19 Apr 2013

Kenapa Hanya DAP, Kenapa ROS Tidak Bertindak Terhadap Umno?


Mengapa Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) tidak mengenakan sebarang tindakan terhadap Umno tetapi bercadang untuk mengambil tindakan terhadap DAP di saat Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) semakin hampir?

Ini kerana Umno boleh diisytiharkan sebagai parti haram kerana hampir 75 peratus daripada belasan ribu cawangan Umno di seluruh Malaysia tidak pernah didaftarkan semula dengan ROS sejak parti itu diharamkan pada Februari 1988.

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, walaupun rakyat Malaysia telah memfailkan petisyen di Mahkamah Tinggi Jalan Duta bagi mengarahkan ROS untuk mengambil tindakan terhadap Umno tetapi kenapa hanya DAP sahaja yang disiasat.

“Pada hari Selasa lepas, petisyen telah difailkan oleh sebilangan rakyat Malaysia di Mahkamah Tinggi Jalan Duta untuk mengarahkan ROS untuk bertindak ke atas Umno.

“Kerana Umno sebenarnya dialah sebuah pertubuhan haram.

“Mengikut Akta Pertubuhan 1966 bila mana-mana cawangan sesebuah parti tidak berdaftar, dengan sendirinya pertubuhan itu adalah haram dan wajib bagi ROS bagi bertindak,” katanya dalam satu sidang media di bilik gerakan Pas Putrajaya di sini hari ini.

Husam berkata demikian apabila memberi respons terhadap keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 17 Apr yang tidak mengikhtiraf jawatankuasa eksekutif baru DAP.

Keputusan tersebut telah menjejaskan kemampuan DAP untuk mempertandingkan calon di dalam pilihanraya umum ke – 13 (PRU 13).

Sebelum ini, Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin mendedahkan bahawa sebanyak 2,181 cawangan Umno di Kelantan termasuk di Tanah Merah, Jeli, Bachok, Tumpat, Kota Bharu adalah haram.

Menurut Badrul Hisham, melalui proses mahkamah, sebanyak 126 cawangan Umno di Tanah Merah didapati adalah cawangan yang tidak berdaftar dengan ROS.

Akan tetapi Umno Tanah Merah terus bermesyuarat dengan perwakilan daripada cawangan haram Umno (126 cawangan) dan perwakilan daripada mesyuarat haram tersebut telah menghantar perwakilan ke Perhimpunan Agung Umno pada tahun itu (2008).

Husam berkata, Pas mengalu-alukan jika DAP mahu menggunakan logonya pada PRU-13 dan ini secara tidak langsung melambangkan persefahaman dan perpaduan di dalam Pakatan Rakyat (PR).

“Kita sangat mengalu-alukan, tertakluk kepada pilihan strategi DAP.

“Mereka boleh menggunakan loga Pas ataupun PKR dan ini melambangkan perpaduan di dalam Pakatan,” ujarnya yang merupakan calon Pas bagi kerusi Parlimen Putrajaya.

19 ulasan:

Unknown berkata...

BN UMNO sedang pasang JERANGKAP SAMAR...Ini adalah PROVOKASI...BN UMNO memperKUDA kan PENJAWAT AWAM...bagi menaikkan KEMARAHAN kaum CINA....maka BN UMNO berharap BENAR...berlaku HURU HARA...bagi menangguhkan pilihanraya...ISYTIHAR DARURAT...dan jalankan OPERASI LALANG MADEY...

Tanpa Nama berkata...

ROS adalah barua UMNO.

ROS adalah barua UMNO.

ROS adalah barua UMNO.

ROS adalah barua UMNO.

ROS adalah barua UMNO.

ROS adalah barua UMNO.

Haram jadah !

XUMNO berkata...

Kalau Pakatan ambilalih Putrajaya 6 Mei ini,bagi arahan turun pangkat atau tukar ke Hulu Rejang pegawai yang menjadi hamba abdi Umno di ROS.Biar dia daftarkan bilangan orangutan di sana.

Amuraria berkata...

ROS buat kerja haram jadah ? ABU jangan lupa !@

Tanpa Nama berkata...

senjata terakhir UBN..pimpinan PR x sebodoh pimpinan ameno..kita tgu dan lihat apa akan terjadi...UBN akan bungkus dlm PRU 13 nnt...rakyat terutama masyarakat cina sgt2 menyampah dan benci dgn UBN.. insyaallah

Tanpa Nama berkata...

