Jingga 13 mendesak Ketua Polis Negara yang baru agar menangkap dan mendakwa Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atas jenayah yang tidak boleh dimaafkan iaitu menipu rakyat Malaysia di atas kes DAKWAT KEKAL yang TIDAK KEKAL.
Pelbagai laporan polis dibuat terhadap kes tersebut ternyata sedikit pun tidak memberikan kesan terhadap jenayah yang dilakukan oleh Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR yang juga turut melibatkan jutaan Ringgit Malaysia wang rakyat.
Alasan kononnya petugas SPR yang tidak “menggoncangkan” botol dakwat pada proses pengundian awal anggota tentera pada 30 April 2013 adalah satu penipuan dan pembohongan kerana pengundian berlaku pada 5 Mei 2013 juga masih berlaku kes yang sama!
Ternyata dakwat yang dibeli oleh pihak SPR adalah tidak berkualiti dan tidak kekal sepertimana yang diwar-warkan oleh SPR.
Adakah wujud komisyen daripada pembelian dakwat yang tidak berkualiti tersebut sehingga dipertahankannya sedemikian rupa sedangkan ternyata tidak berkualiti dan merugikan wang rakyat??
Jingga 13 mendesak agar satu siasatan secara menyeluruh dilakukan terhadap pembelian dakwat yang tidak berkualiti tersebut. Tangkapan dan pendakwaan wajar dibuat terhadap Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR oleh pihak polis kerana terhadap banyak laporan polis berkaitan isu tersebut.
Tindakan dengan PANTAS terhadap beberapa blogger Milosuam, King Jason dan terbaru terhadap Aktivis Mahasiswa Adam Adli menunjukkan dwi-standard Ketua Polis Negara baru begitu tunduk dengan sang penguasa dengan menggunakan undang-undang tetapi bersikap berbeda terhadap mana-mana pihak yang dilihat bersekongkol dengan Umno BN seperti SPR sedangkan jutaan RM wang rakyat dibazirkan begitu sahaja dari tindakan penipuan mereka.
Fariz Musa
Ketua Koordinator
Jingga 13 Malaysia
7 ulasan:
Harap IGP baru ni, lebih telus, ikhlas, jujur dan saksama dalam melaksanakan tugas dan arahan beliau.
Agar polis TIDAK LAGI DILEBEL sebagai alat kerajaan.
INGAT rakyat membayar gaji anda BUKAN UMNO/BN.
Jadikan rizki untuk anak, isteri dan kelaurga anda yang HALAL, kalau tidak mereka kan jadi bahan bakar api neraka.
TAHNIAH SEMOGA MENDAPAT KERDAAN ALLAH.
MASA BERCAKAP DAH HABIS. HERET PENGERUSI SPR, TIMBALAN DAN SETIAUSAHANYA KE MAHKAMAH...HERET SAMPAI SANGKUT
Kalau tak dapat bertindak adil terhadap semua parti, baik letak jawatan saja.
Kalau hanya berani mengugut dan bertindak ke atas pemimpin PR dan membisu sahaja terhadap salahlaku pemimpin BN, baik saja letak jawatan dan masuk politik.
Tak usah buang masa untuk mengheboh. Rakyat ada mata dan telinga untuk menilai kemampuan, keberanian dan kejujuran anda.
Ayat kenyataan Pengerusi SPR belum habis. Dakwat kekal itu ialah dakwat yang dicalit dijari dan terkena pula kertas, maka dakwat atas kertas itulah yang dikatakan kekal.
Rasa bengang semacam saja bila orang Islam dengan selamba buka mulut menipu lebih-lebih lagi Melayu tanpa rasa bersalah atau minta maaf.
Barisan Pimpinan sekarang tidak sah kerana majoriti rakyat tidak mengangkat merekapun sebagai wakil mengurus harta negara harta rakyat.Mereka mewakilkan/mengangkat diri mereka sendiri secara menipu kemudian meminta rakyat menerima.Halalkah duit gaji mereka ?
pengerusi dn timbalannya calit saja dakwat didahi kamu supaya dilihat sbg
sami hindu.antara tuntutan bersih tiada lg undi pos dn timbul isu undi awal pula
KENAPA GAMBAR ORANG YANG ADA TANDA ? TU MACAM TAK CERDIK SAJA.......
DIA SEKOLAH KE TIDAK?
CAHAYA DAN SERI MUKA PUN TK ADA....
LETAKLAH GAMBAR ELOK SIKIT
Catat Ulasan