1 Jun 2013

UMNO Terkuat? Najib, PM 47% Itu Tertipu & Menipu Dengan Ilusinya!


Najib: Umno muncul parti terkuat dalam PRU13

Umno kekal sebagai parti pilihan rakyat berdasarkan pencapaian parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lepas, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri berkata ini terbukti dengan kejayaan Umno menambah bilangan kerusi Parlimen daripada 79 pada PRU12 2008 kepada 88 pada pilihan raya kali ini.

"Jika dibandingkan dengan pembangkang, mereka mempunyai 89 buah kerusi, bererti Umno sebagai parti tunggal boleh menyamai gabungan parti pembangkang yang terdiri daripada tiga parti tersebut (DAP, PKR dan PAS)," kata Presiden Umno itu kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno hari ini.

Najib berkata prestasi Umno juga diukur berdasarkan kejayaannya merampas kembali Kedah dan Perak berserta bilangan undi yang diperolehi yang semakin bertambah.

"Mengikut kajian kita, lebih kurang 30 peratus peningkatan undi yang diberikan kepada Umno berbanding tahun 2008, katanya.

Justeru, Najib berkata Umno akan terus berjuang dengan memantapkan gerak kerjanya melalui beberapa penambahbaikan pentadbiran di peringkat ibu pejabat seperti dicadangkan oleh timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan.

Beliau berkata antara penambahbaikan tersebut ialah mewujudkan beberapa bidang pengkhususan sepenuh masa seperti penyelidikan dan latihan, media sosial dan bidang penerangan.

Beliau berkata penyusunan semula tersebut perlu bagi memastikan usaha, mesej dan segala keputusan daripada Majlis Tertinggi itu dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Menurutnya khidmat tenaga profesional sepenuh masa dan berdedikasi akan digunakan untuk melaksanakan tugas dan arahan majlis itu.

Sementara itu, Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pengumuman Najib mewujudkan pelbagai pengkhususan dalam memantapkan lagi parti itu akan menjadikan Umno lebih fokus untuk mendekati golongan muda.

"Ini merupakan tumpuan baharu parti kerana pada 2017 atau 2018 nanti (jika pilihan raya umum diadakan), dijangka hampir 2.5 juta pengundi muda, dan ini harus diberikan tumpuan bagi mendekati kumpulan berkenaan," katanya.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin pula berpendapat pewujudan pelbagai pengkhususan itu adalah cadangan yang tepat bagi memulakan usaha parti itu menghadapi pilihan raya umum ke-14.

"Kita pisahkan media sosial daripada penerangan, jadi kita akan memberi input untuk kaedah menjalankan kempen melalui media alternatif dengan lebih berkesan. Pemuda Umno akan menyumbang idea untuk memperkukuhkan bidang itu," katanya. - Bernama

Ulasan GB

Najib membnicarakan soal kerusi, lansung tak sentuh tentang undi.

Dengan penuh bangga beliau menyatakan "kejayaan Umno menambah bilangan kerusi Parlimen daripada 79 pada PRU12 2008 kepada 88".

Oleh kerana Najib berbicara tentang "kerusi" kita jawab dengan kerusi juga.

UMNO meningkatkan kerusinya daripada 79 kepada 88 katanya, TETAPI jangan terlepas pandang bahawa kerusi Barisan Nasional merosot 7 kerusi dari 140 (2008) kepada 133 (2013). Pakatan Rakyat yang dapat menambahkan 7 kerusi daripada 82 (2008) kepada 89 (2013)

Jadi peningkatan kerusi UMNO datang dari mana kalau bukan dari kalangan anggota BN sendiri iaitu MCA? MCA kalah teruk dengan kehilangan 8 kerusi iaitu daripada 15 (2208) kepada cuma 7 (2013).

Rumusannya? UMNO bertambah kuat dengan menambah kerusinya dengan mengkorbankan MCA!

Sokongan kaum India yang digembar-gemburkan telah kembali kepada BN juga palsu kerana MIC cuma menambah 1 kerusi sahaja iaitu dari 3 (2208) kepada 4 (2013).

Ditinjau dari sudut undi popular keadaannya bertambah buruk dan Najib lansung tak sentuh lansung mengenainya.

UMNO menerima sejumlah 3,241,286 (29.32%) undi popular, jauh lebih rendah daripada Pakatan Rakyat yang memperolehi 5,623,984 (50.87%).

UMNO parti terkuat?

Dengan jumlah undi popular yang diterima oleh UMNO sebanyak 3.2 juta itu, ia menyamai keahlian UMNO yang juga dikhabarkan seramai 3.2 juta. Ini bererti UMNO hanya menerima undi daripada ahlinya sendiri, menjelaskan kepada kita bahawa UMNO tidak layak untuk mewakili rakyat "Melayu" Malaysia kerana jumlah pengundi Melayu ialah 7.8 juta. Sejumlah 4.6 juta lagi pengundi Melayu tidak memilih UMNO sebaliknya memilih Pakatan Rakyat! Itu GB tak ulas pengundi bukan-Melayu yang masing-masing dah tahu, malah Najib sendiri akui, majoritinya sudah tidak mengundi BN!

