6 Apr 2013

Selangor Cemerlang Di Bawah PR, 5 Tahun Tanpa Rasuah & Penyelewengan


Rakyat Selangor diminta menilai sendiri keupayaan dan perubahan yang dibawa Pakatan Rakyat (PR) dalam tempoh lima tahun ini.

Ini kerana menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim PR membuktikan dalam tempoh lima tahun mentadbir Selangor bebas daripada rasuah dan penyelewengan kuasa.

Malah, dakwaan Umno-BN ternyata salah apabila mengatakan Selangor akan bankrap di bawah pentadbiran PR.

“Simpanan negeri sebelum 2008 tak sampai RM 500 juta. Sekarang kita ada lebih RM 2.6 bilion. Keupayaan mentadbir jelas terbukti. Dari segi pelaburan dalam lima tahun ini, ia mencecah RM 50 bilion.


“Setakat ini, kita juga sudah peruntukkan lebih RM700 juta hasil negeri yang dipulangkan kepada rakyat melalui program Merakyatkan Ekonomi Selangor ia sangat berbeza dengan pentadbiran sebelum ini.

“Konsep hasil negeri untuk rakyat kita laksanakan untuk beri peluang kepada rakyat menikmati limbahan kemakmuran tanpa kira ideologi politik,” katanya dalam ucapannya di Majlis Kenduri Kesyukuran pembinaan surau dan cadangan pembinaan bangunan Sekolah Rendah Agama, di Kampung Medan, di sini.

Abdul Khalid menambah di bawah pentadbiran PR juga turut membawa perubahan kepada Pendidikan Islam di sekolah-sekolah agama melalui penyaluran peruntukkan sebanyak RM6 juta setahun berbanding pentadbiran sebelum 2008.

“Jika dahulu, walaupun Jabatan Agama Islam negeri yang menjaga Sekolah Agama Rakyat (SRA), tapi mereka (Umno-BN) tidak memberi peruntukan terus kepada SRA. Ramai anak-anak terasing.

“Kini di bawah PR, kita membuktikan bahawa kita tidak mengabaikan mereka, elaun guru sekolah agama kita naikkan dari RM700 kepada RM1,200 sebulan. Melalui pendidikan, jelas banyak usaha yang sudah dilakukan, permohonan kemasukan ke sekolah agama juga meningkat.

“Kita juga tidak membezakan pendidikan, semua jenis sekolah termasuk sekolah Cina, Tamil dan Islam kita bantu sebab kita percaya melalui pendidikan akan menentukan pembangunan negeri,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap rakyat di negeri itu, khususnya dapat memilih pemimpin yang mengutamakan rakyat bukannya hanya berkempen kebajikan menjelang pilihan raya.

“Bila tiba masa pilihanraya nanti, pilihlah siapa-siapa tetapi janganlah bergaduh, bergaduh itu memalukan. Kematangan perlu ada. Politik-politiklah tetapi jangan sampai pecahkan ruyung. Ini kes tidak betul.

” Tunjukkan tanggungjawab dalam agama untuk memilih orang yang betul. Tidak perlu mengoyakkan bendera atau menurunkan bendera parti mana-mana sekalipun, dengan cara itu kita boleh adakan pilihan raya dengan aman,” katanya. -selangorku

Ulasan GB

Dasar UMNO BN yang tak reti bahasa dan sentasa berlaku zalim ke atas rakyat. Negeri yng diperintah Pakatan disekat pembangunan, dirompak royaltinya, kemudian irihati dengan kemajuan Selangor di bawah Pakatan. Namun kebenaran terbukti jua:


Yang zalim itu, lambat laun pasti akan menerima hukuman Allah swt.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah Tan Sri Khalid Ibrahim....

Ini suatu bukti yang Melayu boleh jadi pemimpin maju dan berdaya saing.

Selagi tiada nafsu TOYOL dalam hati umat manusia , selagi itulah kemajuan duniawi dapat di kecapi.

Sesungguhnya TOYOL TOYOL itu wujud juga di alam nyata.

Ketahuilah....

Tanpa Nama berkata...

Hanya yang bodoh dan ada kepentingan saja yang sokong UMNO/BN.

Tanpa Nama berkata...

Malaysia cemerlang di bawah nsjib, banyak rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa

Tanpa Nama berkata...

MB yg ada ketelusan dan ikhlas utk rakyat