Sangahan guru2 pondok terhadap TG Hj Abdullah Samah" 20 pondok di Kelantan pertahan kepimpinan ulama".
“Adalah wajib syarie bagi orang Islam mengundi calon PAS pada pilihan raya umum ke-13. Begitu juga calon lain dari Pakatan Rakyat perlu disokong melalui Tahaluf Siyaasi bagi menumbangkan kerajaan yang zalim.
Baca seterusnya: http://pondoktauhid.blogspot.com/2013/04/20-pondok-di-kelantan-pertahan.html

Tanpa Nama berkata...

Aku sedang fikirkan bahasa yg paling lembut nak di sebut pada Umn@ ialah "Haram Jadah". Kita ketahui yang terdapat 3 kuasa doktrin dalam mentadbir negara. Kuasa Eksekutif, kuasa perundangan dan Kuasa Pemerintahan. Kalau di ikutkan "Jabatan ROS" berada dalam bidang kuasa Pemerintahan, dan tidak boleh di pengaruhi oleh mana2 bidang kuasa yg. lain. Tetapi apa sudah jadi di Malaysia? Kuasa Kehakiman memang diketahui, sudah di pengaruhi, dan sekarang ini Kuasa Pemerintahan sudah di nodai seperti SPRM dan ROS. Ini petanda negara akan lingkup. INI KALI LA.

sykadeer.

Tanpa Nama berkata...

Ini taktik bacul oleh pemimpin bacul.... Biasa bah !

symptom of synesthesia berkata...

roket sudah mendarat di bulan.

Unknown berkata...

ni namanya anjing makan tuannya sendiri,,lepas satu2 cubaan dan dugaan menjelang hari yg paling bersejarah nanti,,takpa,,mungkin nilah senjata terakhir bg puak umno yg tak lama lagi akan brtukar menjadi parti pembangkang,,,

Ini kalilah..!

Tanpa Nama berkata...

Sokong.

مهمد شفاريز berkata...

Tipu pilihanraya
Kita turun ke jalanraya

Ini bukan arab spring
Tapi malaysian durian

Tanpa Nama berkata...

ada yang cadangkan tukar kakitangan ros ke dalam hutan sekiranya PR menang PRU13 nanti. Jangan wat camtu tak baik tu, kalau wat camtu maknanya PR sama dengan be end ler, drpd tukar baik tutup jer ros tu serta merta buat penghapusan jabatan kemudian selepas 2-3 bulan bukak balik guna nama lain siket, punya saket ati staf lama ros, amacam idea ni lagi kaw-kaw nyer kan?

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya keadaan ini lebih memihak kepada DAP,,, Bila DAP guna logo PAS, orang melayu secara tak langsung tidak takut untuk memberi undi kepada calon DAP...

Dah terbukti yang ROS ni memang barua umno.. mereka rancang nak kenakan DAP, tapi terkena kat umno sendiri... Memang betul la kata madey, yang tinggal dalam umno ni cuma yang bongok2 belaka... wakakakaka


-yoda-

Tanpa Nama berkata...

ROS memang BARUA BN..kami sangat simpati DAP.

Unknown berkata...

simpati utk DAP teruskn prjuangan hinga BN tumbang.

Tanpa Nama berkata...

ABU ABU ABU ABU ABU!

Tanpa Nama berkata...

ehh bukan kah syarat utk melaporkan pd pertubuhan ROS cuma dr ahli2 nya sahaja? Dlm kes DAP kan ahli2nya yg wat report. Mmg lah ROS tak layan klu org luar yg report.

Tanpa Nama berkata...

kalau pemimpin Islam haram subahat dengan judi jadi kalau kita cinta kan Islam pilih lah Pas, sebagai hamba Allah saya mengigatkanan jangan kita subahat dengan pemimpin yang terang terang bersekongkol dengan taukey judi nanti kita pun dapat saham Jahanam. Duit banyak tapi tersiksa diakhirat. Ingat manusia arak, judi, tenungnasib dan sembah berhala itu dosa besar. Bertaubat dan infakkan harta mu kejalan Allah