Najib benar-benar sedang berilusi, tertipu dan hendak menipu rakyat Malaysia,,

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

analisa syok sendiri untuk lembu2 belaan nya saja!!!!hahaha

Tanpa Nama berkata...

Berkata benarlah walaupun pahit.

Tanpa Nama berkata...

Kajian Umcedel (Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya)dan badan penyelidik antarabangsa seperti MORI, sebulat suara mengistiharkan bahawa UMN@ adalah Parti terkuat berdasarkan pada PRU13. Ini berdasarkan pada laporan polis iaitu "blackout", "dakwat tidak kekal", "Banglasia" dan "Sorok peti undi", lebih menyakinkan lagi ialah kenyataan yg di buat oleh Barack Obama bahawa Umn@ parti terkuat di Malaysia....kerana kuat menipu.


Man Laksa.

Tanpa Nama berkata...

Aa. Teruskanlah menipu. Bagus tu. Kalau bleh, tolong bagi idea tambah lagi utk dia menipu. Kumpulan majoriti KERUSI ni memang gian menipu. Biarkanlah dia nak tipu ahli plak agar dia terus di atas. Zaman dah berubah. Lama2 orang pun x akan percaya mreka lagi.
Teruskan beri kesedaran pada rakyat Sabah dan Sarawak mulai sekarang. Yang benar akan berjaya dan yang salah akan terkubur.

Unknown berkata...

Betul..tu 3.2 juta tu pun hardcore saluran satu dan makcik felda. PRU 14 nanti 2.5 juta mengundi muda dijangka akan layak mengundi. Maka rasanya tamatlah........

Unknown berkata...

LAST BUT NOT LEAST "TERKUAT DALAM MENGHABISKAN HARTA MALAYSIA AKA HARTA RAKYAT"

Tanpa Nama berkata...

UMNO parti terkuat?
Terkuat KEPALA HOTAK !!!

Nih ... baca ni

Dengan jumlah undi popular yang diterima oleh UMNO sebanyak 3.2 juta itu, ia menyamai keahlian UMNO yang juga dikhabarkan seramai 3.2 juta. Ini bererti UMNO hanya menerima undi daripada ahlinya sendiri samada secara diGULA GULAKAN/SOGOK RASUAH POLITIK atau diUGUT, maknanya undi terpaksa
ada juga undi kesian. Mana ada undi ikhlas dalam umnO

Tak kesahlah itu urusan umnO

Yang rakyat kesah, ini....

Umum mengetahui bahawa umnO secara perundangannya adalah pertubuhan HARAM seperti KONGSI GELAP.
Suatu hakikat yang tidak dapat dinafikan, bahawa umnO mempunyai paling banyak cawangan yang TIDAK BERDAFTAR.
Ini sudah tak belaga dengan peratoran PENDAFTAR PERTUBOHAN. Maknanya UMNO pertubohan HARAM la tu.
Undi popular itu majoritinya datang dari AHLI KONGSI GELAP/HARAM.

Tetapi alat alat perkakas = apparatus = aparat = talibarot = BARUA yang bertugas menjaga kepentingan umnO HANYA nampak DAP menyalahi atoran pertubohan menjelang PRU13, walaupun akhirnya strategi MERUGIKAN umnO sehingga TERPAKSA antar surat nutral TENGAH MALAM BUTA.

Pertubohan HARAM (tidak berdaftar) yang menang ngundi HARUS DIPERTIKAI KREDIBILITInya - pekara ini harus dibawa ke mahkamah di Belanda.

Mengapa beratus cawangan umnO ujud secara TIDAK BERTAFTAR ??
Kerana ramai dari ahlinya ... HANTU
Hantu ini aktif terutama pada hari mengundi secara:-
Mengundi dua tiga kali
Pangkah kertas undi orang lain tanpa izin pemilik kad pengenalan sebenar
Hantu omor panjang melebihi 100 tahon
Hantu makan karan letrik semasa kiraan kertas undi
Hantu penjilat DA'AWAT TIDAK KEKAL
Hantu SEGERA/ Instand Ghost

Perkara sebegini sukar dilawan di mahkamah biasa, kerana kerja buat melibatkan hantu kena becara di MAHKAMAH HANTU juga

Oleh itu umnO kalau nak BERKOKOK, jeling jelinglah hujung ekor tuh kerana HAPAK BERGELUMANG TAHIK
UMNO tidak layak untuk mewakili rakyat "Melayu" Malaysia,
UMNO layak mewakili HANTU.........

Tanpa Nama berkata...


Negara ini bukan untuk UMNO dan bukan UMNO yang punya. Kalau UMNO yang punya dan hanya untuk UMNO, tak payahlah kutip cukai dari penyokong PAS, DAP dan PKR.

Hanya UMNO sendiri yang bolih cuba memujuk hati sendiri.Berjaya atau tidak, hanya UMNO sendiri yang tahu.

Yang jelas tetap jelas.