9 Mei 2013

Stadium Kelana Jaya Bersih Tanpa Sampah Sarap


Peserta perhimpunan "Pidato Suara Rakyat Suara Keramat - TOLAK PENIPUAN PRU13" yang berhimpun malam tadi telah menunjukkan tahap disiplin yang amat tinggi apabila padang yang ditinggalkan bersih tanpa sampah-sarap.

Disiplin yang tinggi dan akhlak yang mulia yang dipamerkan oleh para penyokong Pakatan Rakyat dapat dikesan sejak awal mereka berada di jalanraya untuk sampai di tempat perhimpunan.


Bilangan kenderaan yang begitu banyak yang membawa lebih 100,000 orang peserta, sekalipun tiada bantuan polis trafik, namun dengan sikap toleransi dan bekerjasama diantara para pemandunya, dan apabila tiada provokasi mana-mana pihak, tiada sebarang insiden buruk berlaku.

Keadaan ini amat berbeza sekali dengan UMNO yang amat dikenali dengan politik samseng para ahlinya dan suka membuat kacau di program-program PR.

Jelas membuktikan negara Malaysia BERSIH & AMAN SEJAHTERA di bawah pemerintahan PAKATAN RAKYAT!


Mengutip sampah - pemandangan yang lazim ditemui di mana-mana perhimpunan yang disertai oleh PR

12 ulasan:

abuamir berkata...

Kami rakyat malaysia mahukan kerajaan yg bersih bukan kerajaan yg kotor macam umno/bn. umno suka kpd yg kotor sebab mereka suka kpd yg haram. Tipu pilihanraya perbuatan yg paling kotor.

Tolak kerajaan yg kotor.........

Tanpa Nama berkata...

saya setuju

Tanpa Nama berkata...

saya setuju

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan Najib bukan saja telah mencuri duit negara, samun tanah rakyat, membunuh rakyat ( TBH, Kugan, Sarbani,....dll) malah mencuri demokrasi negara dan menafikan hak rakyat.

Najib memang hanyak layak menjadi PM Mat Bangla.

sade berkata...

syabas rakyat Malaysia yg bersih akal & bersih jiwa

ini lah rakyat yg kita ingin2 kan selama ini

semoga kerajaan malaysia juga akan lebih bersih & telus

Tanpa Nama berkata...

Parti yang bersih didokongi oleh orang-orang yang bersih. Parti sampah dokongi oleh orang-orang sebusukk sampah

Tanpa Nama berkata...

Majoriti rakyat memilih Pakatan Rakyat berdasarkan bilangan undi. BN jadi kerajaan sebab majoriti bilangan kerusi. Oleh itu kerajaan yang ada sekarang bukan kerajaan rakyat tapi kerajaan BANGKU.

Kak Mahh berkata...

Tahniah...sikap yang baik

Tanpa Nama berkata...

Tahniah Rakyat !!!!

Bukti bahawa pemimpin bersih dan wibawa , rakyat bersatu di bawahnya dengan bangga.

Siapa nak jadi paengikut ketua yang benggap lagi bacul?

Tanpa Nama berkata...

3 mei yg lalu sy ke psr tani di stadium ipoh. Sy sgt terkejut krn tpt tu sgt kotor n berbau busuk. Bekas mknn n sisa makanan merata2 n sgt jijik. Rupa2nya smlm ada program bn kat sana. Dtp mknn free jd mn ada rasa tanggungjwb utk membersihkan tpt itu. Nmpk sgt beza mentality penyokong bn n pr

Tanpa Nama berkata...

sesungguhnya kebersihan itu datang dari hati yang bersih dan ikhlas...

kekotoran itu datang dari hati yang busuk dan keji....

katakan tidak kepada KERAJAAN KOTOR!!!!

Tanpa Nama berkata...

Apa admin berat sebelah mana komen aku semalam pasal padang yang rosak tu, nak lagi, bagaimana kawasan sekeliling stadium siapa nak jawab?

https://lh3.googleusercontent.com/-6N0WBGdPeX8/UYx7xb6doWI/AAAAAAAAB_Q/WErK8pKNjLo/s640/blogger-image-2130714125.jpg