13 Apr 2013

Berita Cikgu Pa Letak Jawatan Fitnah Jahat UMNO Selepas Video Lucah


Dungun: Ketika blogger Umno menyebarkan berita kononnya Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali meletakkan jawatan, beliau memberikan ceramah di markas PAS Kampung Molek dekat sini malam tadi.

Dalam ceramah itu beliau mendakwa Umno sudah terdesak sehingga sanggup melemparkan pelbagai fitnah untuk menjatuhkan beliau dari arena politik tanah air.

Umno sehingga kini gagal untuk menyelesaikan calon-calonnya walaupun kononnya sudah memutuskannya sebelum ini.

Usaha untuk membuang beberapa tokohnya akibat tekanan kem Tun Dr Mahathir mendapat tentangan dari kumpulan yang diketuai Datin Seri Rosmah Mansor yang masing-masing mempunyai senarai calon.

Pemuda Umno pula hilang terus dari media apabila mendapat 'gag order' dari pemimpin Umno tertentu yang berpengaruh dan menguasai Umno dan medianya.

Sejak sekian lama nama dan gambar Khairy Jamaludin tidak tersiar dalam media ekoran arahan ini.

MCA pula dalam keadaan paling parah sehingga presidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek mengumumkan tidak akan bertanding dalam pilihan raya ini.

Media melaporkan, MCA terpaksa menyerahkan kerusi-kerusi tradisinya kepada Umno ekoran tekanan dari Umno kononnya calon mereka lebih berpeluang menang.

Antaranya kerusi Kuantan, Wangsa Maju dan juga Gelang Patah. Kuantan adalah kubu MCA sejak sekian lama apabila diwakili timbalan presidennya, Datuk Lim Ah Lek.

Poll yang dibuat oleh Sinar Harian juga menunjukkan rakyat menolak moneyfesto Umno. 81 peratus dari peserta memilih manifesto Pakatan berbanding moneyfesto BN.

Bagi Mustafa, Umno bertanggungjawab terhadap fitnah yang dibuat ke atasnya melalui media itu.

“Ini adalah kebiasaan Umno, mereka sanggup guna taktik kotor dengan menyebarkan fitnah... saya adalah mangsa terbaharu fitnah Umno,” katanya sebagaimana dilaporkan Bernama.

Mustafa berkata beliau menyerahkan kepada dua peguamnya, iaitu Asmuni Awi dan Hanifah Maidin, untuk membawa isu itu ke muka pengadilan.

Beliau turut menafikan telah meletak jawatan selepas isu penyebaran gambar dan DVD lucah yang dikaitkan dengan dirinya.

“Saya malas layan kat media ini sebab pelawok (penipu), ada pula antara blog yang kata bahawa saya letak jawatan sebagai Setiausaha Agung kerana isu video ini.

“Saya hidup lagi ni, (masih) Setiausaha Agung PAS lagi. Tidak jadi kudis gatal pun dengan perkara itu. Saya dah faham surat khabar,”
katanya.

Dalam pada itu, Mustafa cuba mengelak daripada berdepan pihak media selepas majlis selesai, sebaliknya berkata “sudah-sudah saya dah beritahu, saya tak nak cakap apa-apa, saya dah serah kepada peguam, itu saja dan tidak berbaloi kalau saya bagi komen.

” Selepas itu, Mustafa masuk ke dalam kenderaannya dan beredar.


Peguam Mustafa dakwa ia fitnah Umno


Seorang peguam yang mewakili Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menafikan bahawa individu dalam video seks terbaru adalah anak guamnya.

Asmuni Awi, yang mengetuai firma Awi dan Co, memberitahu Malaysiakini bahawa beliau baru sahaja dilantik oleh Mustafa untuk mewakilinya.

"Ini memang fitnah. Tidak ada orang buat kerja ini melainkan Umno.

"Pelanggan saya menafikannya. Video itu tiba-tiba sahaja muncul," kata Asmuni yang juga pengerusi Lajnah undang-undang PAS.

Asmuni memberi amaran bahawa anak guamnya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pengeluar atau blogger yang memuat-naik imej tersebut.

"Kalau kita tahu prodesur siapa yang terbitkan video ini kita akan ambil tindakan," katanya.

Mustafa sementara itu mengeluarkan kenyataan satu perenggan mengatakan bahawa beliau tidak akan menjawab sebarang pertanyaan mengenai isu yang diperkatakan itu.

"Semuanya saya telah serahkan kepada peguam saya melalui Awi & Co untuk uruskan," katanya dalam kenyataan satu perenggan yang disiarkan dalam akhbar web PAS Harakahdaily .
-mk

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

from : D'Jango@TheRedBURET tm

TU LAH SIFAT GENG UMNONOK...TAK HABIS HABIS FITNAH...FIKIR DUNIA SAJA AKHIRAT LUPA...UMPAMA DUNIA DIA YG PUNYA...PR AKAN MENANG BERGAYA....INI KALI LAH....TAKBIRRRR....REFORMASI.....LAWAN TETAP LAWAN....

P/S : NONOK DLM BAHASA LAMA MELAKA ADALAH BURIT...JADI DAH KENE LAH TU UMNO DITUKAR KE UMNONOK....SEBAB ASYIK CERITA PASAL BURIT AND MANTAT MANTAT AJE...BENGONG PUNYA UMNONOK...HANG PA DAH MABUK KEPAYANG DAH LA NI BOHHHHH...TUNGGU UTK REBAH KE BUMI AJE UMNONOK NI BOHHHHH....

REFORMASI....LAWAN TETAP LAWANNNNN

Tanpa Nama berkata...

Planning.
1. Keluarkan video Tok Pa.
2. Tuduh Keadilan yang punya kerja.
3. Sebarkan berita Tok Pa letak jawatan.
Tapi, planning kantoi...
Kah... kah... kah...

Tanpa Nama berkata...

macai umno dan juak2nya dah termasuk lubang jamban kahkahkah

Roza berkata...

PR perlu agresif. Jadilah jentolak yang akan meredah apa sahaja ABU. Biarlah dia orang nak letak aksi lucah sampai runtuh katil pun, jangan banyak soal. Tolak BN! Sepatutnya pihak kjaan BN membendung video seks tersebut yang memberi impak yang negatif kpd rakyat. Apalagi kpd gol muda yg naik stim.Ini jelas menunjukkan kelemahan kjaan lalu. Rasuah adalah segala2nya sampai Islam sudah dipersendakan di bumi Malaysia. Justeru itu rakyat Malaysia perlu memikul tanggungjawab melantik pemimpin yang akan membantu agama Allah.

Tanpa Nama berkata...

Sokong pendapat Roza. Pihak berkuasa perlu ambil tindakan segera bagi mengatasi masalah penyebaran video lucah. Kita malu kepada negara luar. Nilai-nilai murni rakyat Malaysia sudah terhakis sedikit demi sedikit angkara permainan politik bodoh.

Perbuatan ini akhirnya memberi kekuatan kepada Pakatan Rakyat untuk menang dalam PRU ke 13 pada 5.5.2013 nanti.