13 Mac 2013

Utusan Menipu & Memfitnah Lagi, UMNO BN Baling Telur, Dituduhnya PAS


PAS Jelebu, Negeri Sembilan menafikan laporan Utusan Malaysia yang mendakwa pihaknya melontarkan telur ke arah penceramah BN di Felcra Ayer Hitam Isnin lalu.

Timbalan Yang Dipertua (YDP) PAS Jelebu, Nor Hanif Selamat sebaliknya berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.40 malam itu, mereka sebenarnya menjadi mangsa balingan mercun, botol, batu dan telur.

Malah, katanya, ia juga mengakibatkan tiga orang yang hadir ke ceramah Pakatan Rakyat berdekatan tempat itu anjuran kawasannya cedera terkena botol yang didakwa dibaling penyokong BN.

"Kita tidak membalas balingan yang dibuat. Suasana tegang semasa YDP Jelebu berucap. Selepas itu pihak polis minta tangguh ceramah.

"Mereka (BN) baling mercun, botol, batu dan telur. Telur yang dibaling ada dua jenis. Yang biasa dan telur tembelang.

"Cuma ada yang mereka baling tak sampai sebab jarak mereka dengan kawasan ceramah 50 meter," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Utusan: Kena ADUN Sg Lui

Pihaknya juga berkada ada membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol semalam tentang kejadian itu.

"Pada hari kejadian, pihak polis dah ada awal dah masa ceramah bermula. Balingan memang pada kita.

"Pihak polis tak buat apa-apa. Jadi semalam, selaku penganjur, kami buat laporan polis," katanya lagi.

Utusan Online semalam melaporkan, kira-kira 15 penyokong PAS membaling telur ke arah penceramah BN iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lui Datuk Zainal Abidin Ahmad sehingga terkena lengan.

Laporan itu juga menyebut, Presiden Pertubuhan Gerakan Memartabat Perjuangan Negara (GMPN), Mejar (B) Razali Zakaria yang turut sama berada di situ turut terkena balingan telur di bahagian badan.

Sementara itu, di pihak Pakatan, ceramah mereka sepatutnya dihadiri oleh Naib Presiden PKR Tian Chua tetapi dibatalkan dan digantikan dengan Penyelaras JINGGA 13 Fariz Musa setelah mendapat maklumat awal berhubung rancangan "kekacauan" itu.

"Saya dah beritahu Tian Chua awal-awal supaya jangan datang. Sebab kita dapat maklumat mereka akan turun, jadi sebab bimbang keselamatan Tian Chua kita batalkan dia dan ganti dengan Fariz Musa. -mk

Ulasan GB

Utusan ni memang tak takut Tuhan.

Sentiasa saja melakukan tuduhan tanpa takut berdosa lantaran memfitnah.

Ya Allah, Kau timpakanlah pukulanMu yang amat dasyat ke atas pemfitnah yang bernama UTUSAN itu sepertimana janjiMu:

Orang yang memfitnah orang mukmin (yang lelaki) dan mukminah (yang perempuan), kemudian mereka tidak bertaubat, bagi mereka azab jahanam dan neraka yang membakar. Al-Buruj : 10

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

amiinn ya allah...amiin amiin..

Tanpa Nama berkata...

"Richard" ....ini adalah blogger BN yang kini memasuki email semua kakitangan kerajaan untuk memfitnah....dah tak betul dan ketakutan dalaman jentera kerajaan...

Suasana Politik Malaysia berkata...

Kalau di blog Suasana Politik Malaysia, pencacai gunakan nama gelaran "joecharles".

Tanpa Nama berkata...

Amin ya Rabbalalamin..

Ya Allah, sesungguhnya fitnah2 puak2 munafiqun ini tidak dpat kami hindari, sbagaimana fitnah yg dihadapai oleh rasul2 yang terdahulu. Oleh itu Ya Allah, ku mengangat spuluh jari ini menadah rahmat dan ehsan mu. Perkuatkan hati2 kami menghadapi srrangan munafikun yng tidak habis2 mmfitnah kami dan merosakkan pemikiran rakyat keseluruhan.
Ya Allah, bantu lah kami dalam perjuangan ini. Ku pohon ehsan mu dan bantuan mu Ya Allah, kau ranapkan lah pusat2 penyebaran fitnah mereka sbagaimana kau ranapkan umat2 yg membelakangi mu dahulu.
Sesungguhnya kami yakin Ya Allah, janji mu sangat benar, dan doa kami kpada mu adalah doa2 org2 yg dizalimi dan kami pasti doa adalah snjata ampuh hamba2 mu sbagaimana yg tlah engkau janjikan. Bantulah kami ya Allah.
Amin.