6 Apr 2013

Video Terbaru Zul Kulim Sahkan Beliau Menghina Ugama Hindu


Video kedua ceramah Zulkifli Noordin yang didapati terus menghina agama Hindu, membuktikan sikap perkauman dipamerkan Naib Presiden Perkasa itu.

Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata demikian mengulas video terbaru ucapan ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu itu yang tersebar di internet semalam.

Video kedua itu susulan rakaman ucapan Zulkifli dalam satu majlis ceramah yang didedah minggu lalu, di mana beliau didapati menghina agama Hindu dan Tuhan sembahan penganut agama berkenaan.

Bagaimanapun, Zulkifli memberi alasan ceramah itu dibuat 12 tahun lalu ketika beliau masih di dalam Pas dan kerana ‘terpengaruh’ dengan Pembangkang.

“Ceramah kedua ini bertarikh 6 Mac 2013. Masa tu beliau sudah secara rasmi bergelar pimpinan Perkasa dan secara terang menjadi sekutu kuat Umno Barisan Nasional.

“Video kedua itu bukti jelas beliau bukan terpengaruh dengan sesiapa, tetapi peribadinya sendiri sebagai seorang rasis yang ekstrem,” kata Surendran.

Katanya, video ucapan terbaru ini cukup untuk mengheret Zulkifli ke mahkamah di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan ketidakharmonian, perasaan permusuhan dan kebencian berkaitan agama.

Tambah beliau, kenyataan itu bukan saja bercanggah dengan tradisi rakyat berbilang kaum, malah tidak selari dengan ajaran Islam seperti dinyatakan pimpinan Pakatan Rakyat sebelum ini.

Justeru beliau menggesa Ketua Polis dan Peguam Negara segera mengambil tindakan segera ke atas Zulkifli.

“Sikap berdiam diri kerajaan Umno dan Barisan Nasional menunjukkan mereka bersetuju dan melindungi tindakan Zulkifli sebagai alat dan agen perkauman mereka,” kata Surendran.


6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bakal calon Bebas yang terbabas dan ter"KO".. di PRU13.

http://www.trigemoutsourcing.com berkata...

i like it. thanks for shearing to us

Tanpa Nama berkata...

Masya Allah...

Taubat lah sebelum terlambat.

Sokonglah Pakatan Rakyat dan janganlah hidup berTuhankan wang dan kekayaan dunia yang tak seberapa.

Tanpa Nama berkata...

ZulKulim hanya layak jadi penampal poste2r lain selepas PRU ke 13 nanti.

Tanpa Nama berkata...

Zul nak tegakkan kalimah allah, tapi boleh hina agama lain?

Tanpa Nama berkata...

PI Bala dan Deepak sudah dedahkan Pak Bijan terlibat, tapi Zul Kulim ,putar belit fakta, nak bela Tok Bijan konon bersumpah dlm masjid yg betul. Sumpah nak lepas diri, konon tak kenal wanita itu. Yg duduk makan bertiga , Razak Baginda, Altantuya,Tok Bijan tu apa cerita? Itu hantu Altantuya ke?Dah terang lagi bersuluh ,Si Zul masih nak kelentung pd makcik,pak cik yg sumpah Tok Jib benar.