MMenyifatkan tindakan menghalangnya memasuki Sabah sebagai “penahanan anti demokratik”, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar akan mengambil tindakan perundangan terhadap kerajaan negeri barisan nasional (BN) Sabah atas tindakan mereka di mahkamah.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu bagaimanapun menegaskan, beliau tidak mempersoalkan undang-undang di negeri Borneo berkenaan, sebaliknya hanya menuntut kerajaan pimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman mengemukakan sebab-sebab kukuh larangan yang dikenakan terhadapnya.
“Sekiranya saya dianggap mengancam keselamatan warga Sabah, maka kemukakan rasional serta penjelasan atas dakwaan tersebut,” katanya kepada pemberita ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.
“Sebagai seorang Ahli Parlimen Malaysia, dan warganegara Malaysia, tindakan menyekat kemasukan yang tidak rasional dan bersebab ini merupakan salah guna kuasa yang melampau dan cukup anti-demokratik,” tegasnya lagi.
Beliau yang tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu pada petang Khamis bagi tujuan menyambut Pesta Kaamatan telah ditahan dan seterusnya dihantar pulang ke Semenanjung.
Pemimpin muda Pakatan Rakyat (PR) itu juga tidak menolak kemungkinan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim turut dihalang daripada memasuki negeri berkenaan.
“Atas sebab kerahsiaan, permintaan saya untuk mendapatkan nama-nama pemimpin PR lain yang dihalang tidak dibenarkan.
“Saya percaya Datuk Seri Anwar Ibrahim juga akan dihalang memasuki Sabah,” katanya kepada pemberita.
“Saya sudah berbincang dengan YB Darrell Leiking, ahli Parlimen Penampang untuk ambil tindakan undang-undang terhadap Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman di Kota Kinabalu,” katanya, dan menambah,”sampai bila saya dilarang?”
Beliau menegaskan, PKR juga akan menghantar surat rasmi kepada Pejabat Ketua Menteri Sabah bagi menuntut penjelasan dan menggesa mereka kemuka kepada umum senarai nama pemimpin PR yang dihalang, supaya rakyat tahu apa sebabnya mereka mengancam keselamatan Sabah.
Insiden berkenaan turut mendapat reaksi negatif daripada pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah, iaitu ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin, yang menganggap keputusan kerajaan negeri perlu diubah segera sekiranya tiada alasan kukuh untuk mereka melakukan sedemikian.
“Jika tiada alasan kukuh untuk sekatan ke atas Nurul, dan menjadi yang benar-benar adil dan memberikan keadilan, keputusan itu harus diubah segera,” kata ahli majlis tertinggi Umno itu dipetik The Star Online.
Beliau meminta supaya rakyat diberikan penjelasan daripada kerajaan negeri Sabah mengenai kenapa Ahli Parlimen Lembah Pantai itu dihalang masuk pada petang Khamis.
“Pihak berkuasa perlu mengeluarkan kenyataan yang kukuh dan diterima.
“Saya tidak melihat Nurul sebagai satu ancaman kepada negeri Sabah atau pun rakyat Sabah,” kata Bung.
Nurul Izzah turut melahirkan kekecewaan dan menggesa isu keselamatan negara dan persempadanan tidak boleh sama sekali dipolitikkan.
“Malang, tindakan menghalang saya daripada masuk ke Negeri di Bawah Bayu ini berlaku di kala Sabah berhadapan dengan kebolosan sempadan - termasuklah pengeluaran kad pengenalan secara haram seperti yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Siasatan DiRaja Sabah.
“Seharusnya tumpuan kerajaan negeri adalah mengawal selia masalah kebolosan yang mendesak ini, bukan menyalahgunakan kuasa dengan menafikan hak demokrasi dan aktiviti politik pimpinan Pakatan Rakyat demi mempertahan kedudukan Umno mahupun BN.”
Justeru itu, jelas beliau isu keselamatan dan kedaulatan negara sepatutnya tidak diperlekehkan dengan menjadikan ia alat politik menindas rakyat.-TMI
6 ulasan:
Apa kah Sabah ini berada di dalam Malaysia atau di luar Malaysia sehingga boleh menyekat rakyat Malaysia sendiri untuk bergerak bebas memasukinya.ATAU mungkin ada sekatan baru yg menyekat pemimpin-pemimpin dari PAKATAN RAKYAT memesuki negeri-negeri yang di perintah UMNO BARISAN NASIONAL????? Ini undang-undang RIMBA namanya.
Ini zaman bila? Perlukah warga Malaysia dari semenanjung diperlakukan seperi warga asing di bumi Sabah dan Sarawak. Undang2 ini sudah lapok. Sabah Sarawak adalah Malaysia. Warga Malaysia sepatutnya bebas keluar masuk dalam negeri sendiri. Kepada Umno BN di Sabah... Negeri Sabah itu bukan Bapak Korang Yang Punya!!
Orang asing indonesia dan Filipin boleh masuk senang tapi orang semenanjung di soal. Kita tak pernah halau pemimpin dan rakyat Sabah/Serawak datang ke semananjung.hai pemimpin 2S iaitu Sabah dan Serawak orang u dah benci, cukup lah menipu dan mencuri selama ini.Orang u banyak berhijrah ke sini dan kami tak sekat.Tujuan sekat pemimpin pembangkang memang ada ajenda menbodohkan rakyat 2S. kami kesian melihat rakyat senegara hidup dalam kemiskinan yang ketara. Cuba tanya rakyat 2S yang berkerja di sini, itu lah cerita nya susah, susah dan susah.Jadi rakyat 2S mesti campakkan pemimpin yang tidak membenar pemimpin PR melawat ke negeri 2S.Dalam Islam yang miskin mesti bantu yang susah baru negara aman tenteram tak macam sendiwara sulu untuk menakutkan rakyat yang tentera asing nak ceroboh sabah dan dengan menyokong nya kita tak boleh di ceroboh.Hai ingat di malaysia ada jutaan warga asing yang sah dan haram. Jika 1000 mereka angkat senjata kan itu ancaman bagi kita.Soal warga asing mesti di atasi segera agar negara tak tergugat.Jangan nak kaya cepat jadi agen warga asing masuk, nanti mereka membelot habis.Tak payah hantar tentera, bekal senjata habis lah Malaysia.
Cerita Sabah menyayat hati, di hospital ibu bawa anak sakit lalu bila missi tanya apasal nangis.Ibu jawab Saya hanya ada seringgit dan ini lah tambang untuk balek dan anak menangis kerna lapar. Saya menagis mendengar cerita ini, mengapa di Sabah boleh jadi begitu. Jadi missi pun hulur dedikt bantuan dan cerita benar ini banyak berlaku di sabah.Hai pemimpin, rakyat sabah tak ramai mengapa jadi begini. Lu kaya rakyat derita. Islam tak suruh pemimpin menindas ini bukan cerita reka tapi cerita benar
Deme peduli apa....40 juta dah dpt...apa nak heran...yg patut kita heran ngapa org2 sana pilih bn ni
jika anda penyokong PR bermakna anda warga negara kelas Dua. ini lah difinasi dan resolusi yang diterapkan oleh UMNO/Bn. Maymar, bangla,dan macamx lagi Pati di anggap pejuang kerana mengundi UMNO/BN.
Catat Ulasan