28 Apr 2013

Mat Taib: "Hidup Melayu" Tiada Dalam Al Quran


Bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib mengajak pengundi di Tanjong Karang menolak Umno-BN dan memilah PAS sebagai wadah perjuangan yang baru.

Lebih dikenali sebagai Mat Taib, beliau berkata, PAS perjuangannya berlandaskan Islam dan Umno-BN sudah terbukti tidak mampu mentadbir negara.

“Dah sampai masa, saya sendiri dah menyeberang, apatah lagi yang lain-lain, Umno-Umno semua sudahlah, dulu hidup Melayu, hidup Melayu, sekarang takbir, hidup Melayu tak ada dalam Quran, sekarang Allahu Akbar,” ujarnya dihadapan lebih 800 penduduk.

Umno-BN sudah tidak berupaya lagi untuk mentadbir negara kerana dibelenggu dengan pelbagai permasalahan yang sehingga kini tiada penyelesaian.

Katanya, ini merupakan pilihan raya terbaik Pakatan Rakyat (PR) untuk menukar kerajaan setelah lebih 50 tahun Umno-BN memerintah negara ini.

“Tuan-tuan, tak ada siapa dalam dunia ini boleh ‘steady’ je sampai 60 tahun, dia (Umno-BN) sebenarnya dah tak boleh, tapi buat-buat boleh.

“Bila lama dah memerintah ni, jadi syok memerintah ni, tak mahu lepas, dengan apa cara sekalipun tak mahu lepas,” ujarnya dalam satu siri ceramah di Kampung Sungai Tengi Kanan, Tanjong Karang baru-baru ini.

Sebagai contoh katanya, Australia melaksanakan pertukaran kerajaan selama 10 tahun biarpun prestasi kerajaan adalah di tahap terbaik.

Tambahnya, PR mempunyai rekod cemerlang mentadbir empat buah negeri termasuk Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kelantan dan ini diakui oleh Ketua Audit Negara dalam laporannya tahun lalu.

Jelasnya, manifesto PR ingin memansuhkan PTPTN, tol, dan penurunan harga minyak boleh dilakukan kerana melaksanakan pentadbiran yang telus.


Mantan MB Selangor : ‘Kepada Ahli Umno…Bertaubatlah…’


KUALA SELANGOR 27 APRIL : Mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Mohd Taib menyeru ahli-ahli Umno untuk ‘kembali ke pangkal jalan’ yang sebenar dengan meninggalkan parti itu yang sarat dengan pelbagai kerosakan.

Ujarnya, pimpinan Umno-BN yang mempermainkan pelaksanaan hukum hudud disifatkan beliau sebagai seorang yang angkuh dan tidak wajar diikuti oleh rakyat di negara ini.

Sifat angkuh itu berlaku kerana Umno-BN sudah memerintah dalam tempoh yang lama sehingga berlaku banyak penyelewengan dan kezaliman.

“Bagaimana kita hendak mengikuti mereka, jika imam saya sudah tidak betul maka saya perlu memisahkan dengan mereka ,” ujarnya yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Taib sambil diikuti dengan laungan takbir daripada hadirin.

Beliau berkata demikian dalam ceramahnya ‘PAS Pilihan Saya’ yang diadakan di Padang Bolasepak Bukit Kuching Hilir Jeram di sini yang dihadiri kira-kira 3,000 orang.

Turut hadir dalam program ceramah itu, Calon Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad dan Calon DUN Jeram, Rashid Kassim.

Sebelum ini, Muhammad Taib menjadi Menteri Besar Selangor sejak 1986 sehingga 1997 dan beliau juga pernah menjadi ADUN Batang Kali bagi penggal 1982, 1986, 1990 dan 1995.

Ujar beliau, barisan pemimpin Pakatan Rakyat mempunyai pakej kepimpinan yang berkaliber dan mempunyai integriti bagi menerajui kuasa di peringkat Persekutuan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU) ini.

Katanya, pemimpin-pemimpin dalam Pakatan Rakyat seperti Dr Dzulkefly Ahmad, Nurul Izzah Anwar, Tony Pua, Guan Eng, Anwar Ibrahim dan Tok Guru Nik Aziz menunjukkan daya kepimpinan yang berkualiti untuk memimpin negara.

Mat Taib juga dengan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dalam melaksanakan budaya ilmu dan keagamaan dalam Majlis Sambutan Merdeka dengan menjemput penceramah agama yang tidak pernah dilaksana di bawah Umno-BN.

Ia berbanding dengan Kerajaan Umno-BN yang lebih kepada program berbentuk hiburan melampau yang merosakkan rakyat.

“Apabila saya menjelajah ke seluruh negeri Selangor saya menyeru, wahai ahli-ahli Umno marilah balik semula dan mengikuti jalan Allah kembali.

“Ikut jalan yang lurus dan diajar kepada kita sebagaimana apa yang diajar oleh sebelum kita,” kata beliau.

Beliau juga menyeru rakyat Selangor memberikan sokongan penuh kepada calon Pakatan Rakyat bagi memastikan kemenangan mereka walaupun katanya akan wujud ‘pengundi luar’ yang akan di bawa bagi merampas Selangor daripada PR.

“Berilah peluang sekali kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir negara,” kata Muhammad Taib.
-selangorku

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

HIDUP MELAYU UMNO, MELAYU KELANTAN DIBIARKAN TERPINGGIR....

Tanpa Nama berkata...

Kedah majoriti Melayu bila Pas perintah BN sekat pembangunan dan bantuan? Bagaimana UMNO kata bantu Melayu?

Tanpa Nama berkata...

Setuju sangat takbir....

Tanpa Nama berkata...

Alhamdullillah !!!!!!

harib berkata...

Mudah2an Allah SWT bukakan pintu hati ahli ahli umno yg lain untuk bertaubat dan berubah kepada jalan hidup yg di redhaiNya...Hidup Islam bukannya hidup melayu...

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah dia dah sedor. Kita lalo dah sedor. Sebelum depa2 ni sedar, puas le kite kena serang.

Sama le dulu bila DSNA buat kempen tutup aurat, ramai sangat pemimpin IMNO perlekehkan, pembangunan negara lebih penting, kata depa. La ni puak2 depa ada yg dah tutup aurat (pakai tudung) wlu masih pakai baju ketat & solek tebal.

Apo2 pun, tahniah le, hati mereka hanya ALLAH yg tau, kita disarankan meraikan mereka yg pada zahirnya nak berhijrah, di samping tu mentarbiah & berdakwah. Selebihnya serah pada Allah.

Kita semua akan MATI & ditanya olehNYa.

Tanpa Nama berkata...

Dahulu bila dalam UMNO jadi kaya-raya. Alhamdulillah sekarang dah sedar. BERderma, berinfaqlah atau berwakaf lah supaya kekayaan dapat dibersihkan. InsyaAllah. Berjihadlah untuk Allah semata-mata bukan untuk dunia lagi. Tapi jangan sekali-kail jual agama, dan negara.