29 Jun 2013

KPN Perlu Letak Jawatan Untuk Kembalikan Keyakinan Umum Terhadap Polis

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hanya boleh mengembalikan keyakinan awam bahawa beliau tidak bersubahat dalam kematian tahanan dengan berlaku jujur dan menyatakan perkara sebenar disebalik kematian A Kugan dan 230 orang lain antara tahun 2000 sehingga Mei 2013 atau secara terhormat meletakkan jawatannya.

Ahli Parlimen DAP Bagan, Lim Guan Eng menyatakan demikian dalam kenyataan hari ini merujuk pada keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membuat keputusan bahawa Khalid bertanggungjawab ke atas kematian Kugan yang diseksa secara fizikal sewaktu soal siasat oleh pihak polis, 4 tahun lalu.

“Mahkamah telah memutuskan dalam sebuah saman sivil bahawa Khalid bertanggungjawab.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk VT Singham juga menyebut bahawa kecederaan yang dialami Kugan tidak mungkin dilakukan oleh seorang anggota saja dan pegawai-pegawai senior juga tidak boleh mengatakan mereka tidak tahu menahu,” katanya.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP turut mengecam Khalid yang tidak profesional dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai KPN sehingga menyebabkan berlakunya pelbagai kecuaian dibawah penguatkuasaan beliau.

“Khalid juga ditegur kerana cuba menutup dan mendiamkan kebenaran dengan mengelak daripada bertanggungjawab ke atas kematian Kugan pada Januari 2009.

“Mampukah Malaysia mempunyai seorang KPN yang sepatutnya mendaulatkan undang-undang tetapi telah diputuskan mahkamah sebagai seorang yang menutup dan mendiamkan kebenaran, cuai dan bertanggungjawab ke atas kematian dalam tahanan?,” katanya.

Beliau turut menempelak Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi yang tidak membuat sebarang tindakan berhubung salah laku malah lebih menyedihkan mempertahankan keganasan polis.

“VT Singham memutuskan supaya ibu Kugan, N Indra menerima bayaran sebanyak RM851,700 sebagai ganti rugi kesalahan menyerang, memukul, penahanan yang salah serta penderitaan dan kesakitan yang ditanggung.

“Namun Zahid Hamidi ketika sidang Parlimen menafikan bahawa keganasan polis adalah punca kematian dalam tahanan.

Zahid mengatakan bahawa 166 kematian adalah disebabkan penyakit seperti HIV, lelah, sakit jantung dan hanya 2 orang yang mati dalam tahanan.

Dakwaan ini sangat mengarut,” ujarnya.

Katanya lagi, Zahid seharus mengambil iktibar dari cadangan Mahkamah supaya menubuhkan Suruhanjaya Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) dengan segera.

“Badan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) milik BN ternyata tidak berkesan dalam menghalang salah guna kuasa dan kematian dalam tahanan.

“EAIC hanya sekadar boleh memberikan cadangan kepada badan disiplin sesebuah agensi penguatkuasaan setelah selesai siasatan, IPCMC sebaliknya pula boleh mendakwa dan menghukum anggota polis yang menyalahguna kuasa.

“Jika IPCMC tidak ditubuhkan segera, berapa ramai lagi yang mesti mati sebelum IPCMC diwujudkan?,” tegasnya.

-Roketkini

Ulasan GB

GB sudah ulas sebelum ini. Petikan:

Tan Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara yang baru amat terkenal dengan sikapnya yang "mesra UMNO BN". Sebarang aduan mengenai pemimpin Pakatan Rakyat akan segera disuruh siasat tetapi jika aduan mengenai pemimpin UMNO BN, sengaja dilengah-lengahkan malah lansung tiada siasatan.

Dengan keputusan hakim pada hari ini, KPN tersebut sewajarnya meletakkan jawatannya kerana beliau cuai di dalam mempastikan anak buahnya tidak menyalahgunakan kuasa disamping beliau sendiri, menurut keluarga Kugan cuba menyembunyikan punca kematian Kugan.

7 ulasan:

Unknown berkata...

prinsip Repodiate superior, maksudnya orang atasan adalah bertanggung diatas perilaku orang bawahannya, mempunyai fahaman yang subjective dan ini tak bererti kesalahyan yang diandaikan oleh setengah2 pihak mengatakan KPN mesti meletakkan jawatan adalah tidak wajar kerana hal ini harus di timbangkan dari pelbagai sudut

Tanpa Nama berkata...

Pokoknya. Sebelum ini budak kolid ni cuba menyembunyikan keganasan yg tlh dilakukan oleh anjing2 bawahannya.

Tanpa Nama berkata...

Teringat juga kepada arwah Amirulrasyid yang ditembak mati dikatakan penjenayah cilik tu........

Tanpa Nama berkata...

Datuk Ali Hashim, semasa seorang mamat nengalami mata lebam dalam tahun 1998, seorang ketua mengatakan mamat ini menghentuk kepalanya ke dinding. Tapi siasatan di Raja akhirnya buat keputusan mamat ini di lanyak oleh kpn. Wow macam mana ini. Baliklah kepada syariat Islam.

Tanpa Nama berkata...

Inilah akibat menolak hukum yang Allah tetapkan. Kalau tidak...mata ex KPN pun lebam juga. Apa nak jawab di youmulmahsyar nanti.

Tanpa Nama berkata...

Kalau kena kat keluarga Datuk Ali Hashim sendiri nak buat apa ya?

Tanpa Nama berkata...


Itu Datuk yg berkomen