13 Mac 2013

SMS Menyayat Hati Dari Allahyarham Prebet Hurairah


Ismail Hussin, 55, menunjukkan sms terakhir yang dihantar anaknya, prebet Ahmad Hurairah, 24, (gambar kecil) yang terkorban dalam Ops Daulat di Sungai Nyamuk, Lahad Datu, Sabah, hari ini. Jenazah Hurairah dijangka tiba di Pangkalan Tentera Udara di Subang pagi ini.

Bapa reda anak terkorban pertahan negara

"Saya reda kerana kematian arwah adalah untuk mempertahankan negara," kata Ismail Husin, bapa Allahyarham Prebet Ahmad Hurairah yang terkorban dalam pertempuran dengan penceroboh militan di Sungai Nyamuk, Lahad Datu, Sabah, semalam.

Ismail, 55, berkata beliau menerima berita sedih yang menimpa anaknya itu kira-kira 2.30 petang ini daripada seorang rakan Allahyarham yang menelefon memberitahu anaknya terlibat dalam pertempuran dan terkorban.

"Kali terakhir (Allahyarham) jumpa saya ialah pada hari raya Aidilfitri 2010, selepas itu kami banyak berhubung melalui telefon dan SMS," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bayu Lalang di Pasir Mas hari ini.

Ahmad Hurairah, 24, dari Batalion 7 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Tawau, Sabah, terkorban dan dua penceroboh militan terbunuh dalam pertempuran di Sungai Nyamuk, berhampiran Kampung Tanjung Batu.

Ismail, seorang petani, berkata Allahyarham anak ketiga daripada 12 beradik dan seorang anak yang sentiasa mengambil berat serta banyak membantu keluarga.

"Kali terakhir arwah menelefon saya pada 1 Mac, masa itu dua anggota polis terkorban.

Arwah beritahu suruh doakannya sentiasa selamat sebab dia nak pergi ke Lahad Datu.

"Kali terakhir arwah (menghantar) SMS ialah 10 Mac (Ahad) beritahu dia kena standby untuk ke Lahad Datu," katanya sambil memberitahu Allahyarham telah empat tahun berkhidmat dalam tentera.

Ibu Allahyarham, Rahmah Mamat, 50, berkata beliau memang sedih dengan kejadian yang menimpa anaknya itu tetapi demi perjuangan untuk mempertahankan negara, beliau reda dengan ketentuan Allah SWT itu.

Anggota keluarga, kenalan dan penduduk kampung mula berkumpul di rumah keluarga Allahyarham untuk menunggu ketibaan jenazah.

Jenazah Allahyarham dijangka tiba pagi esok dan akan dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lalang. - Bernama


Lahad Datu: Korban terbaru, PAS ucap takziah

PAS merakamkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, yang menjadi korban terbaru dalam misi menghapuskan penceroboh bersenjata di Lahad Datu, Sabah.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, PAS mendoakan Allahyarham memperoleh ganjaran setimpal dari Allah atas tugas mulia mempertahankan negara.

"Saya merakamkan takziah kepada keluarga seorang tentera Malaysia yang menjadi korban terbaru di Sabah dalam insiden tembak menembak pagi tadi.

"Saya dimaklumkan Allahyarham berasal dari Kelantan dan jenazahnya akan tiba pagi esok di Pengkalan Chepa.

"Semoga Allah SWT mengurniakan ganjaran yang besar kepada Allahyarham yg terkorban mempertahankan kedaulatan negara," katanya yang juga Menteri Besar Kelantan melalui Facebook petang ini.

Seorang lagi wira Malaysia terkorban di Lahad Datu. Takziah buat keluarga Prebet Mohd Hurairah dari Kelantan yang bertugas di Kem Kukusan Tawau, Sabah. Moga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang beriman.

Dalam insiden pagi tadi, Mohd Hurairah yang berasal dari Kelantan dan bertugas di Kem Kukusan Tawau, Sabah terkorban ketika bertempur dengan penceroboh di Sungai Nyamuk, dekat Tanjung Batu di sini.

Dalam pertempuran itu juga, tiga orang penceroboh turut ditembak mati oleh pasukan keselamatan Malaysia.

Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, pertempuran antara pasukan keselamatan dan kumpulan militan itu berlaku pada 10.45 pagi.

Zulkifeli berkata, pasukan keselamatan diserang hendap oleh kumpulan pengganas pada 7.45 pagi dan selepas itu mereka melarikan diri sebelum dijejaki pasukan keselamatan dan berlaku pertempuran.

