28 Apr 2013

SPR Perlu Bertindak Terhadap Laporan Polis Ke Atas Puad Zakarshi


Johor Bahru – Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) perlu segera mengemukakan kenyataan balas terhadap satu laporan polis yang telah dibuat 18 April, Khamis lepas.

Dalam repot polis berkenaan, pengadu Saudara Siam Bin Kasrin telah mengemukakan aduan berhubung salah laku yang telah dilakukan oleh calon Barisan Nasional (BN) iaitu Saudara Mohd Puad Zarkashi.

Menurut Haji Siam, pada pilihanraya umum ke-12 yang lepas, beliau telah dilantik menjadi wakil calon bagi Saudara Fuad Zarkashi sebagai calon Barisan Nasional untuk Parlimen P150 Batu Pahat.

Namun disebabkan sikap tidak telus calon dalam pilihanraya tersebut kerana ada elemen yang menyalahi Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, Haji Siam mengambil keputusan untuk tidak menandatangani penyata perbelanjaan calon pada borang (d).

Tambah beliau, akibat daripada tindakan itu beliau menerima surat tunjuk sebab daripada Setiausaha Agung UMNO (BIL UMNO/R/SUA/8 JLD 1/21) yang bertarikh 7 November 2009.

Menurutnya lagi, SPR Johor telah memaklumkan kepada beliau bahawa calon berkenaan telah pun diperakui dan diwartakan.

Mengikut Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, mana-mana calon yang terpilih dan wakil tidak menghantar penyata perbelanjaan dalam tempoh yang ditetapkan, adalah tidak layak bagi calon berkenaan untuk bertanding pada pilihanraya berikutnya.

Pada 16 April 2013 yang lepas, Dr Hj Mohd Puad Zarkashi telahpun menerima watikah untuk bertanding sebagai calon BN dalam PRU-13 bagi Parlimen Batu Pahat.


Lebih mengejutkan lagi apabila SPR telahpun mengesahkan pencalonan beliau pada 20 April yang lepas semasa hari penamaan calon.

Dalam laporan polis yang sama, Hj Siam juga telah menyangkal tanggapan umum yang telah menuduh beliau menerima RM 2 juta bagi membolehkan Saudara Puad Zarkashi bertanding semula dalam PRU-13 kali ini. -nusajayakini


sila klik untuk lebih jelas

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau UMNO menyamun wang rakyat pun boleh, yang buat laporan macam Rafizi kena dakwa

Home Planner berkata...

Kalau anda nak tahu, Hj Siam adalah bekas Ahli Parlemen BN Batu Pahat Dalam PRU10 yang lalu. Dengan pengakuan ini bermakna penyata pilihanraya Fuad tidak sah dan tidak layak bertanding PRU13. Berani ke SPR bertindak???

Tanpa Nama berkata...

Untuk memastikan PDRM berkhidmat secara adil, mesra, cepat dan betul keseluruhan sistem harus di 'overhaul' selepas PR memegang tampuk kuasa kelak, terutamanya media elektronik dan media cetak supaya tidak lagi memaparkan laporan berat sebelah kepada rakyat ^_^

Tanpa Nama berkata...

Cakaplah apa pon.... SPR akan memastikan BN menang punya ....percayalah. Aku dapat rasakan walaupun rakyat semua undi dan memihak pada PR, tapi SPR dan BM takde sape bole kacau

bijak kancil berkata...

mana yg BAGUS...lembu atau yang diper
BODOHLEMBUKAN..dua2 hancusss.sedarlah
rakyat terutama orang melayu yang terus di me LAYU kn serta dibohongi oleh um NO yg telah lama diharamkan n
dikuburkan TAPI tanpa rasa keMALUan mendabik dada um NOlah yg pejuang ke
merdekaan sambut ulangtahun himpunan agong ke 67.akhirnya membusuk sbagai
B angkai N egara dgn akhlak buruk pemimpin rasuah arak judi dn syirik pd ALLAH berarak berhala Thaipusam

Tanpa Nama berkata...

SALAH GUNA KUASA ORANG POLITIK DALAM PENTADBIRAN KPM.

1. Urusan pemangkuan diluluskan oleh LKPPP yang bersidang pada 16/Nov/2010 (saya ada menyimpan salinan surat berkenaan dengan senarai nama 376 pensyarah yang telah diluluskan pemangkuan oleh LKPPP). Di dalam surat tersebut (rujukannya saya terlupa) ada menyatakan keputusan ini boleh dicabar dalam tempoh 14 hari tetapi bantahan dari kumpulan pensyarah yang tidak berpuas hati dibuat pada bulan Februari selepas bertemu dengan Timbalan Menteri Pelajaran (Y.B. Datuk Dr. Mohd. Puad bin Zarkashi) dan mengarahkan BPSM menangguhkan urusan pemangkuan DG44 ke DG48.

25 APRIL 2012 10:31 PG

http://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com/2011/02/nasib-jadi-pemangku.html

http://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com/2011/02/nasib-jadi-pemangku.html?showComment=1335321080575#c7725639309974495487


Lantak Aja berkata...

Kalau SPR tidak bertindak bermakna tiada ketelusan perbadan tesebut.Maka wajarlah pihak yang lebih tinggi atau tinggi lagi daripada perbadanan tersebut mengambil alih tugas SPR sekarang ini.SPR ini seolah-olah kerbau di TARIK HIDUNGNYA.

Tanpa Nama berkata...

SURUHANJAGA PENIPU RIA'YAT (SPR) talibarot BN barua OMNU, jangan mare kalau ria'yat bertindak
SPRM - ria'yat sudah lapor- tiada tindakan, jangan mare kalau ria'yat bertindak
PULEH - ria'yat dah lapor- tiada tindakan, jangan mare kalau ria'yat bertindak

JANGAN SAMPAI RI'AYAT BANGUN, KALAU RI'AYAT SUDAH BERTINDAK, TIDAK BERGUNA LAGI SEGALA BARUA TALIBAROT SEMUA
INGAT!!! ri'ayat ada hak atas TITEK PELOH MEREKA, penat lelah mereka memBAYAR CUKAI sehingga segala ORANG PULEH, ORANG SPR, ORANG SPRM buleh makan gaji - BUKAN makan gaji BUTA,,,MAKAN GAJI BUTA...MAKAN GAJI BUTA...BUTA...BUTA...BUTAAAAAA