3 Jun 2013

Ada Tarian Separuh Bogel Di Pusat Beli-belah Segamat


PAS Kawasan Segamat membantah sekeras-kerasnya penganjuran tarian separuh bogel oleh wanita-wanita yg dipercayai di bawa dari luar negara di sebuah pasaraya One Segamat pada 1 jun 2013 jam 8.30pm.

Tarian separuh bogel tersebut telah disaksikan oleh hampir 500 pengunjung yang membawa bersama mereka anak-anak kecil dan diadakan pula pada waktu puncak dan malam minggu.

"Kami amat menyesali penganjuran tersebut diadakan secara terbuka yang ternyata menyalahi tatasusila adat dan budaya masyarakat Malaysia," kata Haji Firdaus Masod, Yang Di Pertua PAS Kawasan Segamat dalam kenyataannya.

Rata-rata yang menyaksikan tarian separuh bogel tersebut merasa agak terkejut dengan hidangan yang dipersembahkan pada malam tersebut.

Mereka lantas mempersoalkan bagaimana pihak berkuasa boleh terlepas pandang membenarkan suatu penganjuran yang menampilkan aksi lucah di pertontonkan kepada umum di daerah Segamat ini.

Pihak peniaga juga merasa kurang selesa dengan penganjuran tersebut kerana bunyi lagu yang diperdengarkan terlalu kuat hingga menyukarkan mereka untuk berkomunikasi dengan pelanggan-pelanggan.

Dari sudut agama pula, PAS Kawasan Segamat kesal dengan apa yang berlaku pada malam tersebut kerana ianya secara terang-terangan adalah persembahan yang haram di sisi agama kerana pendedahan aurat yg melampau dan disaksikan pula oleh orang awam.

"Peristiwa ini jelas telah menghina agama Islam dan menghina institusi Islam di negeri Johor itu sendiri," kata beliau kesal.

Bagi beliau, tarian separuh bogel ala padang pasir yang menggayakan aksi lucah ternyata tidak boleh diterima di negara ini kerana ianya bertentangan dengan norma-norma masyarakat serta berdosa oleh semua yang terlibat samada penonton maupun penganjur itu sendiri.

"Justeru kami PAS Kawasan Segamat mendesak pihak berkuasa sama ada Majlis Daerah Segamat atau pun Pejabat Agama Daerah Segamat segera mengambil tindakan tegas terhadap penganjur dan wanita-wanita yang membuat persembahan lucah di khalayak ramai dengan menggunakan segala peruntukan undang-undang yg sedia ada.

"Kami percaya hanya dengan tindakan tegas daripada pihak berkuasa sahaja yang akan dapat menghalang perkara seumpama ini tidak lagi berulang pada masa hadapan.

"Kami berdoa semoga daerah Segamat ini dijauhkan dari bala bencana kerana jika Allah ingin menurunkan balanya ianya tidak memilih hanya kepada pelaku maksiat sahaja tetapi keseluruhan penduduk Segamat akan menerima musibahnya," katanya.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Syiok dibawah BN dapat tengok show macam ni, next tiger show on the street.
Next bersepah bayi di dalam tandas, tong sampah tepi flat..... Itu adalah hukum yang conducive untuk BN free show, free sex, free gangnam yang tak free Kuliah di Surau dan masjid tak boleh.......

Hoi Jamil Khir nama baik otak tak ada ke nak sekat benda ni

Tanpa Nama berkata...

Welcome To Segamat !!!!