahan PR kerana janji manis. Inilah yang di katakan "sense" deria memahami. Langsung tidak ada pada Top2 Leader PAS. Hanya Mat Sabu, Husam, Salahudin Ayub, Mahfuz, Khalid Samad dan Mujahid Yusuf Rawa yang kita nampak pandai menggunakan peluang serta membatasi antara Islam dan bukan Islam. Zaman sudah berubah, jadi paradigma pendekatan juga perlu berubah.


Man Laksa.

SUDUT PAK DIN berkata...

tak malu kah menang cara menipu, bagi keluarga makan duit tak halal.walaupun lagak macam alim tapi menipu untuk menang adalah sahabat setan.Dunia punya pasal sanggup kerana pangkat dan harta yang Allah tak pandang di akhirat nanti.Bertaubat lah saudara Islam ku, kamu telah tertipu oleh nafsu setan.

Malas nak taruk nama berkata...

sikitnya petisyen yg dibuat PR...25 kerusi parlimen aje...89 tambah 25=114 kerusi, majoriti tipis giler macam tu...PR ni sebenarnya nak menang ke nak kalah ni sebetulnya???

Carlos Santiago berkata...

kalau menang 25 kerusi tu pun, PR masih belum boleh memerintah lagi. heemmm... ke tempat yg PKR kalah sbb ada PAS tu, salah sorang nk lompat parti? tapi belum cukup juga

Tanpa Nama berkata...

carlos,

macamana awak kira?
Jika semua 25 petisyen PR menang ini bererti
BN (133 -25) = 98
PR (89 + 25) = 104

Jadi PR memerintah jika 25 petisyen itu berjaya.

Tanpa Nama berkata...

Ko reti kira ke tak?