Korban terbaru hari ini menjadikan jumlah keseluruhan anggota keselamatan yang terkorban seramai sembilan orang dipihak penceroboh seramai 57 orang.

Allahyarham Prebet Mohd Hurairah merupakan anggota tentera pertama yang terkorban dalam insiden pencerobohan di Sabah.
-HD



Jenazah Prebet Ahmad Hurairah Ismail yang terkorban dalam pertempuran dengan pengganas Sulu di Kampung Sungai Nyamuk, Lahad Datu, Sabah hari ini akan dibawa pulang ke kampungnya di Kelantan pagi esok.
Ulasan GB

Semuga roh allahyarham tenang di sisiNya... Al-Fatihah...

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Al-Fatihah

Tanpa Nama berkata...

lepas ni jgn ada lg kata2 nista dan mempertikai tugasan pasukan keselamatan..itulah harga sebuah pengorbanan..nyawa menjadi taruhan dalam memprtahankan kedaulatan negara..semoga Allah swt mencucuri rahmat kpd arwah..utk kedua ibubapa dan keluarga arwah bersabarlah dgn ujian yg Maha Esa..

Tanpa Nama berkata...

Al-fatihah...semoga ditempatkan bersama org2 yg beriman....

Tanpa Nama berkata...

Xde sesapa pn even dr pakatan yg mpertikaikn tugas pasukan keselamatan dlm krisis di lahad datu ni,Cuma yg dpertikaikn adalah cara kerajaan mghadapi krisis ni,TERLALU BERLEMBUT DGN PENGGANAS2 INI,BILA ADA ANGGOTA KESELAMATAN YG GUGUR BARU NK KELAM KABUT AMBIL TINDAKAN KERAS,YG JD MANGSANYA ANGGOTA KESELAMATAN SENDIRI,SIMPATI KPDA POLIS N TENTERA SEMUA.

Tanpa Nama berkata...

Gua xslhkn tentera atau polis atau mna2 psukan kslmatan yg bjuang,gua slhkn krajaan/pemerintah kta yg knfom tgh dduk ktawa smbil lewa dlm mnguruskn hal2 pncrobohan pnggns spt ini..

wa caya berkata...

Al-Fatehah......
Allah Maha Pemgampun; moga diampun segala dosanya walau sebesar gunung. Allah Maha Pengasih; moga diterima segala amalan baiknya walau sebesar zarah !

Tanpa Nama berkata...

Takziah buat keluarga prajurit Ahmad Hurairah dan Al-Fatihah. Gugurmu sebagai bunga bangsa dan jasamu akan tercatat dalam lipatan sejarah negara. Tidak dilupakan juga 8 orang anggota Polis yg telah terkorban, pengorbanan kalian tiada tolok bandingan semoga Allah menempatkan kalian di kalangan insan2 yg mendapat rahmatNya.

Cerca nista bukan kepada pasukan keselamatan tetapi kpd k'jaan amnya dan menteri kdn/mindef khususnya yang banyak dolak dalik dalam menangani isu ini. Kalau mereka bermaruah ..... tapi puak2 ni ada maruah dok?

Semua orang mengikuti insiden Lahad Datu melalui pelbagai cara cuma kaedah menganalisis maklumat yang diperolehi tu yg berbeza. Inilah yang membezakan antara komen yg dibuat dengan akal dan komen yg menggunakan kepala lutut.

Tanpa Nama berkata...

Al-Fatihah

Tanpa Nama berkata...

Inilah hakikat sebuah perjuangan.Nyawa jadi taruhan dlm mempertahankan tanah air.Pengorbanan mu amat disanjung.Semoga rohnya dicucuri rahmat,AMIN...

Tanpa Nama berkata...

Sya mrupakn pribumi sabah amnya dan mwakili pdduk lahad datu khasnya ingin mnyuarakn pndangan,,sabah d banjiri pendatang tnpa izin sjk skian lama mlh jmlah mrka mlbihi jumlah pribumi sbh,,d sbh,kmi mnggelar bngsa mrka(pnceroboh) 'suluk',,mningkatnya kdr jnayah d sbh skian lama adalah 100% d sbbkn bngsa 'mrka'..klu anda nk tau,,dtg,lihat n rasa sndiri pngalaman hdup bsama bngsa2 ini,sya brani jnji 101% smua pribumi sbh stuju pdpt sya..sya da rsa so buat pa mau tipu..mrka bkn prlu d usir tp prlu d musnahkn!!